Lama tidak mendengar perkhabaran aktress dan pengacara serba boleh Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya. Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane Australia. Walaupun jarang kelibatnya kelihatan di kaca televisyen, tetapi Wardina cukup aktif dalam di laman sosial. Terbaru Wardina memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga menyambut Syawal.
Jelas terbayang keceriaan mereka sekeluarga menyambut Syawal di sana. Malah anak-anak yang dulunya kecil kini sudah besar panjang terutama dua anak daranya yang semakin dewasa.
Selain itu, followernya juga memuji kecantikan Wardina yang tidak dimamah usia dan kelihatan muda.
round_label Sangat cantik..kecantikan u langsung tak dimamah usia..anak anak yg semakin membesar juga mengikut kejelitaan bonda mereka..salam lebaran buat semua di sana
@nurafifah.mohammad Cantiknya kak Wardina. Selamat hari raya!
@siti_zuriana eid mubarak sis @wardinasafiyyahofficial still look young
@thatgirlnusra Masyallah beautiful
Bukan itu sahaja netizen turut memuji kecantikan anak sulung, Amna Nafeesa yang semakin membesar dan mengikut kejelitaan bondanya, Wardina.
@annesuziyani Besar dah amna nafeesa
@__maggiie__ Canteknya Amna da besa
@nuurshahirahms Amna dah bsar and looking so matured
@asaaa1425 SHR lawanya your daughter beauty with brain
@bibuchempaka Pretty amna!!! Dah big girl
Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 38 tahun, telah selesai menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi di sebuah universitii di Australia tahun lalu.
Dia yang sudah hampir beberapa tahun menetap di Australia dan menjalani kehidupan penuh keceriaan dan keberkatan di sana. Malah ahli keluarga lain juga sudah menetap di sana.
Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tetapi peminatnya tetap merindui Wardina yang dikenali sebagai insan selebriti lantang bersuara mengenai sesuai isu dalam atau luar negara.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM WARDINA SAFIYYAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI