Perkahwinan itu diibaratkan ‘membina masjid’ kerana ia merupakan salah satu tuntutan mulia di dalam Islam, iaitu penyatuan dua jiwa yang menghindarkan perilaku maksiat sekaligus menjauhi zina.
Justeru, tidak seharusnya ibadah perkahwinan ini disulitkan dengan pelbagai adat yang kadangkala tidak masuk akal dan sukar untuk dicapai.
Pihak Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin Bernilai RM 21,000
@me.awa Ketika adat mengalahkan agama❗️ #fyp #sulawesi ♬ suara asli – Titomunandar
Namun, begitulah nasib malang yang menimpa pasangan kekasih dari Indonesia apabila hari bersejarah mereka terpaksa dibatalkan dan didesak untuk berpisah oleh keluarga bakal pengantin perempuan yang terlalu taksub mengikut adat.
Perkara ini menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, apabila gadis yang dikenali sebagai Marwana Nareswari, berasal dari Sulawesi Barat memuatnaik hantaran video dilaman Tik Tok miliknya, berhubung perkara berkenaan.
Kisah sedih cinta yang tidak kesampaian buat kedua pasangan ini, berjaya meraih perhatian netizen sehingga akhirnya tular di laman sosial.
Artikel berkaitan: Jodoh Putus Di Tengah Jalan, Anim Ezati Akui Perlu Tabah Demi Kalsom
Hijabista difahamkan, punca pernikahan dan majlis perkahwinan yang sudah menanti hari itu terjadi ekoran bakal pengantin lelaki gagal menyediakan jumlah mas kahwin seperti yang ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan, iaitu 75 rupiah bersamaan RM21,198.
Menurut Marwana, hampir kesemua persiapan menjelang hari bahagia mereka itu sudah hampir selesai. Tetapi majlis bahagia itu yang sepatutnya berlangsung pada 9 September 2022, terpaksa ditunda kepada 7 Januari lalu kerana pihak lelaki memerlukan lebih masa untuk menyediakan ‘mas kahwin’ seperti yang diminta.
Tuntutan Adat Kahwini Wanita ‘Berdarah’ Sulawesi
Sehubungan itu, apabila tempoh yang diberikan berakhir dan pihak lelaki masih juga gagal menyediakan wang berjumlah RM 21,198 itu, pihak keluarga perempuan mendesak agar majlis perkahwinan itu dibatalkan.
Ini demikian kerana, mengikut adat, mas kahwin bagi perempuan berdarah Sulawesi mestilah ditetapkan dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun, calon suami wanita berkenaan yang berasal dari Jawa itu hanya mampu menyerahkan 20 peratus, daripada jumlah hantaran ‘mas kahwin’ yang ditetapkan.
Terkejut dengan pembatalan majlis perkahwinan mereka, berikutan kegagalan melunaskan bayaran mas kahwin yang tinggi seperti yang diminta oleh keluarga perempuan, bekas tunang wanita tersebut dikahbarkan telah jatuh sakit.
Sumber: Wolipop, TikTok me.awa
Artikel berkaitan: Ikat Tali Pertunangan, Wanita OKU Bersyukur Akhirnya Bertemu Jodoh
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI