Baru-baru ini tular mengenai seorang individu yang ingin mencarikan jodoh buat teman baiknya di Twitter.
Menariknya, mana-mana jejaka yang berminat untuk berkenalan perlulah berkongsi maklumat diri di borang Google. Wah, dah macam minta kerja dah!
Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yg serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni https://t.co/LePcW3at19 . Please,no DM. Thank you @TwtJodohMY ! pic.twitter.com/ubJdbXTPUU
— Faye (@fyruzzasyahira) May 22, 2022
Tanpa disangka, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan iaitu mencecah dua ribu permohonan sehingga si empunya badan, Syafiqah Ghazali terpaksa menutup borang permohanan tersebut.
Menurutnya, dia mengakui ciapan rakannya di Twitter itu adalah benar dan dia akan mengambil masa bagi melihat dengan teliti satu per satu borang yang telah diisi oleh calon-calon yang berkenaan. Bukan senang tau!
“Tak sangka sampai macam ni. Mungkin sampai dua ribu permohonan dan mungkin akan ambil masa lebih dua minggu untuk melihat satu per satu. Hari biasa memang sibuk dengan kerja. Harap anda semua faham.”
Ujar Syafiqah, dia turut memohon maaf kerana terpaksa menutup permohonan disebabkan terlalu banyak permohonan yang diterima. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi respons kepada semua yang cuba menghubunginya dan berharap agar masing-masing dapat bertemu jodoh yang terbaik dari Allah.
“Berikan saya sedikit ruang dan terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.”
Moga saudari Syafiqah bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Buat yang masih sendiri, jangan mengalah. Teruskan usaha anda untuk mencari pasangan yang diharapkan. InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan.
sumber: twitter @fyruzzasyahira, instagram @syafiqahghazali_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI