Kecantikan

Gadis Ini Share Cara Rawat Masalah Breakout Yang Dihadapinya, Dalam Masa 5 Bulan Wajah Pulih

Share

Masalah kulit wajah yang dipenuhi jerawat (breakout) sememangnya merimaskan. Kesan kemerah-merahan pada wajah pastinya membuatkan seseorang itu rasa rendah diri. Sudah pelbagai produk dicuba namun masalah jerawat tetap juga tidak pulih.

Jika anda mempunyai masalah kulit muka yang kritikal, mungkin boleh cuba mengamalkan petua dan produk yang digunakan oleh Lana Hazis ini. Semoga bermanfaat.

Memandangkan ramai yang bertanya skincare apa yang saya gunakan untuk kulit muka saya yang breakout. Saya kongsikan beberapa produk yang saya gunakan sejak dari bulan Mac hingga ke hari ini. Mungkin boleh membantu anda yang sedang mengalami masalah kulit wajah yang teruk pada waktu ini. Ini berdasarkan pengalaman saya. Siapa yang kenal saya, tahulah macam mana rupa wajah saya sebelum ini.

Ini gambar pada bulan Mei kalau tak silap. Wajah saya pun okay sikit, hanya sedikit sahaja jerawat yang timbul. Cuma parut sahaja memang jelas kelihatan walaupun letak foundation tebal mana pun, tetap akan nampak.

Ini gambar wajah saya yang breakout teruk. Tak pernah berlaku sebelum ini dan ini kali pertama saya terkena. Memang sakit bila nak cuci muka, guna tangan pun sakit. Dahi langsung tidak dapat disentuh, sengsara sangat sampai nak menangis pun ada. Dari muka putih, lalu menjadi gelap, kusam sebab nak elak gunakan skincare pemutih.

Cetaphil Cleanser ini saya gunakan sejak bulan Mac hingga sekarang. Ini dah botol yang ketiga. Percubaan pertama guna Cetaphil Cleanser 125 ml sahaja. Kemudian digunakan secara konsisten hingga sekarang, malah ketika kulit muka tak berjerawat sangat pun saya masih gunakan.

Harganya bagi 125 ml tak mahal, dalam harga RM18 sahaja. Kalau 250 ml ini saya beli semasa ada promosi dengan harga RM20 sahaja. Harga asalnya RM30. Serius cleanser ini sangat bagus sebab tak ada buih. Rasa gentle saja bila gunakan di muka. Paling penting ia produk dermatologist. Boleh dapatkan di Watson atau Guardian. The best cleanser bagi saya setakat ini.

Yang ini untuk kulit muka yang ada liang pori kecll atau yang halus-halus boleh cuba gunakan produk ini. Bukan setakat mengecilkan liang pori sahaja tetapi boleh mengurangkan parut yang kelihatan di wajah. The best scrub ever that I had. Highly recommended.

Selain itu boleh menggurangkan blackhead dan whitehead juga. Cubalah. Anda tidak akan menyesal selepas cuba menggunakan scrub ini. Tetapi jangan guna seketika sahaja, sebab ia tidak akan memberikan kesan yang ketara. Konsisten guna produk ini, barulah nampak kesannya. Harganya dalam RM15 dan boleh dapatkan di Watson dan Guardian.

Eucerin Cleansing Foam, boleh tahan mahal harga pencuci muka ini, RM34. Tetapi ia bagus sebab boleh mengurangkan tahap sensitiviti kulit wajah kita. Jenama Clinical tak ada produk agen pemutih. Jadi tak perlu hairanlah kenapa muka saya dulu kusam dan gelap semacam. Tetapi serius produk ini best. Memang habis licin muka saya dicuci. Saya guna produk ini dulu sebelum guna scrub St. Ives, kemudian Cetaphil.

Ini cleansing lotion kegemaran saya. Saya baru gunakan produk ini sejak bulan Mei. Serius best dan kurang jerawat di muka. Kulit muka saya yang kering menjadi lembab selepas mencuci muka menggunakan produk ini. Tetapi pastikan anda guna toner dulu, kemudian baru guna losyen ini.

Boleh juga guna losyen jenama yang lain, asalkan bersesuaian dengan kulit wajah. Tetapi saya lebih gemar menggunakan produk yang ini sebab harganya murah dan sesuai untuk kulit saya. Harganya dalam RM15 untuk sebotol. Seperti biasa, anda boleh dapatkan di Watson atau Guardian.

Ini toner yang saya katakan tadi. Toner untuk membuang segala kotoran selepas kita mencuci muka. Tetapi jangan gosok terlalu kuat, gosok perlahan-lahan sahaja. Serius best, bau pun best. Bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti saya. Alhamdulillah sekarang dah kurang. RM10 saja harganya kalau tak silap dan seperti biasa, boleh dapatkan di Watson atau Guardian.

Nak lembabkan muka di waktu malam, saya guna moisturiser dari Melaleuca. Ya, ini moisturiser yang paling best saya pernah rasa bila digunakan sewaktu tidur. Kulit wajah rasa lembut saja. Tak kering, tak kusam dan tidak berminyak juga. Ini adalah produk skincare organik. Harganya dalam RM28 kalau tak silap.

Ini pula moisturiser yang digunakan pada waktu siang sahaja. Yang Melaleuca tadi digunakan pada waktu malam sebab yang ini berminyak sikit. Jadi di waktu siang, saya akan sapu bedak sikit dan moisturiser ini untuk melembabkan muka dan tidak keringkan kulit muka walaupun anda guna bedak berkilo-kilo di muka.

Biasalah jenama Cetaphil, hampir kesemua produknya bagus. Buka setakat muka, tangan dan badan pun boleh guna. Cubalah dulu, jangan guna seketika sahaja sebab ia tidak akan memberikan kesan. Yang penting, konsisten cara penggunaan, barulah nampak hasilnya.

Ini untuk mengecutkan jerawat batu atau jerawat besat. Produk ini bagus dan ia lebih kurang seperti Dalacin T. Harganya boleh tahan, RM35. Memang bagus tetapi pedih sedikit. Sapukan pada bahagian jerawat sahaja. Sekarang dah jarang guna Pipi saya ada nixoderm.

Untuk menghilangkan parut, cuba guna blemish control stick ini. Ia berfungsi mengurangkan parut dan harganya pula RM29. Sama juga produk dari Melaleuca, sapu di parut sahaja. Jangan sapu pada keseluruhan muka dan hanya dipakai pada waktu. Waktu siang tak perlu, hanya pada waktu malam sahaja ia berkesan.

Selepas muka dah kurang berjerawat, saya cuba guna produk ini. Dari sekolah dulu dah suka guna produk ini. Tapi selalu diskip sebab malas. Ada dua jenis, satu biru dan satu lagi berwarna hijau. Yang biru untuk kulit normal dan yang hijau untuk kulit berjerawat. Tak mahal, RM8 sahaja. Ini bukan produk pemutih tetapi merawat kulit kita selepas breakout teruk.

Selain dari menggunakan moisturiser pada waktu malam, saya selangkan hari menggunakan bedak sejuk ini. Malam ini guna bedak sejuk, malam esok guna moisturiser. Berselang-seli gitu. Nak cantik mesti pandai, kan? Apa yang saya campur dengan bedak sejuk ini?

Kalau nak tahu, saya lebih gemar campur atau bancuh dengan eskinol yang ada vitamin sebab kesannya lebih cepat. Cubalah dulu dan rasa kesannya macam mana. Tetapi eskinol saya dah habis dan sekarang dah jarang guna bedak sejuk. Eskinol boleh guna yang mana-mana jenis pilihan anda, semuanya sesuai. Lebih best lagi, campur eskinol dari air biasa. Percayalah.

Mineral spray dari Avene. Agak mahal juga sebab masa saya beli combo dua botol besar dengan harga RM80 di Sasa pada waktu promosi. Sembur setiap 30 minit pada muka. Setiap satu minit pun boleh asalkan rajin nak sembur. Produk ini bagus bagi mengurangkan tahap sensititiviti kulit muka selain memberi kesegaran pada muka kita.

Saya selalunya sebelum cuci muka, saya sembur dulu kemudian selepas cuci dan sebelum menggunakan semua produk skincare, saya spray juga dan tunggu sampai kering, barulah gunakan skincare. Produk ini ada banyak jenis. Yang berwarna jingga untuk kulit sensitif, warna merah jambu untuk kulit kering.

Yang ini baru dibeli tadi sebab teringin nak cuba, Orang kata Cosmoderm bagus. Muka saya memang dah pulih dan tidak seperti dulu. Tetapi kita mesti menjawab muka. Tak mahal, harganya RM25 sahaja dan boleh dapatkan di Watson atau Guardian. Ia berfungsi mengurangkan parut, rekahan kulit, sunburn bagai. Lembut saja teksturnya.

Inilah kulit Lana Hazis selepas pulih daripada masalah breakout.

 

 

Sumber kredit: Lana Hazis via Oh Santai

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza