Siapa yang tidak gembira bila mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Lagi menyeronokkan apabila ahli keluarga dapat menghantar ketika sesi pendaftaran. Namun siapa sangka, kegigihan dan tanggung jawab seorang ayah menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu itu adalah yang terakhir apabila dua hari selepas itu, si ayah telah meninggal dunia.
Dalam perkongsian thread gadis ini, tidak menyangka ketika ayahnya menghantar dia mendaftar di UiTM Jengka, Pahang itu adalah kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.
Dua hari kemudiannya, ayahnya telah dimasukkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir. Thread yang dikongsi di laman sosial twitter menggunakan akaun nama @khdjhisma1l mendapat retweet lebih 15K dan butang like melebihi 19K.