Siapa yang tidak gembira bila mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Lagi menyeronokkan apabila ahli keluarga dapat menghantar ketika sesi pendaftaran. Namun siapa sangka, kegigihan dan tanggung jawab seorang ayah menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu itu adalah yang terakhir apabila dua hari selepas itu, si ayah telah meninggal dunia.
Dalam perkongsian thread gadis ini, tidak menyangka ketika ayahnya menghantar dia mendaftar di UiTM Jengka, Pahang itu adalah kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.
Dua hari kemudiannya, ayahnya telah dimasukkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir. Thread yang dikongsi di laman sosial twitter menggunakan akaun nama @khdjhisma1l mendapat retweet lebih 15K dan butang like melebihi 19K.
Semangat abah hantar untuk masuk UiTM, Jengka Pahang.
Ketika bersama abah petang Ahad 21/7/2019.
Abah kuatkan diri hantar dirinya belajar & dia juga kuatkan diri teman abah dikebumikan.
Terima kasih kepada yang menolong di hari pengebumian.
Ini rutin harian yang selalu dilakukan ketika abah hayat abah.
Pesanan adik paling kecik pada abah di telefon walaupun arwah sudah tiada.
Ayah tinggalkan kami yang kini semuanya tinggal perempuan.
Emak masih menangis mengingati abah.
Banyak bagi hint sebelum dia pergi. Buat perangai pelik yang jarang dilakukan sebelum ini.
Hari terakhir bersama abah. Semua ada dalam gambar ini.
Sebelum itu abah sempat melihat tempatnya belajar.
Abah paksa buat video untuk arwah tengok.
Video last abah tengok berulang-ulang kali sampai menangis. Abah juga bagi pesanan terakhirnya.
Teringat sebelum itu abah ada cerita pernah mimpi mak mertuanya.
Rupanya, kubur atuk dan nenek (sebelah mak) sama dengan tempat persemadian abah.
Netizen yang berkongsi thread ini turut menzahirkan simpati pada gadis ini dan dalam masa sama memberi semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupanan kerana perjalanan hidup yang masih panjang.
Stay strong
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI