Tidak dinafikan pelbagai promosi produk yang dijual terutama di media sosial untuk menghilangkan masalah jerawat atau jeragat. Namun tidak dipastikan sejauh mana keberkesanannya. Takut pula jika salah beli akan menyebabkan kulit wajah yang memang bermasalah menjadi breakout lebih teruk. Seorang pengguna di laman sosial telah berkongsi tip untuk membeli barangan pencuci muka yang sebetulnya untuk hilangkan parut, jerawat dan juga jeragat.
Thread di laman twitter menggunakan akaun @perempuanbebel memberitahu beberapa tip yang perlu hijabi take note dalam mendapatkan produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Pesannya jika mahu beli produk untuk kecantikan wajah, carilah di drugstore bukan hanya percaya produk yang dijual instafamous di media sosial.