Isi Kandungan
ToggleMemasuki tahun baharu, ramai yang mengimbas kembali atau throwback gambar-gambar lama mereka dan membandingkannya dengan keadaan sekarang. Ada yang tetap sama seperti dulu dan ada juga yang mempunyai penampilan berbeza dulu dan kini.
Kejayaan hijabi ini pada 4 tahun lepas pasti menjadiinspirasi hijabi yang ingin merubah penampilan diri. Seperti Azfa Fasihah, dia berjaya mendapatkan transformasi yang hebat dari permulaan tahun 2019 hinggalah ke akhir tahun. Ramai yang terkejut dan kagum dengan perubahannya itu dan meminta tip daripadanya. Jom kita lihat tip yang dikongsi!
ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Turun Hampir Separuh Berat Badan, Gadis Ini Tak Lokek Kongsi Tip Yang Diamalkannya
Dia juga sempat menjelaskan bahawa cara yang dilakukan ini bukanlah sepenuhnya sihat dan mengikut kesesuaian dirinya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Wow Patutlah Ramai Hijabi Suka Selfie, Rupanya Dapat Bantu Turun Berat Badan. Rugi Tak Cuba!
Bila berjaya turunkan sedikit berat badan, dia menjadi semakin bersemangat untuk menurunkan lebih lagi.
Don’t easily give up sister!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: twitter @AfzaFasihah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Dedah Cara Detoks Angin Jahat Beri Efek ‘Face Lift’!
Isi Kandungan
TogglePerempuan mana yang tak mahu cantikkan? Pasti kebanyakan daripada kita idamkan kulit yang berseri-seri, tak perlukan mekap yang tebal untuk menutup segala cela di wajah.
Apa kata kita ikuti cara daripada Norafiza Mahmud atau lebih mesra disapa Cik Oya yang dikongsinya ini di facebook mengenai detoks wajah. Mari kita ikuti caranya ini.
Buang Angin Jahat Buat Muka Ada Efek ‘Face-Lifting’
Mula-mula sekali wap muka dengan tuala. Kosnya sangat murah dan menyenangkan. Hanya dalam 15 minit sahaja!
Bahan-bahan untuk detoks ialah campuran air panas, lemon dan halia.
Tiga bahan ini sahaja yang diperlukan.
Jenis coco mask yang digunakan oleh Cik Oya.
Selepas siap proses anda membuat detoks muka, sapukan coco mask (atau anda boleh gunakan mask yang berbeza ikut pilihan) untuk memberikan face lifting pada wajah anda. Tak perlu letak terlalu tebal, hanya lapisan yang nipis sahaja.
Biarkan selama 15 ke 30 minit. Kulit akan menjadi tegang. Cik Oya biasanya akan membawa tidur sekali dengan face mask ini dan cuci keesokkan harinya untuk mendapat ‘V shape’ di wajahnya.
Selepas anda siap mencuci muka jelas dapat dilihat ‘glow‘ pada wajah anda. Memang ia akan memberikan kesan setelah anda lakukan setiap langkah yang di tunjuk sebentar tadi.
Apabila wajah sudah mula sihat dan tampak ‘lifting‘, jadi tak perlu susah payah untuk letakkan solekan yang tebal pada muka. Hanya perlukan beberapa touch up sahaja dan anda sedia untuk keluar!
Sumber: Norafiza Mahmud
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perancangan Tidak Di Duga, Kini Guru Maahad Tahfiz Selamat Mengahwini Pasangan Dari Hawaii
Jodoh adalah suatu benda yang ghaib kita tidak ketahui. Begitu juga keajaiban yang menakjubkan membuatkan kita terkejut dengan aturan Allah SWT buat setiap insan.
Tular baru-baru ini perkahwinan antara seorang guru maahad tahfiz yang selamat diijab kabulkan bersama pasangannya yang berasal dari Hawaii, Amerika. MasyaAllah, siapa sangka jodoh di perantuan.
Sudah berniat untuk kahwini orang dari luar negara
Tular baru-baru ini pasangan berlainan negara, Herman Zulfikar Hamzah, 25, memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.
Kisah cinta mereka telah termeterai pada Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan. Bukan sahaja mereka, sebanyak 10 pasangan juga selamat diijabkabulkan pada hari tersebut dan tempat yang sama.
Guru Maahad Tahfiz Baitul Ehsan itu turut di temu bual oleh Sinar Harian berkenaan peristiwa kisah cintanya. Dia menyatakan sudah lama menyimpan hasrat untuk mengahwini seseorang yang berasal dari negara lain selepas melanjutkan pelajaran ke Indonesia sewaktu ketika dahulu.
Artikel berkaitan: Masih Single, Sharifah Rose Impikan Lelaki Matang, Mampu Membimbing Dan Stabil
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan,
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” ujarnya.
Lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu tidak pun merancang perkara ini. Dia hanya di maklumkan sahaja dari ahli keluarga dan di temukan bersama pasangan serta keluarga mentuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya dan bakal isteri (ketika itu).
Dengan Izin Allah SWT, tanpa sedari pertemuan itu adalah suatu perjumpaan untuk menyatukannya bersama isterinya. Herman membuat keputusan terus untuk menikahi Naziha Nuha selepas perjumpaan itu.
Sumber info: Sinar Harian
Artikel berkaitan: “Jujur Penting Untuk ‘Secure’ Perhubungan…” – Sekali Lafaz Sah Adam Lee Dan Sweet Qismina Menjadi Suami Isteri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Rahsia Kulit ‘Glowing’ Sentiasa, Wanita Cantik Takkan Beritahu Anda Jika…
Isi Kandungan
ToggleKulit awet muda bukan anugerah alam semula jadi. Ia dicapai melalui rutin yang betul. Wanita cantik jarang beritahu rahsia kecantikan mereka, melainkan ianya sudah berhasil.
Hijabista ingin berkongsi beberapa rahsia yang akan membantu anda mengekalkan kulit anda kelihatan sempurna untuk beberapa tahun akan datang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Gunakan kaedah “4-2-4” semasa mencuci
Kaedah “4-2-4” ialah: 4 minit menyapu minyak hidrofilik pada kulit muka, kemudian 2 minit menggunakan krim penulen. Setelah ini selesai, luangkan masa 4 minit lagi untuk membilas kulit dengan air. Proses pembersihan seperti ini dikenali sebagai pembersihan 2 peringkat.
Gunakan span Konjac
Bersihkan kulit anda dengan berhati-hati, gunakan span konjac khas ini adalah span yang telah dihasilkan daripada akar tumbuhan konjac. Sebelum menggunakannya, biarkan ia direndam dalam air suam selama beberapa minit untuk menjadikannya lembut. Kemudian perah sedikit dan bersihkan muka anda menggunakan gerakan membulat, bermula dari dahi dan turun ke dagu.
Berikan wajah rutin kecantikan istimewa yang terdiri daripada serum emulsi dan pati
Di Asia, sebagai contoh, wanita boleh menggunakan sebanyak 10 produk untuk menjaga kulit wajah mereka! Semua produk kecantikan pakar hendaklah digunakan dengan cara berikut, pertama, sapukan produk tersebut dengan tekstur ringan, kemudian yang lebih berat dan akhirnya krim dan emulsi yang paling tebal harus digunakan. Dengan cara ini, kulit anda akan dapat menyerap jumlah maksimum bahan-bahan pemulihan.
Lindungi wajah daripada kesan cahaya biru dan ungu
Pada peringkat pertama, ini adalah cara yang berkesan untuk melindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan cahya biru peranti anda yang boleh menjejaskan walaupun pada hari yang mendung dan di dalam rumah. Pada masa yang sama, ramai yang menggunakan krim SPF untuk melindungi diri daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Gunakan air beras untuk menjadikan kulit anda kelihatan cantik
Selama berabad-abad, air beras digunakan untuk meningkatkan kecantikan kulit dan rambut. Mencuci muka dengan kerap menggunakan air beras akan menjadikan kulit anda lembut serta meningkatkan warna dan tona. Bahan ajaib ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan rambut, ia boleh bertindak sebagai pembilas yang baik apabila mencuci syampu.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Guna Air Basuhan Beras Je Bagi Atasi Kulit Berminyak. Hilangkan Jerawat Pun Boleh
Tambahkan pudina dan teh hijau ke dalam produk kosmetik
Pudina dan teh hijau adalah elemen penting dalam menjaga kulit anda. Produk ini terkandung dalam pelbagai topeng muka, krim anti-penuaan, emulsi, minyak dan infusi. Menggunakan pudina dan teh secara kerap akan menjadikan kulit anda lebih sihat dan membantunya bersinar.
Tukarkan produk menjadi buih sebelum disapu pada muka
Elak daripada menggosok produk kosmetik terus ke dalam kulit. Sebaliknya, mereka harus menggunakannya dalam sapuan cahaya, yang membantu menguatkan aliran darah ke kulit dan seterusnya, menguatkan proses pemulihan dan membantu peremajaan. Anda juga boleh menggabungkan produk menjadi buih hanya gunakan beg bersih yang direka khas untuk tujuan ini.
Mencapai kulit yang cerah dan sempurna
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu menggosok kulit anda dan menggunakan topeng pemutih kulit.
- Ambil 1/2 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk cendana. Gaul sebati.
- Anda memerlukan separuh tomato yang dihiris.
- Gosok kulit anda dengan lembut dengan tomato ini dan campuran cendana gula selama 5-10 minit.
- Perah tomato untuk menyapu jus dengan betul.
- Selepas menyental, basuh kulit anda dengan air biasa.
Untuk penyediaan topeng pemutihan kulit, parut kentang. Sekarang ambil penapis, dan keluarkan jus daripadanya.
- Tuangkan 2 sudu teh tepung beras ke dalam mangkuk
- tambahkan 1 sudu teh madu, 4 sudu teh jus kentang, dan 3 sudu teh jus lemon. Gaul sebati.
- Sapukan lapisan tebal topeng pada kulit anda, dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian urut perlahan-lahan selama 2-5 minit.
- Basuh dengan air suam.
Gunakan minyak
Bukan sahaja di muka anda! Anda boleh menggunakan minyak organik seperti minyak kelapa, minyak avokado dan juga minyak zaitun untuk pelbagai bahagian badan anda dan untuk kesan yang berbeza. Minyak kelapa akan memupuk kulit anda dan minyak zaitun akan memberikan anda warana kulit yang sempurna tanpa merosakkan kulit anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI