Gadis Ini Kongsi Rawatan Cantikkan Kulit Paling Mudah Hanya Guna Campuran Kunyit & Bahan Alami Lain

Share

Sebagai seorang wanita kita memang perlu menjaga kecantikan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam dan tampil lebih berseri. Tidak perlu gunakan produk mahal, sebaliknya boleh bertukar kepada cara rawatan alami. Menggunakan bahan dapur seperti kunyit mampu menjadikan kulit anda lebih halus, mulus dan yang penting ia selamat. Perkongsian dari twitter oleh seorang pengguna akaun @flowerose

yang memberi petua menghilangkan masalah kulit wajah hanya dengan penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit.

Dia mensarankan penggunaan kunyit ini dicampurkan dengan bahan alami lain dan setiap satu mempunyai fungsi berbeza.

Antaranya menghilangkan jerawat menggunakan campuran kunyit dan yogurt yang dibuat sebagai masker sebelum di sapukan pada wajah.

Ayuh kita baca thread yang ditulisnya hingga mendapat lebih 7 ribu retweet dan 8 ribu butang like.

Hanya gunakan kunyit sahaja.

Cara untuk hilangkan kesan kuning pada muka selepas guna cara ini.

Ini adalah cara rawatan kulit wajah. Caranya dengan mencampurkan semua bahan dan sapu rata pada wajah. Tunggu 15 minit sebelum dibilas.

Ada yang bertanya sesuai ke tidak penggunaan kunyit pada wajah.

Tidak digalakkan pakai hari-hari dan guna dalam kuantiti sedikit sahaja.

Boleh guna serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tapi perlu kisar atau hiris sampai lumat.

Jangan sembarangan tambah bahan lain. Kalau boleh hanya gunakan oat, segar atau yogurt.

Dah ada yang amalkan, kulit memang jadi cantik. Amalkan seminggu sekali.

Kelebihan kunyit boleh mengecutkan jerawat dan mengawal minyak.

Lagi satu hasilnya setelah lakukan petua ini kulit jadi sangat okay.

KREDIT: TWITTER FLOWEROSE

Published by
Siti Zurina