Siapa yang tidak mahu kulit wajah yang lembut dan flawless bukan? Maka sebab itulah amat penting untuk kita merawat kulit wajah dengan cara yang konsisten. Pilihan untuk perawatan kulit wajah terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan cara semula jadi mahu pun cara moden atau gabungan keduanya.
Petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda ini memang menarik. Potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan yang disapukan pada kulit wajah membuatkan kulit wajah rasa lembap, lembut dan berseri.
Jom baca perkongsian Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini. Moga ia membantu anda untuk memilki kulit idaman.
Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.
Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.
Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.
Bahan yang korang perlu ada:
⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering
Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.
Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.
Boleh rujuk video untuk lebih terperinci. Sehari satu AIS KIUB. Memang tegang habis muka.