Mencari produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah memang sukar jika kita tak tahu jenis kulit kita sendiri. Oleh itu, hijabi perlulah mengetahui dulu jenis kulit anda supaya senang nak pilih produk yang sepadan dengan kulit.
Di Facebook, perkongsian Ukhti’es Aina mengenai asas penjagaan kulit dan produk apa yang terbaik di pasaran telah menarik minat ramai pengguna perempuan mahupun lelaki. Jom kita lihat!
Ini di antara produk yang helok hampa leh amalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka hampa okey, ?
Tolong elakkan cleanser yang ada :
– sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
– alcohol ( mengeringkan kulit muka )
– fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )
Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak di galakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka hampa masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa shj. Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu, okey. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka, jangan naaa. Picit kebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dgn makeup remove apa apa brand yg free alcohol free fragrance lg helok produk tu berasaskan water base baru la cuci muka bagi bersih lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.
Step 2 : Scrub
Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita. Buatlah dalam 1-3x seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang hampa leh try okey, ?
Step 3 : Toner
Toner membantu seimbangkan ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali selepas kita cuci muka Ph muka kita akan naik sedikit dari Ph asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu Ph di muka kita. Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. Selain itu toner juga dapat membersihkan muka kita dari ko
toran muka kita yang tadi kita cuci dgn cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi. Jadi hampa kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Jadi ini di antara toner yang helok yang boleh hampa pilih sebagai skin routine hampa, so pilih yang sesuai dengan kulit muka hampa okey. ?Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka hampa. Tapi mosturizer juga boleh buat muka hampa jadi tak selesa jadi, seeloknya hampa pilihlah yang sesuai dengan kulit muka hampa. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering hampa. Macam produk2 lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka hampa lebih bermasalah. Di gambar ni antara produk yang selamat untuk hampa amalkan setiap hari dan saya dah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit hampa, okey. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur tau, sebab waktu tidur la mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita. ?
Step 5 : Sunscreen
Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk hampa follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi hampa pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan cancer kulit. Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA jangan beli okey. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk hampa lindungi kulit hampa di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup. Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu hampa bila di satukan dan kene reapply semula selepas 5jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja hampa. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat. ?
sumber: facebook Ukhti’es Aina