Sejak diet cara sihat melalui Intermittent Fasting (IF) berjaya, membuatkan ramai cuba melakukannya dalam misi mendapatkan berat badan idaman. Tidak dinafikan ramai yang berjaya dan ada juga yang gagal dalam misi ini hingga menyebabkan datang sakit lain. Seperti perkongsian gadis ini menceritakan temannya yang dimasukkan ke hospital gara-gara melakukan diet IF ini.
Menurutnya, tiba-tiba sahaja tangan temannya itu hingga menjadi kebas dan jatuh pengsan di pejabat. Bila dapatkan rawatan di hospital doktor mengesahkan dia mendapat minor stroke.
Menulis thread di laman sosial, twitter, menggunakan nama akaun Ayen Mukherje dan semoga kisah disampaikannya membuatkan mereka yang mahu mencuba diet IF ini agar lebih berhati-hati.
Bukan tidak boleh melakukan diet cara ini tetapi kena lihat kekuatan tubun badan dahulu sebelum membuatnya.
Member diet sebab nak kurus. Cuba buat Intermittent Fasting. Minggu pertama okay, masuk minggu kedua ada perubahan pada dirinya.
Sebabnya stress menunggu waktu makan. Guna style IF dari jam 6 petang hingga 12 tengah hari.
Start rasa kebabs-kebas pada tangan dan kaki. Cubit pun dia still tak rasa. Kemudian dia jatuh dan terus pengsan.
Bila buat rawatan di hospital, doktor tak dapat kesan bacaan gula dalam darah. Tapi tekanan darah sangat-sangat tinggi dan doktor diagnosed sebagai minor stroke.
Buat ikut kemampuan diri sendiri bukan tengok orang lain. Badan tak boleh support dengan diet yang dilakukan.
Tak mampu buat berpuasa makan hingga 18 jam.
Jangan terikut-ikut cara orang lain. Lain orang lain caranya. Tuhan bagi tubuh badan sempurna dan jagalah sebaik mungkin.
Sebenarnya tak boleh terus diet IF selama 18 jam, sebaliknya mula dengan 12 jam dari jam 9 pm hingga 9 am.
Pengajaran untuknya. Baik berpuasa sebab dah berniat dan Allah akan bantu kita.
Kalau tak nak 18 jam, 16 jam pun boleh bergantung pada tubuh seseorang.
Masih muda sudah kena stroke, usia dalam pertengahan 20 an.
Cara diet betul, jangan makan fast food setiap hari, elakkan makanan berlemak, kalori tinggi dan makanan manis dan juga yang berproses.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI