Merawat wajah menggunakan bahan alami atau apa yang ada di dapur itu banyak kelebihannya. Bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga selamat dan diyakini halal. Malah cara membuatnya yang mudah membolehkan kita melakukannya pada bila-bila masa.
Seperti perkongsian gadis ini Ema Tunz yang mengajar cara membuat masker sebagai penjagaan wajah. Dia hanya menggunakan bahan alami seperti timun, kunyit, tomato dan juga buah naga dan memberikan hasil yang sangat berbaloi.
Salotape Muka Dengan Timun?
Aduhh gigih Ema ni tau, untuk selpi je tu. Korangg jangan kecam pulak. Hahahaa. Bila baring, sebelum tido malam, tepek je hirisan timun kat muka dan biar sampai pagi. Kategori bantuan kecemasan jugak cara ni, rawatan segera untuk kulit kita. Bila bangun pagi, kompom rasa sejukkk dan segar. Letak kat mata pun dah ok terutama yg ada masalah sembab, lingkaran gelap bak panda.
KHASIAT TIMUN UNTUK KULIT
Timun (Cucumis sativus) mengandungi pelbagai penurun lipid yang menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.
Timun melembapkan kulit sebab mengandungi 95% air.
Vitamin E dalam timun mampu menyihatkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan. Fuhh menarik kan?
Guna lemon dan serbuk kunyit
Bila gabungkan dua bahan ni, uols boleh buat sendiri masker tanpa kos mahal. Masker ini dapat buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar & awet muda.
Ads
Cara membuatnya:
Belah dua lemon, kemudian perahh jus nya.
Campurkan dengan dua sudu serbuk kunyit.
Gaul rata kemudian tepek ke muka.
Biarkan 20 minit kemudian bilas.
Uols akan nampak perubahannya dalam masa beberapa hari je tau. Wahh best kan?
ADA APA DENGAN LEMON DAN KUNYIT
LEMON kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab tu juga, kita digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan.
KUNYIT pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, dijadikan ubat tradisional masalah kulit.
Ads
Masker Buah Naga
Lepas cuba masker ni, kulit rasa lembut je tau. Masker ni memang best, sejuk tau masa pakai. Terpaksa awet muda jelitasss kalahkan anak dara la lepas ni. Hiks..
Bahan-bahan: 1 per 4 isi buah naga
Ads
Cara membuatnya:
Lenyek dengan garpu sampai hancur isinya.
Cuci muka dan cuci tangan dengan bersih.
Tepek pelan pelan ke kulit muka guna jari. Nak guna sarung tangan pun boleh ya.
Biarkan 1 JAM sampai air jus buah ni kering. Air tersebut diserap oleh kulit muka. Waktu ni, uols rasa kulit ringan aje & sedikit sejuk. Ehh memang best laa. Tu yang jatuh cinta tuhh.
Cuci bersih muka dengan air suam (untuk kulit berminyak) atau air sejuk (untuk kecilkan liang roma). Lepas cuci, perghh lembut je kulit macam kulit baby.
MANFAAT BUAH NAGA Vitamin C buah ini dapat merawat masalah kulit. Selain tu dapat menghilangkan jerawat & parut jerawat.
Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga melambatkan proses penuaan.
Masker Daripada Tomato
Siapa kat sini suka buat terapi spa guna bahan di dapur?? Kita gengg tau, sepp sikit. Hari ni nak highlight guna tomato. Bahan lain yang diperlukan adalah susu (kalau payah dapat susu segar, guna aje susu kotak okke).
Cara membuatnya:
Tumbuk tomato sehingga 3/4 hancur. . letak sedikit susu pada tomato tadi, kacau guna sudu sehingga sebati.
Kalau paste terlalu pekat, tapis keluar airnya. Jangan buang, uolls boleh minum air tersebut sangat sedap.
Boleh letak kejap kat peti ais jangan sampai beku, biarkan sejuk ala kadar. Bila sejuk, ia dapat kecilkan liang roma masa buat treatment muka nanti.
tepek kat muka 20 ke 30 minit, kemudian basuh dengan air bersih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang sukar dan sakit sekali rasanya apabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Walaupun reda dengan takdir itu, tetapi sukar untuk mengikis segala memori indah ketika bersama. Seperti penyanyi Nora yang telah muat turut video menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Johan Nawawi yang semalam genap satu tahun lapan bulan meninggal mereka sekeluarga. Biarpun sudah lebih setahun kehilangannya, namun sukar untuk Nora menidakkkan rasa rindu yang dikongsi di laman sosialnya hingga mengundang rasa sedih dan terharu netizen.
Dalam tulisannya itu Nora menulis semalam tarikh 24 September genap satu tahun lapan bulan arwah suaminya itu kembali ke rahmatullah. Ternyata pemergian Johan memberinya banyak erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.
Hari ini 24/Sept/ 2018 Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah. Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya.
Tidak pernah terfikir akan pergi dengan begitu cepat.
Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat.Saya belum bersedia….Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun…dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah…
Pergi ketika mereka merancang untuk menyambut ulang tahun ke 25 tahun bersama. Dan kerinduan yang memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami.Rindu mmg tak terkata….Kita hanya mampu merancang….Yg menentukan….bukan kita.Allah saja yg tahu.
Hadapi segala cabaran dan dugaan. Harus kuat demi anak-anak dan tak harapkan bantuan sesiapa. Allah sentiasa bersama.
Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi……saya tiada pilihan. Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan.Demi anak- anak…..saya harus kuat.Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun…..apatah lagi meraih simpati.Cukup lah Allah bersama saya.
Tak kisah apa orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempatnya.
Apa orang nak kata….katalah. Saya tak kisah… Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya….mereka tidak tahu bagaimana rasanya… Saya sudah maafkan semua.
Terima kasih semua. Baginya Johan tidak pernah mati dan akan sentiasa di hati.
Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah…segala puji hanya bagi Allah. Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi
Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam situsi yang tidak kita duga. Sebagainya hamba-Nya kita patut bersyukur dengan hidayah yang dikurniakan pada kita. Seperti perkongsian wanita mualaf ini yang dipilih untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Tetapi dalam masa sama diduga dengan satu peristiwa yang memberi tamparan besar dalam hidupnya. Bekas pramugari Nur Amiraa Ann Lee Abdullah sangat bersyukur dipilih oleh Allah untuk mengenali Islam walaupun Tuhan menduganya apabila mengambil nyawa insan tercinta, suaminya di awal penghijrahan.
Perkongsiannya bergelar mualaf dalam laman sosial youtube ini begitu menyentuh hati. Menurut Amira, dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat hinggalah beberapa bulan menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
Tak Boleh Tidur Malam
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf. Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahun kedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amira juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu. Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Hijabista ucapkan semoga dia terus istiqomah dan kekal dengan cara hidup sebagai seorang Muslim.
Pelakon kacukkan melayu Thailand, Nur Natasha Shazlia Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Tasha Yong, 32 akui merasa sedih, kecewa dan tertekan dengan pelbagai penghinaan yang diterimanya sejak mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan kerepek.
Baru-baru ini ketika melakukan siaran langsung di laman Instagram miliknya, Tasha yang sebak telah menangis kerana tidak mampu lagi membendung tekanan dan kesedihan yang sudah dipendam sekian lama.
“Ini adalah kali pertama saya berasa putus asa. Selama ini, saya tutup aib, tutup rasa ‘down’ (kecewa). Saya tunjuk yang diri okay, saya kuat. Hari-hari saya kongsi ‘live’ semangat pada orang yang tengah ‘down’, sampai mereka pulih semangat semula.
“Tanpa mereka tahu betapa hancurnya hati saya. Dihina, dicaci, tiada siapa ‘support’ (sokong) saya buat jual kerepek ini. Mungkin mereka rasa hina sangat berniaga kerepek. Tapi, saya tetap teruskan sebab nak bantu orang susah buat duit.
“Sebab saya faham macam mana rasa susah itu. Malah, setiap kali engkau gagal, orang akan tepuk tangan. Bila nak bangkit, tiada siapa hulur tangan. Saya dah lelah,” tulis Tasha pada ruang kapsyen liver berkenaan.
Meninjau ke laman Instagram Tasha, Hijabista mendapati mwnerusi satu hantaran lain, Tasha meminta agar mana-mana pihah yang tidak mampu membantu orang lain mengapai impian, supaya berhenti membunuh cita-cita orang lain dengan kata-kata nista dan cacian.
“Tolonglah.. Kalau takde rasa nak bantu, janganlah kau bunuh dan tarik orang tu kebawah. Lama aku pendam dan tahan sesak dada aku ni. Daripada aku tunjuk kesedihan aku, aku tunjuk semangat aku dekat orang.
“Setiap kali aku buat sesi motivasi bantu orang lain ubah hidup, Alhamdulillah hidup aku juga mula berubah. Tapi memang akan ada hamba Allah yang hati macam iblis! Penuh hasad dengki dan setiap kali akan jatuhkan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu dia takkan puas hati.
“Lagi aku sabar lagi diuji kesabaran aku. Kali ni aku jujur bagitahu yang MEMANG AKU TENGAH TAK OKAY! tapi tak bermakna aku akan down selamanya! Mentor aku ajar aku untuk bangkit 10kali ganda setiap kali jatuh..
“Buat insan yang memang suka tengok aku jatuh, aku nak pesan kat kau, AKU BUKAN MACAM KAU. Kalau aku dah berjaya kaya raya nanti, aku pasti akan bantu kau ke jannah, aku bukan musuh kau, musuh kita adalah iblis, bukan sesama hamba seislam.
Assalamualaikum.. ayong tak nak simpati korang, cuma ayong harapkan doa dari kalian. Semoga Allah balas jasa kalian dengan memulangkan doa-doa kalian itu kepada kalian juga🙏🏻❤️ tulisnya.
Pelakon drama Memori Cinta Suraya, Cinta Ibadah dan pelbagai drama lain itu berkata, selama dia bersabar selagi itu dirinya terus diuji sehinggakan dia menjadi lemah.
“Kali ini, saya jujur beritahu yang memang diri tengah tak okey. Tapi tak bermakna saya akan ‘down’ selamanya. Mentor saya ajar, untuk bangkit 10 kali,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis telah tampil memberi dukungan dan meniupkan kembali semangat kepada diri Tasha.
Ini bertujuan agar Tasha lebih cekal melangkah dan tetap meneruskan perniagaan kerepeknya, tanpa perlu mengambil pusing sebarang cercaan dan hinaan yang dilemparkan.
Antara komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis buat Tasha adalah seperti berikut.
“Kau kuat ! Don’t be sad love you ❤️” – Janna Nick
“Adik kakak 💪💪💪” – Ieda Moin
“Hugss 🥺💗” – Adriana Adnan
Untuk rekod, kerepek keluaran Tasha Yong dalam masa yang sama melakukan ‘Misi Bantuan 40 Golongan Asnaf’. Keuntungan jualan setiap pembelian kerepek Pedas Basah atau Ayam, RM 1 akan disumbangkan kepada 40 orang keluarga Asnaf.
Suatu ketika dulu, nama pempengaruh Umisya Mazlan pernah tular di media sosial gara-gara isu poligami melibatkan suaminya, Aslam dengan Marissa Dania Hakim anak kepada...