Kecantikan

Gadis Ini Kongsi Cara Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul & Produk Sesuai Untuk Atasi Masalah Jerawat, Breakout

Share

Bukan mudah untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan bersih dan terhindar dari sebarang kekotoran. Silap pilih produk bersesuaian akan menyebabkan kulit wajah bermasalah seperti jerawat hingga breakout. Perkongsian gadis ini tentang cara penjagaan dan produk skincare patut dipakai untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat.

Walau bagaimanapun sebelum ini kulit wajahnya bermasalah, tetapi dengan penjagaan yang betul menyebabkan masalah ini berjaya diatasi dengan mudah.

Menulis thread di twitter menggunakan nama akaun @ana_misman dan bagi yang masih tercari-cari produk bersesuaian boleh mencuba item dicadangkan.

Pilih produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah.

Berkongsi step yang betul untuk gembirakan orang lain.

Langkah pertama, bersihkan wajah dengan makeup remover, jangan guna terus pencuci wajah.

Langkah kedua barulah cuci dengan pencuci wajah. Inilah produk yang sesuai digunakan.

Langkah seterusnya exfoliator, salah satunya guna skrub yang boleh dibuat sendiri atau beli yang sesuai dengan kulit anda. Gunakan dua kali seminggu.

Langkah keempat pula adalah pemakaian toner untuk mengembalikan kesegaran kulit.

Cara penjagaan lain pula perlu pakai serum yang bertujuan untuk melembapkan kulit wajah, juga mengecutkan jerawat dan memudarkan kesan parut.

Langkah keenam pula adalah pemakaian masker. Lebih gemar membuat masker buat sendiri daripada serbuk kunyit dan madu yang murah dan terjamin keselamatannya.

Hydration is a key dan rahsianya adalah pemakaian moisturizer. Dan ini produk yang dicadangkan olehnya.

Penjagaan wajah dengan produk ini juga penting. Jangan sesekli keluar rumah tanpa memakai sunblock
sebab cahaya matahari akan membuat kulit jadi kering dan rosak.

Sekadar perkongsian dan tidak semestinya wajib dipakai. Cadangkan produk bersesuaian dengan kulit wajahnya.

Kulit jenis kombinasi. Tidak ada produk tertentu untuk parut tetapi pemakaian masker dan serum yang pudarkan parut dan akhirnya hilang 100 peratus.

Hasilnya setelah pemakaian produk dicadangkan.

Published by
Siti Zurina