Kecantikan

Gadis Ini Kongsi Bagaimana Dia Rawat Masalah Breakout Yang Dialami, Salah Satunya Kurangkan Makanan & Minuman Manis

Share

Setiap orang mahukan kulit yang sihat dan cantik sama ada wanita mahupun lelaki. Masalah jerawat bukan lagi hanya masalah anak-anak remaja. Hal ini kerana, golongan dewasa juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Jerawat juga mengganggu kelenjar dalam lapisan kulit. Kelenjar ini mengeluarkan minyak yang merangsang jerawat. Apabila liang roma pada permukaan kulit tersumbat, ia membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walau bagaimanapun haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh, berminyak dan liang roma tersumbat.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

BAGAIMANA HENDAK MENGATASI MASALAH JERAWAT/BREAKOUT 

Melalui perkongsian Nursuriana gadis ini bercerita tentang cara dia ‘mengendalikan masalah jerawat yang dialaminya. Katanya lagi punca breakout bukan hanya pada produk semata-mata.

Hormon, mekap, kebersihan (bantal, tilam, handphone, tangan kita sendiri), stres, makan tidak jaga, ini antara faktor terjadinya masalah kulit breakout. Jadi apabila kita mengalami masalah breakout, apakah yang perlu dilakukan? Ini perkongsian Nursuriana

1. Go for skincare diet
Maksudnya buat yang basic sahaja dahulu. Lupakan yang lain kejap. Low pH cleanser, moisturizer, sunscreen is a must. Mesti. Wajib. Tak buat tak dosa tapi kulit akan makin binasa. Boleh guna Dermova Gel Moisturizer, 3W Clinic Sunscreen. Nak tambah Magic Potion Ampoule pun boleh sebab ia dapat kecutkan jerawat dengan cepat.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

2. Stick je pada produk yang basic
Kalau hendak tambah produk baru pun, tunggu at least 2-4 minggu dan pilih produk yang dapat ‘tenang’kan jerawat contohnya; tea tree, aloe vera, witch hazel, honey, centella.

3. Untuk oily skin, boleh pakai clay mask untuk bersihkan pori. Contohnya, Coco Blush.
Ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

4. Seboleh-bolehnya, kurangkan pakai mekap masa tengah breakout. Kalau nak pakai juga, pastikan bersihkan betul-betul kulit anda.

5. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Produk tenusu pun kurangkan juga.

Photo by Alexander Dummer from Pexels

6. Don’t be stress. Makin stress, makin naik jerawat. So relaks-relaks je walaupun breakout ni memang annoying tapi chill.

HIJABISTA: Elakkan daripada memegang jerawat yang tumbuh pada kulit wajah. Perbuatan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan jerawat yang anda alami. 

Sumber kredit: Nursuriana Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Published by
Norhasliza