Selain penampilan, wajah adalah antara yang perlu diambil perhatian penjagaannya. Bayangkan kalau ada seketul jerawat tumbuh juga boleh menyebabkan kita hilang mood. Apa lagi jika mengalami masalah kerosakan kulit di seluruh muka. Memang boleh buat kita tak keluar rumah seminggu.
Perkongsian dari seorang gadis di laman sosial, Amyrah yang mengalami masalah ‘breakout’ akibat alergi habuk dan juga masalah salah memakai produk ini boleh kita ambil perhatian.
Dia yang membahasakan dirinya Kak Mighah menceritakan pengalamannya yang down apabila mengalami masalah ini.
Memang malu untuk berjumpa orang sekeliling dan makin pedih bila dia meletakkan sejenis ubat.
Namun dia jenis tak putus asa dan akhirnya berjaya menemui penyelesaian yang cukup mudah dan pantas dengan hanya menggunakan beberapa langkah untuk memastikan wajahnya kembali halus dan mulus seperti sebelumnya.
Caranya adalah membuat rawatan wajah sendiri di rumah menggunakan produk bersesuaian. Selain itu, dia juga turut menitik beratkan pemakaian skrub yang dibuat sendiri daripada dua bahan iaitu, kunyit hidup dan beras. Katanya lebih jimat.
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah.
TIPS UTK RECOVER MUKA YANG BREAKOUT
Alhamdulillah muka kakmighah dah recover balik dri breakout yg teruk gila Ingat lg time tu bangun pg nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lps tu tgk cermin, ya allah pasaipa muka jd mcm ni.
Yang dahi dia naik biji biji yang ada air bisa tu.. mmg geram rasa nk kikis ja dahi huhu.. kat pp biji pasir, kena tahan diri dari picit sbb semua tu kuman nt lg merebak taw. Ramai org tegur awat muka jd mcm ni, sbb sblm ni mmg muka dok okay haa..
Muka start jd mcm ni bulan may hari tu, sebab allergic habuk, pernah juga jd sbb salah pakai product.. alhmdulillah raya baru ni recover nasib baik kalau x raya pon murung ja muka masalah gini.
Kira sebulan lebih juga nk recover.. sekarang parut dah tgl merah merah ja dan ada la jerawat hormon yg naik kekadang tu.. kalau makan kekacang tu dia naik la tp dah xrsau sbb taw dah nak pkai apa dan cepat kecut jerawat. Time jd gini abah mak smpai ajak g klinik sbb mmg terok.. ubat klinik pkai xokay juga
Thnks Beloved Alyf Afiq, my biggest supporter.. I love you
Kak mighah share naa, caption di setiap gmbr
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah. Bermula dari tanggalkan mekap, membersih wajah, menyegar dan melembap wajah, perawatan jerawat dan minuman detoks.
Moga bermanfaat utk kita semua taw, share jgn xshare.
Kulit yang xdak masalah pon boleh amalkn, takkan kita nk tgu kulit rosak baru nk start. kn kn
Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut kan, kalau parut kita kena pakai scrub utk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pon dah memadai taw. Bnyak skrg scrub yg ada kat pasaran so boleh pilih ja taw. Tp kak mighah selalu buat sendri jimatttttt hiks.
Bahan-bahan utk scrub.
1. Beras yg direndam semalam, segenggam pon cukup. Beras buat kulit kita lembut
2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi matikn kuman juga dan kecutkn jerawat
Blend dedua ni tempek la kat muka hiks, waktu nk blend letak air beras sikit yg kita rendam tu.
Pakai dalam setengah jam or dah kering di muka. Ampa cuci dengan air suam dan usap usap macam buat scrub, nt white head black head semua hilang taw.. kulit mati pon keluar , air suam berfungsi bg pori terbuka so akan cuci la mnyak mnyak yg tersumbat kat pori. And then bilas dgn air sejuk bg tutup balik pori.. gituww heks
SUMBER: AMYRAH