Hari pernikahan sememangnya hari yang dinantikan oleh semua. Detik-detik indah itu pastinya diabadikan dalam bentuk fotografi. Namun, bagaimana pula jika gambar yang terhasil itu tidak menjadi seperti yang kita impikan?
Di twitter, @LeMoon_ice telah berkongsikan kisah lucunya apabila gambar perkahwinannya semua ‘rosak’ kerana suaminya langsung tak pandang kamera. Hahaha, comel kisahnya!
Geram je rasanya. Hahaha!
Ads
Kata suaminya, mungkin dia sedang melihat tetamu yang datang…
Ingatkan sudah belajar daripada kesilapan. Tapi… 😆
Rakyat Malaysia harus fahami lima peringkat jangkitan COVID-19. Dalam satu sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kebanyakan kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berikutan lewat menerima rawatan.
Beliau berkata, terdapat lima peringkat jangkitan COVID-19 tetapi kebanyakan mereka datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.
Dalam sidang media, Dr Noor Hisham juga menjelaskan kebanyakan pesakit pada peringkat keempat, kesihatan mereka cepat merosot dan akan mudah berada di peringkat kelima. Contohnya kematian terbaharu, pesakit telah mengalami kesukaran bernafas tiga hari yang lepas, katanya.
SUMBER: Awani
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramadhan kali ini menjadi begitu istimewa buat pelakon terkenal iaitu Elfira Loy kerana ini kali pertama dia menyambutnya bertiga selepas kehadiran cahaya mata sulungnya pada tahun lalu, Muhamad Rayyan Khalaf.
Menariknya, Elfira mempunyai kisah lucu yang ingin dikongsikan bersama semua pengikut laman sosialnya apabila dia terlupa hendak menanak nasi sewaktu berbuka puasa.
24/4/2020 : Ramadhan bertiga tahun ni Alhamdulillah. Kisah hari pertama , el cubalah masak untuk lauk berbuka , mama request masak sup tulang masak lemak cili api rebung daging salai. Okay fine kita cubalah masak Dah masak masak happy duduk dekat meja tunggu azan habis je baca doa Allah ! lupa pulak masak nasiiiiiiii ya Allah rasa macam nak tepuk dahi ni spoil . dah malu terus jamah kurma minum air naik atas solat maghrib dulu berjemaah. HAHA okay thats my story. Korang dah ada ke cerita aneh aneh walaupun baru hari ketiga berpuasa?
Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober tahun lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, telah tular di TikTok mengenai video seorang gadis yang berkecil hati apabila orang menyamakan dirinya seperti selebriti, Hanis Zalikha namun dikatakan versi gelap.
Tersinggung dengan kata-kata itu, Nur Fatihah Kamal atau lebih dikenali sebagai Tiya Kamal menjelaskan dia tidak kisah apabila disamakan dengan Hanis Zalikha namun sedih apabila rupa parasnya dikritik kerana warna kulitnya dan mengatakan dirinya pasti lawa jika dia berkulit cerah.
“Muka hang sebijik Hanis Zalikha tapi if hang putih mesti lagi lawa. Adakah saya tidak lawa?”
Tiya juga sedih apabila fizikalnya juga turut dikritik oleh sesetengah individu.
“Ramai orang kata kalau kurus mesti lagi lawa. Saya dah turun 20kg pun orang still panggil gemuk.”
Tanpa diduga, perkara ini telah mendapat perhatian Hanis Zalikha sendiri sehinggakan dia memuat naik foto Tiya di laman instastory sambil memberikan pujian buat gadis berkenaan.
Teruja dengan perkara itu, Tiya meluahkan rasa terharu dan gembiranya dengan situasi itu melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Ujarnya, dia sememangnya mengagumi Hanis sebagai seorang ibu, ahli perniagaan, selebriti dan wanita yang sangat hebat dalam hidupnya.
HIJABISTA: Dah 2021 pun masih ada yang mentaliti ke belakang lagi. Haih, tak kisahlah apa jua warna kulit kita sebab masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Apa guna kalau luaran saja cantik tapi perangai menyakitkan hati ye tak?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di