Isi Kandungan
ToggleMasalah biasa yang sering dialami pada kulit wajah adalah kehadiran jerawat pasir yang tumbuh di pipi hingga meninggalkan parut. Parut ini memang agak sukar dihilangkan dan mengambil masa yang lama. Perkongsian dari gadis ini @eswanmaryam yang mengikut tip disarankan oleh Youtuber popular dari Korea, Liah Yoo cara bagi menghilangkan jerawat pasir yang tidak meninggalkan parut.
Menurutnya ada lapan step yang ditunjukkan tetapi tidak mengikut semua step yang dicadangkan.
Jangan gatal tangan kopek jerawat.
Ini cara paling berkesan untuk hilangkannya.
Juga boleh amalkan tip dari YouTuber dari Korea, Liah Yoo.
Jaga rutin harian Save Our Soul (S.O.S) seperti disarankan.
Ada 8 step tapi hanya ikut yang bersesuaian.
Step seterusnya.
Jangan lupa pakai soothing serum dan juga mask.
Tidak lupa pakai pelembap dan spot treatment.
Untuk malam pula ini rutin penjagaannya.
Kulit jenis kombinasi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kami Kahwin Lambat’- Kisah Lelaki Ini Jadi Inspirasi Buat Mereka Yang Masih Bujang Dan Jaga Jodoh Orang
Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pasti mengimpikan untuk hidup bersama pasangan tercinta suatu hari nanti. Menanti jodoh berkunjung tiba sambil berusaha mengharapkan yang terbaik daripada Illahi. Ada orang yang jodohnya datang cepat, ada pula yang datang lambat. Tak kiralah bila masanya sekalipun, Tuhan akan berikan kepada anda pada waktu yang terbaik sekali.
Menerusi perkongsian Faridzul Nasaruddin di laman facebook, jejaka ini telah berkongsikan kisah pertemuannya dengan isteri. Walaupun pernah berpisah, kalau sudah jodoh pasti bertemu jugakan?
Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang…
Just go on with the flow!
Untuk para hijabi di luar sana, jangan risau dan runsing jika belum bertemu jodoh. Ambil inspirasi daripada kisah ini. Sandarkan harapan pada Allah dan berusahalah membaiki diri untuk menjadi yang terbaik. InsyaAllah jalan anda akan dipermudahkan olehNya dan anda akan berjumpa yang terbaik untuk diri anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Berhubungan Baik Dengan YB Nurul Izzah Tapi Vivy Yusof Tak Cadang Reka Tudung Bagi Pakatan Harapan
Isi Kandungan
ToggleSebelum ini pernah viral apabila hubungan baik antara YB Nurul Izzah dengan Founder Duck Group, Datin Vivy Yusof disalah ertikan apabila terbabit dalam satu kempen ‘IAMHOMEGROWN’ untuk KLFW17 dianjurkan syarikat berkenaan. Namun bagi Vivy Yusof, hubungan beliau tiada kaitan dengan politik kerana memang sudah lama mengenali Nurul Izzah dan keluarganya.
Sebagai seorang ahli perniagaan, Vivy cuba bersikap natural dan tidak memihak pada mana-mana pihak. Siapa sekali kerajaan yang memimpin sekarang, Vivy akan tetap menyokong.
Beliau juga sebenarnya mempunyai hubungan baik bukan sahaja dengan YB Nurul Izzah sekeluarga, malahan anak orang ternama di luar sana.
Keluarkan Tudung Untuk Pakatan Harapan
Viral tentang gaya tudung YB Nurul Izzah yang terkenal dengan gaya tudung bawal, Hijabista sempat menanya sendiri “sekiranya beliau diberi peluang mengeluarkan tudung untuk Pakatan Harapan, adakah beliau akan menolak tawaran ini dan berapakah harga yang patut dijual pada umum?”
Pernah menerima tawaran sebegini dari satu pihak lain, berbalik pada prinsip Vivy sebagai usahawan wanita yang berjaya tidak melibatkan perniagaannya dengan isu politik.
Walaupun beliau juga turut mempunyai hubungan baik dalam perniagaan sehingga peringkat antarabangsa, tetapi tidak akan mengambil kesempatan untuk mempromosi dan membabitkan perniagaan dengan isu semasa.
Umum mengetahui Duckscarves baru sahaja melancarkan tudung Limited Edition koleksi raya ‘The Doily Duck’, minggu lalu. Malah sejak dilancarkan, telah berjaya menjual sebanyak 10 ribu helai tudung edisi terhad ini dalam masa 3 jam di laman sesawang rasmi. Dan kini Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ ini boleh didapati di butik fizikal di Suria KLCC dan Pavillion.
Inspirasi kenangan Vivy Yusuf bersama Tok Ma semasa bulan Ramadan dibawa berkongsi bersama melalui rekaan tudung yang bercorak doily paper dan hadir dengan 8 rona warna menarik yang dijual pada harga RM300 sehelai.
Bangga menjadi Anak Malaysia
Beliau menyatakan amat berbangga menjadi anak Malaysia. Oleh sebab itu beliau cuba membawa kesinambungan dengan mengetengah gambaran KLCC, kueh traditional pada rekaan tudung Duckscarves terdahulu bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.
REKAAN TUDUNG INSPIRASI DARI KUEH TRADITIONAL
Malah sumbangan beliau pada industri fesyen juga adalah bagi memartabatkan Malaysia Vivy Yusof di mata luar. Wanita yang sedang mengandung anak ketiganya ini juga pernah di nobatkan sebagai ‘Young Entreprenuers Award’ sebagai pengasas Fashionvalet.
Menangani Isu Duck Scarves Tiruan
Isu ini bukan berlaku pada jenama Duck sahaja, malahan isu ini dianggap Worldwide Issue. Sedangkan jenama besar seperti Hermes, Gucci, Prada dan banyak lagi juga menjadi ribuan barangan tiruan inikan pula Duck Scarves.
Vivy yang akui walaupun banyak keluaran tiruan tetapi tidak memberi efek kepada perniagaan beliau. Namun apa yang digeruni adalah kepercayaan pelanggan setia akan berkurangan.
Duckscarves tiruan ini boleh dikenali dari segi kualiti fabrik. Beliau sendiri tidak menyokong barangan tiruan kerana tahu kepayahan mengeluarkan idea dan proses sesuatu produk yang berkualiti, bukan mudah. Justeru beliau menyeru kepada rakyat Malaysia dan seluruh peminat setia Duckscarves agar membeli tudung yang original.
Mengembangkan sayap dalam perniagaan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama dengan pihak seperti SME dan MISC, Vivy juga pernah mengeluarkan tudung koporat tetapi tidak pernah dijual untuk umum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemerah Pipi Jenis Krim Atau Bedak, Mana Satu Yang Sesuai Untuk Kulit Saya?
Isi Kandungan
ToggleApa salah satu produk solekan yang menjadi kegemaran anda? Lipstik? Pembayang mata (eyeshadow)? atau Maskara? Jika pemerah pipi (blush) anda sama macam min! Ya, siapa sahaja tidak suka pemerah pipi, warnanya sahaja sangat menarik.
Kulit yang tampak sugul dan kusam pula akan tampak lebih ceria dan berseri apabila mengoleskan sedikit ke pipi. Penampilan pula akan menjadi lebih manis dan ayu selepas itu.
Pemerah pipi buat anda kelihatan segar!
Pemerah pipi ini adalah satu produk solekan yang harus ada di dalam beg mekap anda. Tanpa pemerah pipi, wajah akan nampak sangat rata dan tiada warna yang menyerikan di kawasan muka selain warna pembayang mata.
Sudah tentu anda tidak mahu kelihatan janggal apabila mengenakan solekan tambahan pula ingin tampil bersedia dan cantik apabila berjumpa dengan khalayak ramai. Bagi min, harus ada pemerah pipi kerana hanya oleskan sedikit sahaja di pipi sudah kelihatan comel dan manis.
Sudah menjadi suatu benda yang lazim buat penggemar mekap untuk memilih warna-warna rona yang sesuai dengan warna kulit. Tambahan pula, ada juga beberapa jenis produk yang berbeza untuk serasi bersama jenis kulit seperti berminyak, kering, kombinasi, dan normal.
Hari ini min nak ulaskan lebih mengenai jenis pemerah pipi dan keserasiannya yang sesuai untuk beberapa jenis kulit wajah. Ada terdapat tiga jenis produk pemerah pipi sebenarnya, antaranya:
- Krim
- Bedak
- Cecair
Tetapi sering kali kita lihat di pasaran dua jenis pemerah pipi iaitu krim dan bedak. Jadi kita akan lebih fokuskan kepada dua jenis ini dan kesesuaiannya pada jenis kulit.
Artikel berkaitan: Jangan Asyik Pakai Blusher Merah Jambu Je, Ini Warna-warna Blusher Yang Sesuai Dipakai Ikut Tona Kulit
Pemerah pipi: Jenis Krim
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sudah matang, di sarankan untuk menggunakan pemerah pipi jenis krim. Ia kerana konsistensi produk itu sangat bagus buat kulit yang memerlukan produk yang melembapkan kulit.
Pemerah pipi jenis krim juga sangat bagus dalam pengawalan warna yang di letakkan pada muka. Anda boleh mengawal kepekatan warna yang anda letak pada kulit. Oleh kerana konsistensinya yang pekat dan pejal, ia tidak mengeluarkan warna yang terlalu pekat malah tampak lebih natural.
Antara produk yang min suka setakat ini adalah:
Wardah Colorfit Cream Blush
Pemerah pipi ini datang dengan tiga jenis warna yang menarik seperti Sand Coral, Merry Mauve, dan Summer Peach. Ia juga mengandungi vitamin E dan senang sahaja untuk di gunakan. Mudah juga untuk di bland pada kulit dan tahan lebih lama!
Canmake Cream Cheek
Mempunyai konsistensi yang senang untuk anda oleskan pada muka. Senang di bland dan seolah-olah cair di kulit muka tanpa meninggalkan kesan yang ketara. Sudah tentu tahan lebih lama!
Pemerah pipi jenis: Bedak
Sis! bukan bedak yang talkum itu, tetapi jenis bedak yang sering menjadi pilihan kita. Ramai yang menggunakan powder blush kerana ianya mudah di dapat di mana-mana sahaja.
Namun, powder blush atau pemerah pipi jenis bedak ini kurang sesuai untuk di gunakan pada kulit yang matang dan kering. Ia boleh membuatkan kulit tampak lebih kering dan senang kelihatan kesan-kesan kulit mati di muka.
Buat anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi, normal, ataupun berminyak–ini jenis pemerah pipi khas buat anda. Ia akan memberikan warna yang cantik dan juga membuatkan kulit tanpa lebih matte dan mulus!
Maybelline Fit me! Powder Blush
Sering menjadi pilihan kebanyakan orang kerana ia sangat ringan dan membuatkan kulit tampak natural sepanjang hari. Senang sahaja untuk bland pada kulit dan memberikan kesan glowing.
Wardah Exclusive Blush On
Pemerah pipi jenis bedak yang membuatkan kulit tampak mulus dan licin. Ia mampu memberikan warna dan menyegarkan muka tampak lebih anggun.
Cop! Sebelum anda pergi, sebenarnya kedua-dua jenis pemerah pipi ini boleh sahaja di gunakan untuk mana-mana jenis kulit. Apa yang penting adalah base solekan anda harus cantik supaya kulit tampak lebih jelita!
Sumber info: BYRDIE dan BeautyJournal.id
Artikel berkaitan: Cara Tepat Pilih Warna ‘Blusher’ 4 Jenis Pemerah Pipi Ini, Sesuai Mengikut Tona Kulit. Barulah Tak Pucat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI