Memakai hijab itu sendiri wajib di dalam Islam tetapi tidak semestinya anda tidak boleh bergaya. Trend terkini ramai yang memakai subang tetapi sukar nak jumpa aksesori yang boleh bantu anda menutup aurat dengan sempurna. Jangan risau! ‘Pinrings’ kan ada sekarang. Cantik dan comel pula tu. Jadi, apa ‘pinrings’ ni? Jom kenali gadis kreatif ini!
Gadis berumur 24 tahun ini merupakan usahawan yang membuat subang yang direka khas buat mereka yang memakai hijab. Diberi nama Fatini Zamri membuat rekaan ‘pinrings’ di atas nama jenama ‘LushPins’. koleksi ‘Pinrings’ yang dikeluarkan ini sangat sesuai untuk wanita berhijab yang ingin bergaya dan bersederhana. Menariknya, ‘pinrings’ yang dihasilkan sama seperti subang tetapi dalam bentuk pin. Anda boleh pin sahaja di tudung dan tak perlu susah-susah nak nampak telinga ke leher.
Artikel Berkaitan: Warna Yang Sesuai Dipakai Untuk Tona Kulit Anda Dan Pandanan Aksesori Ini Buat Tambah Berseri.
Menurut Fatini, setelah tamat diploma, dia mengambil tempoh setahun dari belajar untuk mengenal pasti apa yang dia ingin lakukan. Dia berasa sedih apabila mendapati dia tidak dapat mencapai skor kolej MARA yang boleh menyambungkan dirinya belajar ke luar negara. Kata Fatini pada pemberita laman sesawang SAYS apabila ditanya kenapa dia ingin memulakan perniagaan sendiri.
Selain itu, Fatini turut mengatakan bahawa dia ingin memakai aksesori yang dibuat itu pada majlis graduasinya. Malah, Fatini juga pernah mempunyai koleksi barang aksesori seperti pin tudung yang berkilau dan kini Fatini mempuyai perniagaan dia membuat ‘Pinrings’.
Fatini turut rasa gembira apabila perniagaannya diterima dan disokong oleh keluarga dan rakannya. Malah, sokongan yang tidak putus. Dia bersyukur dikelilingi dengan orang yang banyak membantu dirinya. Fatini juga turut meluahkan rasa susah yang dialami apabila memulakan perniagaan sendiri oleh kerana dirinya. Menurut Fatini, walaupun Lushpins kini berkembang dengan jayanya tetapi dia bersyukur dengan segala usaha dia dapat memperkenalkan Lushpins di khalayak ramai.
Selain itu, Fatini juga mengatakan dirinya menghadapi kesukaran juga membuat perniagaan ini oleh kerana kesusahan untuk melayan pelanggan yang membeli ‘Lushpins’ dengan banyak kerenah. Terutama sekali pembeli dari media sosial dan memerlukan permerhatian yang sangat teliti untuk tidak kehilangan pembeli.
Menurut Fatini, hijabi di luar sana tidak perlu menunjukkan kulit anda pun, anda hanya perlu pinkan ‘pinrings’ di tudung anda. Sangat selesa, sesuai untuk pelbagai gaya, tak bergerak-gerak dan sangat cantik! Kelebihan ‘pinrings’ ini adalah dia tidak akan menarik atau menyakitkan seperti mana subang yang biasa kita pakai apabila tertarik atau tersangkut.
Fatini mendapat banyak sambutan daripada pengikutnya. Terutama sekali buat mereka yang suka bergaya dan ingin kekal cantik berhijab. Melalui temuduga bersama SAYS, Fatini berpendapat bahawa dia sangat mengambil perhatian pada trend yang berlaku setiap hari supaya dia dapat bantu wanita berhijab diluar sana untuk memberanikan diri bergaya menggunakan aksesori.
“Saya menggunakan pelbagai rekabentuk seperti bentuk minimalis permata, bentuk pom pom warna warni, fun tassels
dan bentuk geometri elektik untuk koleksi ‘pinrings’ saya.” Kata Fatini.Harapannya untuk masa hadapan adalah agar ‘Lushpins’ berjaya lebih berkembang dalam masa 5 tahun. Fatini juga berharap untuk dia sentiasa menambahbaik kualiti produknya. Selain itu, dia juga berharap agar dapat membuka pejabat buat Lushpins dan berkembang dengan lebih berjaya. Semoga kreativiti Fatini akan terus berkembang dan dia akan terus berjaya di dalam perniagaannya.
Artikel Berkaitan: Cincin, Subang Dan Rantai Cepat Berkarat Dan Tidak Berkilat, Ini 6 Cara Mudah Untuk Menjaga Barangan Aksesori Anda Di Rumah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.