Bersaing di peringkat adalah suatu benda yang sukar buat seseorang. Kepandaian serta strategi untuk menonjol itu perlu mahir pada seseorang individu itu untuk lebih tertampil kehadapan dari yang lain.
Artikel berkaitan: Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan lagi dengan kemenangan seorang gadis berumur 17 tahun dari Sabah dalam Pertandingan Menulis Puisi Haiku anjuran Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina. Pelajar dari kolej Vokasional Keningau, Sabah ini membuktikan lagi kehandalan pelajar tempatan.
Kemenangan dari seorang gadis, Siti Nur Hanisah Omar Hashim yang berumur 17 tahun telah menangangkat nama Malaysia pada peringkat antarabangsa selepas menjadi juara dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering‘ yang dianjurkan oleh Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina.
Lebih dikenali sebagai Hanisah, merupakan seorang pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Keningau di Sabah. Dia mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Menurut laporan di SabahMedia, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Encik Johari @ Jaibet Sabin menjelaskan bahawa Hanisah menjadikan ibu dan bapa serta suasana sekolahnya sebagai sumber inspirasi. Terhasil dari itu, dia berjaya menghasilkan 10 puisi haiku yang dipersembahkan melalui saluran Youtube Dr Sirhajwan Idek.
Dia difahamkan menjalani beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan pantauan oleh jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat. Bukan berlatih biasa, tetapi dia berlatih secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet
sahaja.“Haiku merupakan puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar pusi tersebut,
“Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi,” begitulah penjelasan Encik Johari dalam satu kenyataan semalam berkenaan kemenangan pelajar di kolej vokasionalnya.
Artikel berkaitan: Kebanggaan Rakyat Malaysia, Hijabi Tajaan MARA Ini Pelajar Cemerlang Di The University Of Edinburgh.
Pihak kolej Vokasional Keningau, Sabah turut berbangga atas kejayaan yang diperoleh oleh Hanisah dan mengucapkan tahniah buatnya. Sebagai pengarah Kolej Vokasional itu, Encik Johari mengharapkan agar lebih ramai pelajar yang mampu menghasilkan karya seni serta memelihara budaya serta menguasai bahasa Inggeris.
Sumber: SabahMedia dan NewStraitsTimes
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.