Drama Korea ataupun biasa dipanggil k-drama memang menjadi kesukaan ramai terutamanya gadis-gadis remaja. Selain jalan ceritanya yang menarik dan lain daripada yang lain, hero dan heroinnya yang kacak dan cantik menyebabkan para penonton berasa rugi jika terlepas siri K-drama ini. Tapi bahaya jugak jika kita terlalu obses dengan drama ini.
Baru-baru ini, seorang gadis hampir buta selepas menonton K-drama selama 18 jam tanpa henti. Gadis berusia 20 tahun dari Nanjing,China itu pergi ke hospital kerana matanya rasa sakit seperti hendak terkeluar selepas menonton 18 episod K-drama.
Menurut laporan China Daily, dia langsung tak bangun makan dan tidur demi menghabiskan tontonan drama yang diikutinya iaitu Cheese in Trap dan Descendants of the Sun.
Sewaktu menonton drama itu, tiba-tiba dia merasakan seperti ada benda tajam yang menyucuk matanya. Penglihatannya terus menjadi kabur, matanya menjadi merah dan kepalanya terus sakit.
Keesokkan harinya, kesakitan bertambah teruk dan dia terus bergegas ke hospital. Dia terkejut selepas didiagnosis oleh doktor dan mendapati dirinya mengalami acute glaucoma. Doktor juga mengatakan matanya hampir buta jika dia lambat ke hospital.
Sekarang ini, kegilaan remaja terhadap semakin menjadi-jadi di China dan menjadi tabiat terbaru mereka di sana. Pada tahun 2014 yang lalu, terdapat satu kes dimana seorang wanita terkena serangan jantung selepas berjaga hingga lewat malam untuk menonton drama My Love from the Star.
Obsesi golongan muda terhadap permainan komputer dan internet kini menjadi isu besar satu dunia. Para hijabi jangan jadi sebegini tau. Tak salah mempunyai minat tapi perlulah tahu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya ya.
sumber: Blogtamsu