Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun  baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.

Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.

Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.

Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.

Nak tulis panjang sikit this time. After a month of reading the news *4 times to be exact* baru lah berani nak post video. Coming from a medical background that deals with bones,blood and corpse LOL with no experience whatsoever in broadcasting and entertainment field, reading the news was one of the most nerve wrecking moment in my life! ?? Going live bukan depan seribu dua,tapi beratus ribu orang. The first time I went on air,there’s so much thing going on in my head,and my life,only Allah knows. Be it a personal or family matter,once you’re in front of the camera you’re own your own mate! ?? Tipu kalau cakap tak nervous,I am and forever will be. But it was definitely a beautiful experience indeed ? Going outside of the box,out of my comfort zone,testing my limit against all odds and boundaries. Honestly,I have no confidence at all in the very beginning,but I’m trying to stay positive. In order to move forward you will always have to stay focus and let sky be your limit . Thank you so much to dato Rizal for the opportunity,the legendary news anchor abg wan K and Ardi for your guidance! Thank you so much to each and everyone of you for your continuos support and love ?☺️❤️ I’m still learning,and trying to improve myself every single day,mohon doa yang baik2 ya? ❤️?? il be reading the news every Saturday on the weekend starting December onwards so see you guys on channel 114! P.s: Di beri peluang yntuk menutup berita pertama beberapa minggu lalu dengan surah favorite saya,al insyirah was definitely something il cherish a lifetime :’) #alhijrah #newsanchor #beritautama #beritajam8 #Newsat8 #worldnews #malaysian @beritaalhijrah @alhijrahbfrenz @stylistalhijrah @tvalhijrah114 @mynohomar

A post shared by DR. AFFA ROVNA (M.D) (@insyirahsyerry) on

Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.

Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.

Ads

Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.

Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.

Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.

Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.

Ads

My last day as “Gadis 2 IC” LOL ? #aboutTimeAfa #Malaysian

A post shared by DR. AFFA ROVNA (M.D) (@insyirahsyerry) on

Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.

Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.

Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.

Ads

Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.

PROSEDUR BIASA JIKA KAD PENGENALAN LAMA

Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.

Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.

Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.

JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.

SUMBER: MSTAR & ROJAK DAILY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI