Peserta berhijab dari Malaysia, Wawa Zubir telah mengharumkan nama negara apabila telah bergelar naib johan dalam pertandingan ratu cantik, Miss Culture World International 2022.
Pertandingan tersebut kali ini diadakan di negara Vietnam dan edisi kali ini merupakan kali kelima ia diadakan.
Wakil tuan rumah, Thai Nha Van telah dinobatkan sebagai juara manakala peserta dari Indonesia, Nuraisyah di tempat ketiga.
Walaupun belum sepopular pertandingan ratu cantik lain seperti Miss World dan Miss Universe, namun pentas tersebut tetap berjaya mencuri tumpuan dunia dan disertai ramai barisan ratu cantik dari pelbagai negara.
Serba sedikit info mengenai Wawa,27, dia merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik dan dibesarkan di Kg Luit Maran, Pahang.
Bersemangat mewakili negara, Wawa sebelum ini pernah mencoret di laman Instagramnya agar seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan buatnya untuk terus berjaya membawa nama Malaysia di mata dunia.
Demimu Malaysia!
Jutaan tahniah diucapkan buat Wawa kerana telah berjaya melakar sejarahnya yang tersendiri. Moga dia terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.
sumber: instagram @wawaa.zubir_