Baru-baru ini tural satu rakaman video di mana seorang gadis cantik berhijab yang sedang membaiki brek kereta hingga ada yang sanggup meletakkan hantaran setinggi RM20 ribu kepada pemilik nama Nor Sakira Awee, berusia 20 tahun. Namun gadis ini tidak cepat melatah, malah dia hanya tersenyum membaca komen netizen dan menganggapnya sebagai gurauan. Gadis dari Marang, Terengganu ini tidak menyangka video berdurasi 35 saat ini boleh viral di media sosial. Dia juga turut mengakui dirinya kini cuba dipikat lebih 100 lelaki selain menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.
Walaupun dirinya jadi tumpuan gara-gara video itu tetapi Nor Sakira tidak menganggap sebagai gangguan kerana sifatnya yang suka berkawan dengan semua orang dan cukup terbuka dalam soal ini.
Dia turut mengakui pembabitannya dalam bidang automotif menyebabkan dia lebih ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan. Nor Sakira memberitahu dia hanya buat yang disukai dan diminati, namun tidak sangka mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.
“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini,” katanya yang turut menjaga aurat dengan memakai sarung lengan.
Menurutnya, rakaman video berkenaan dilakukan ketika dia menjalani latihan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE) di Chendering, dekat sini. Dia salah seorang daripada 65 pelajar tahap dua bagi Sijil Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di UNICETE itu.
“Walaupun terpaksa bergelumang dengan minyak hitam selain mendapat sindiran pelbagai pihak, saya tetap kekal dengan minat itu,” katanya.
Dia yang memang meminati kerja membaik pulih pelbagai jentera termasuk kereta dan motosikal sejak kecil. Malah dia turut mempunyai dia memang mempunyai asas dan sedikit kemahiran membaiki motosikal dan kereta sebelum mengikuti kursus di UNICETE itu.
Sementara itu, abangnya, Mohd Sabri juga turut mempunyai bengkel kereta di Kampung Tok Landok dan dia juga banyak menimba ilmu membaiki kenderaan bersamanya. Meurut abangnya juga selepas enam bulan mengikuti kursus di UNICETE, kemahiran Nor Sakira semakin bertambah dan dia kini mampu membaiki kerosakan enjin kereta.
“Apabila minat, semua perkara akan mampu dilakukan. Ramai kenalan perempuan yang memandang sinis terhadap minat saya ini tetapi ia tidak melunturkan semangat.
“Walaupun saya terpaksa bermandi minyak hitam, bekerja dengan menggunakan banyak tenaga tetapi ia tidak mengubah penampilan saya sebagai seorang wanita.
“Memang ia kerjaya lasak dan asing untuk seorang perempuan tetapi saya tetap perempuan yang kekal dengan identiti lemah lembut dan suka dengan penjagaan kecantikan,” katanya yang puas membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama membabitkan wanita.
Artikel Berkaitan: Sakit Masa Final Exam Tak Halang Gadis Ini Terima Anugerah
Menurutnya, dia berasa gembira dan bangga kerana memilih untuk mendalami bidang automotif itu sekali gus berpeluang berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.
“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE,” katanya lagi kepada HARIAN METRO.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI