Industri muzik tempatan bakal menyaksikan sebuah gabungan hebat dan mantap dengan mempersembahkan dua nama besar dalam dunia nyanyian Malaysia di sebuah pentas yang berprestij. Apabila berbicara tentang dua nama ‘gergasi’ ini, pasti alunan suara merdu serta kelantangan vokal yang padu mula bermain-main di fikiran.
Kehebatan adik-beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain bakal menjadikan malam anda lebih istimewa dan bermakna apabila digabungkan dalam sebuah konsert, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022.
Bakal diadakan pada 6 Ogos 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), konsert yang berlangsung selama 90 minit ini merupakan sebuah konsert berskala besar anjuran Trumpet International Sdn. Bhd.
Bertanyakan tentang perasaan Anuar dan Ziana tentang konsert ini, kedua-duanya menzahirkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menghiburkan peminat yang sudah lama menginginkan persembahan mereka berdua.
Ads
“Kami berasa bersyukur diatas kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur. Sudah pasti kami akan mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sudah lama ingin menyaksikan persembahan kami berdua,” ujar Anuar teruja.
Bagi Ziana pula, ia umpama mimpi jadi realiti apabila dapat menghiburkan peminatnya di sebuah pentas yang tersohor serta dapat berkongsi momen manis bersama adiknya sendiri.
Ads
“Saya percaya ini merupakan doa peminat-peminat kami yang sudah lama ingin melihat kami bergabung suara di satu pentas yang sama. Kata orang kalau selalu berdoa melebihi 44 kali, doa itu akan menjadi kenyataan. Jadi, saya bersyukur dengan peluang yang diberikan,” kongsi Ziana.
Ads
Jika anda merupakan peminat tegar lagu hit segar malar seperti Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Korban Cinta, Keabadian Cinta, Lelaki Ini ataupun Teman Terulung, jangan lupa untuk menonton konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur!
Bakal memberi anda mimpi indah serta ‘golden moment’, tiket boleh mula dibeli pada 19 Mei 2022, pada harga bermula dengan RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1188 menerusi laman web www.excitix.com.my.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amalan sedekah merupakan sebuah amalan yang disarankan di dalam Islam. Bukan hanya dijanjikan ganjaran pahala, malah ia membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih bertanggungawab dan sensitif tentang kesusahan orang lain.
Justeru, dalam usaha untuk menyemai amalan bersedekah dikalangan masyarakat kita, Hijabista bersama dengan Kenanga Investors Berhad membawakan Tazkirah 2U yang dihoskan oleh Hana Ismail.
Berdiskusi topik Sembunyi Dalam Terang, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIMmembuka kalam bicara dengan menerangkan mengenai keikhlasan dalam bersedekah.
Menurutnya, media sosial hari ini diibaratkan sebagai pentas dalam mempersembahkan realiti kehidupan. Sama ada golongan selebriti mahupun orang awam, ramai yang memilih untuk memperlihatkan segala aktiviti yang dilakukan di akaun media sosial mereka, termasuklah dengan amalan bersedekah.
Namun, persoalannya, adakah wujud secebis nilai keikhlasan jika amalan sedekah itu dipertontonkan kepada khalayak umum? Mengapa tidak dilakukan secara sembunyi?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, andai amalan sedekah yang dilakukan itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan, maka tidak mengapa. Namun, jika niat yang wujud di hati itu bukan atas dasar kerana Allah SWT, maka ia hanyalah amalan yang disia-siakan.
“Jika kita merupakan seorang influencer yang dapat mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan, maka tiada masalah. Sebagai contoh, kita kongsi kegembiraan seseorang apabila mendapat bantuan derma dengan tujuan untuk merangsang mata yang melihat melakukan sedekah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja merujuk kepada satu individu sahaja, malah, mereka yang melihat juga harus disemikan dengan sangka baik supaya dijauhi dari fitnah.
“Bukan hanya kepada mereka yang berkongsi tentang amalan sedekah di media sosial, tetapi kita yang melihat ini juga harus sentiasa bersangka baik. Usah racuni fikiran dengan tanggapan yang negatif,” nasihatnya.
“Hidup 80 tahun, hanya 1/2 hari saja amalan diterima..”
Sukar untuk kita aturkan mengenai apa yang dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT. Sukar juga untuk kita tahu tentang keikhlasan hati seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berusaha mencari keikhlasan hati suapaya mendapat keberkatan dari-Nya. Andai timbul rasa riak dan takbur, amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
“Kita ambil contoh yang mudah, di dalam masjid. Ada tabung derma dihadapan kita lalu kita sedekah RM5. Tetapi, kerana malu orang sebelah memandang, kita masukkan lagi RM5. Adakah ia diterima Allah? Jawapannya, hanya RM5 awal tadi yang diterima Allah kerana ikhlas. Boleh jadi, RM10 yang disedekahkan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Bukankah ia menjadi amalan yang sia-sia?,” tambah Prof. Madya Dr. Nik Salida.
Apa yang lebih menakutkan apabila saat kita dihimpunkan di akhirat kelak, dan diperhitungkan segala amalan, usah terkejut sekiranya sepanjang usia kita selama 80 tahun, amalan baik yang kita lakukan selama kita hidup, hanya diterima setengah hari saja diterima oleh Allah SWT. Nauzubillah..
“80 tahun hidup, hanya setengah hari saja bermanfaat. Sedangkan orang itu solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah, menunaikan umrah dan haji, tetapi amalannya hanya diterima 1/2 hari sahaja.
Rupa-rupanya, hanya 1/2 hari sahaja yang dilakukannya ikhlas, kerana Allah SWT. Amalannya yang lain dilakukan kerana manusia. Sungguh, hidupnya di dunia hanyalah sia-sia. Semoga kita dijauhkan,” ulasnya lanjut.
“Sentiasa berdoa untuk elak murka Allah..”
Benar. Bukan mudah mencapai sebutir zarah sebuah keikhlasan. Namun, andai diri sentiasa dekat dengan-Nya, maka, diri pasti tidak lekang dengan nilai ikhlas saat bersedekah. Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, amalan sedekah itu, sebaik-baiknya dilakukan secara senyap dan sembunyi. Ibarat, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apatah lagi orang di sebelah. Jika kita tidak mampu untuk elak rasa bangga, riak dan takbur, maka sulamilah diri dengan ilmu-ilmu dari majlis agama, mendengar tazkirah dan berdoalah kepada-Nya.
“Kita sebagai seorang Muslim harus sentiasa mengajar diri untuk mengikhlaskan hati dan lakukan semuanya kerana Allah SWT. Pintalah kepadanya untuk permudahkan urusan dan memohon keberkatan darinya. Percayalah, amalan sedekah itu banyak ganjarannya.
Andai kita permudahkan manusia lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Usap harapkan balasan baik dari manusia, malah mintahlah rahmat kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,” ujarnya menutupi kalam bicara temubual eksklusif bersama Hijabista.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak perlu menatal ke bawah timeline anda tanpa henti. Begini cara mencari siaran Facebook lama dengan cepat dan mudah.
Mencari posting lama pada timeline Facebook boleh jadi menyukarkan anda dan mungkin melibatkan banyak masa menatal. Anda mungkin menggunakan apl dan alatan pihak ketiga untuk tujuan ini. Walau bagaimanapun, terdapat cara mudah untuk mencari melalui timeline anda dan anda tidak perlu menjejaskan privasi anda dengan menggunakan apl luaran.
Apl dan alatan pihak ketiga berkemungkinan melanggar privasi anda dengan mendapatkan akses kepada semua perkara pada akaun sendiri. Hanya gunakan apl yang anda percayai untuk mengelak daripada digodam. Begini cara menggunakan fungsi carian Facebook untuk mencari posting lama pada timeline, serta beberapa petua untuk memanfaatkan alat tersebut dengan sebaiknya.
Anda boleh menggunakan Facebook’s default search function untuk mencari siaran lama anda. Jika anda terlepas fungsi ini, ia boleh difahami, kerana ia agak tersembunyi dalam pilihan. Anda boleh mengikuti bersama pada PC atau telefon anda untuk mencari bahan pada garis masa anda.
Perkara pertama yang perlu diingat ialah jika anda mencari “My Posts”, hasil carian yang muncul adalah sama ada hasil carian yang anda siarkan sendiri atau yang disiarkan oleh orang lain yang pernah anda lihat pada masa lalu. Tetapi anda boleh menambah kata kunci selepas istilah carian ini untuk memperhalusi hasil lagi. Sebagai contoh, kami mencari “My Posts Rumi” dan siaran lama berikut muncul sebagai hasilnya.
Ini hanyalah carian yang sangat asas, walaupun. Untuk memperhalusinya dengan lebih lanjut, anda perlu menggunakan beberapa penapis. Mula-mula, anda mungkin mahu hasil carian menunjukkan hanya siaran yang diterbitkan oleh anda dan untuk melakukannya, pergi ke Posts di bawah Filters. Kemudian klik pada Posts From dan pilih You dalam menu lungsur. Kini, semua siaran yang ditunjukkannya telah disiarkan oleh anda.
Jika anda masih tidak menemui siaran yang anda cari, anda boleh memperhalusi lagi hasil carian mengikut tahun. Untuk berbuat demikian, sekali lagi pergi ke Posts di bawah Filters, dan klik pada Date Posted. Di sini, anda boleh memilih tahun siaran itu dan ia akan menunjukkan hasil daripada tahun tertentu sahaja.
Selain daripada Posts From dan Date Posted, anda juga mempunyai pilihan untuk menapis hasil mengikut Recent Posts, Posts You’ve Seen dan Tagged Location. Jika anda sedang mencari siaran yang diterbitkan baru-baru ini, anda boleh memilih Recent Posts untuk mengecilkan hasil carian. Jika siaran itu diterbitkan oleh orang lain, anda boleh cuba memilih Posts You’ve Seen. Dan akhir sekali, anda boleh memperhalusi hasil carian berdasarkan lokasi dengan memilih Tagged Location.
Jika anda ingin mencari foto atau video pada Timeline, anda akan menemui pilihan tersebut di bawah Filters. Kaedah mencari foto dan video hampir sama dengan kaedah yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, kedua-dua pilihan ini mempunyai penapis yang lebih sedikit berbanding dengan posted, diubah suai mengikut keperluan jenis kandungan.
Dengan mencuba option dan filters ini, anda boleh mencari mana-mana siaran pada timeline anda. Cuba filters yang berbeza untuk mengoptimumkan dan memperibadikan hasil carian. Semasa melakukan carian ini, anda disyorkan lebih baik untuk menyiarkan bahan dengan kapsyen. Ini sangat membantu semasa mencari siaran lama pada timeline anda, kerana algoritma carian mencari kata kunci dalam bahagian siaran ini. Selain itu, anda boleh menghalang orang lain daripada menyiarkan pada garis masa anda untuk memastikannya bersih.
Kaedah yang dinyatakan di atas boleh membantu anda mencari apa sahaja pada timeline Facebook anda, sama ada siaran teks biasa, foto atau video. Anda boleh menggunakan filters, jika perlu, untuk mengecilkan lagi hasil carian anda.
Satu-satunya kesukaran yang anda akan hadapi ialah apabila anda mencari siaran tanpa kapsyen. Contohnya, jika anda telah menyiarkan foto tanpa sebarang teks yang disertakan, ia mungkin sukar dicari. Walau bagaimanapun, anda boleh mencari mengikut tahun, peluang anda menemui foto tertentu itu.
SUMBER: Makeuseoff
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.