Fynn Jamal LEGA Setelah Bancian Dibuat, 99 Peratus Sokong Wanita BERNIQAB Boleh Muncul Di Kaca TV

Share

Selebriti ini memang dikenali  sebagai seorang yang sangat teguh dengan pendiriannya. Malah dia juga begitu lantang menyuarakan pendapatnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Fynn Jamal baru-baru ini menyelar tindakan sebuah stesen televisyen yang menyuruhnya membuka niqab sekiranya mahu muncul di kaca TV. Dia yang kurang bersetuju dengan arahan itu meminta rakyat Malaysia memberikan pandangan berhubung perkara ini. Bancian yang dibuat rata-rata menunjukkan 99 % memang tidak setuju dengan tindakan berkenaan.

Dalam perkongsiannya di laman instagramnya itu mendapat respobn positif dari followernya. Masing-masing memberikan pandangan mereka dengan menyokong apa yang dia lakukan.

Terima kasih utk jawapan2 bancian malam tadi. statistik menunjukkan 99% tidak bersetuju dgn apa yang stesen tv katakan iaitu rakyat malaysia tidak bersedia melihat personaliti berniqab. nanti kalau jadi lagi penolakan dgn alasan ini— aku tunjuk bancian malam tadi.

Dia kemudiannya membuat petition di laman sosial facebook dan instagram.

within 15 jam lebih seribu org petition kot. (ig / fb combined).

Fynn Jamal memang tidak akan buka niqab walaupun disuruh.

aku buat poll tu sebab aku tak faham macammana inconsistent nya stesen tv dgn aku. kejap boleh kejap tak boleh. masa tak boleh tu yg dia gunakan alasan rakyat— aku jadi blur. tuari aku BARU nampak org berniqab kat tv. xde masalah pun? dari dulu aku dah mmg ckp aku takkan bukak— so bila aku pernah je masuk tv berniqab, aku pikir dah settle dah; tapi eh, skang kena bukak balik pulak? apeni? jgn mainkan hati ai, jeffrey. plis. hati ai bukan kristal, okeh.

Hasilnya 99 peratus tidak bersetuju dan hanya 1 peratus bersetuju.

so bila buat bancian semalam, dpt tanya jawapan direct dari rakyat. 99% tu ok gak aa. yg 1% tu aku hadam jawapan dia. ada sorang dua je aku block sbb alasan dia tolak adalah “dah berniqab pergi duduk rumah baca quran la”.

beb,

tak pakai niqab pun kena baca quran la.

Sebelum itu postingnya berkenaan stesen TV yang menyuruhnya membuka niqab sebelum muncul.

soalan random yang aku WALLAHI minta kalian jawab dgn jujur:

ya—

atau tidak.

kalian (rakyat malaysia) tidak boleh terima manusia berniqab.

aku SERIUS mau tau.

sebab terlalu banyak kali stesen tv beri kata dua:

kalau nak masuk tv—

tolong buka niqab.

kalau tidak—

maaf, kita terpaksa cancel.

aku dah datang set ke, aku dah block date ke, live show akan mula lagi 3 minit ke;

off niqab or off the show:

SEBAB rakyat malaysia tak mau lihat perempuan berniqab di tv.

so aku minta maaf terpaksa tumpang tanya:

kalian (rakyat malaysia) tidak boleh terima manusia berniqab—

betul ke?

KOMEN NETIZEN

@ogydin Saya tak kisah pun..malah saya sangat suka tengok orang berniqab..kadang2 tu teringin juga berniqab tapi takut tak kekal…

@sky_yearth Assalamualaikum wbt…sis…dont worry about that…for me, please move with niqab sis. Please stay with yr niat lillahitaa’la. InsyaAllah, 1 day Allah will show them why muslimah wear niqab. Dear sis, i not wear niqab yet but u done wear, please strong k…please…insyaAllah…wallahualam

@zuehaiknp ye?? knp stesen tv skrg xfhm dgn isu berniqab padahal bkn nya msuk antarabangsa pon siarkn dimalaysia je..smua org dimalaysia xda masalah dgn wanita berniqab..

@wanyusz_virgo Sy suka tgk wanita berniqab..moga kak @fynnjamal sntiasa dibwah jagaan Allah

@zuhsss Awalye mmg nmpk pelik sis..tp lps kite blajar dan fhm erti niqab tu sndr…alhmdlh…niqabtu trlalu indah….sy jgk brdoa yg 1 hr nnt sy blh brniqab sprt sis…tp skrg hati tu mcm keras skit?…diorang x paham sbnrye knp wanita berniqab…tu sb diorang xlh trima

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FYNN JAMAL

Published by
Siti Zurina