Bukan mudah untuk menjaga anak istimewa ataupun yang kurang upaya. Lebih-lebih lagi jika dikategorikan sebagai autism hyper yang sukar untuk kita duga tindak-tanduknya. Begitu juga apa dilalui oleh selebriti Fynn Jamal dan suami yang bertanggungjawab menjaga anak angkatnya, Juna yang merupakan penghidap autism. Biarpun bukan dari darah daging sendiri, tetapi wanita ini tidak pernah lelah untuk menjaga anak istimewa ini sejak dari kecil lagi.
Dalam status terbarunya di laman sosialnya, Fynn Jamal yang kini mengambil keputusan berniqab meluahkan pengalamannya menjaga anak autism ini.
Dalam postingnya dia memberitahu berterima kasih pada stesen TV3 yang mengundang mereka dan dan tidak membuatkan dirinya tidak rasa ‘segan’ dengan sikap anak-anaknya biarpun seorang darinya sangat aktif dan lasak.
Keluarga kecilnya tidak seperti orang lain. Menurut Fynn, dia lebih senang duduk rumah bukan kerana tidak mahu memenuhi jempuran tetapi dia risau jika ada pasu pecah atau meja yang terbaik dan surat khabar kelak ada lukisan ‘doodle’ senyum
terima kasih @mhi_tv3sebab sedikit pun tak buat kami rasa segan sbb anak kami ceria.com level sugar rush. haha.
.
this is my family.
mcmmana pun tak mcm famili normal lain—
i wont ask for a better one.
.
sbb itu kami jenis suka duduk rumah je. bukan tak suka memenuhi jemputan; tapi kami risau pasu anda pecah, meja anda terbalik atau sotkabor anda kena doodle senyum. hahaha.
Bukan juga maksudnya dia bukan jenis buka rumah untuk tetamu. Bukannya Fynn tidak suka, tetapi dia risau hari dijanjikan ada sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.
dan sbb itu juga kami bukan jenis buka rumah utk tetamu. bukan tak suka. tapi risau hari dijanjikan jatuh pada hari juna decide nak ada bad day.
berpeluh, beb.
berpeluh kat dahi dan kat mata. mengalir2 macam empangan pecah. haahah.
Dia juga mengakui baru 4 tahun uruskan anak yang menghidap autism. Jadi dia belum biasa mengalami situasi seperti mata kena jahit kerana sikap anaknya itu.
aku bukan tak nak share momen2 juna meltdown. tapi aku baru 4 tahun handle anak autism. aku belum biasa. mata kena jahit kat anak in case dia buat benda2 merbahaya. tak ingat tepon mana dah waktu2 gitu. haha.
Fynn juga selalu ingatkan diri untuk menyebut perkataan OKU pada anak-anak istimewa ini. Dan dia juga tidak gemar bila ada yang menyebut ‘tak baik cakap anak oku’ kerana merasakan orang begitu ada persepsi negative pada insan seperti ini.
to parents dgn anak2 with kad oku— sebut SELALU perkataan oku tu. itu cara aku.
aku paling tak berkenan bila org kata “tak baik cakap anak oku”. sbb itu menunjukkan ORG yg ada masalah dgn status oku. dia rasa oku ada connotation yg negatif.
Kecuali jika ditukar nama jadi kad ahli syurga. Tetapi baginya OKU adalah OKU. Dan pada Fynn juga setiap anak itu cukup istimewa di mata emak dan ayah.
melainkan kad oku ditukarnama jadi kad ahli syurga;
oku adalah oku.
kalau nak kata anak istimewa—
SEMUA anak istimewa.
kita SEMUA anak istimewa mak abah kita.
Postingnya itu juga mendapat reaksi positif dari netizen. Malah ada yang turut berkongsi kisah yang sama dalam menjaga anak autism.
@azwin_abdulrazad Hebat dh tu, boleh masuk tv. Sy masih avoid rumah2 tertentu, majlis tertentu & even nk ajak org dtg rumah. Hanya keluarga terdekat shj..bkn apa, sy xnak sebok layan org happy2 tp anak syurga i merana sbbb tgk crowd…esok kt syurga dptla tu. Cuma kdg2 kene spend masa dgn ank2 lain yg OK, supaya dorg x rasa tidak dipedulikan..Allah, doakan kita semua ramai2 masuk syurga, disatukan kembali dgn anak2 yg di dunia nMpK pelik tp kt Akhirat siap boleh bersajak!!!
@saya_aznem Anak sedara sulung mild autism. Umur 17. Yg adik 15 tahun pun sama tp borderline je. Yg bongsu 12 tahun pulak adhd. Yg no 2 n bongsu sng handle. Tp yg abg sulung suka tanya soalan mencabar minda. N suka mtk attention. X boleh tgk org layan adik dia nk attention lebih. Kakak sy tu nasib baik la dlu staff nurse n jenis keras sikit. Kesian tgk dia handle anak2 dia yg istimewa bukan sorg tp 3 org. Ada classmate anak sedara yg second tu autism jgk tp parents in denial. Kesian bdk tu masuk sekolah tp x belajar apa2 n takde treatment. Nsb la kakak n abg ipar sy terima seadanya n cuba mcm2 treatment.
@fareyznur Betul tu…sukar sekali nk memenuhi jemputan open house…mahupun kenduri kendara…kecuali majlis adik beradik nk x nk…have to… blk kg pun lbt n sentiasa aware ngan ank2 ….sesambil di dapur…mata dan telinga sentiasa peka dgn ank2.. bimbang hilang dr pdgn mahupun merosakkan @ atau mengambil brg org…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FYNN JAMAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI