Sekali lagi inisiatif syarikat perniagaan atas talian FashionValet  membuka jalan kepada orang ramai bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa virus yang tular mahupun barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani virus ini.

Usaha pertama kitafund berjaya, namun pertempuran belum berakhir. Kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan barisan hadapan memerlukan anda untuk membantu memerangi keadaan ini.

FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Bermula 9 Oktober baru sahaja perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalan kan di negeri Sabah dan di beberapa mukin di Klang, satu kejutan diumumkan PKPB akan dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrjaya bermula Rabu.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu dicatatkan kurang dari 100 setiap hari, ia mula menular secara berselerak di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam.

Ads
FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan
Pic: Borneo today

Usaha pertama kitafund untuk Dana Sokongan Covid-19 menunjukkan kejayaan besar! Semasa MCO, kempen bermula penggalangan dana untuk bekalan perubatan dan keluarga b40, dan kempen penggalangan dana kedua khusus untuk membuat dan mengedarkan pakaian PPE untuk barisan hadapan.

FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan
Melinda Looi pereka fesyen terkenal Malaysia bersama MODA antara yang terdahulu menghulurkan bantuan semasa gelombang pertama pendemik covic19.

Kitafund berjaya mengumpulkan RM 1.47 juta hanya dalam seminggu untuk penggalangan dana pertama, dan sasaran RM307K melepasi untuk penggalangan dana kedua. Kemurahan hati dan kebaikan rakyat Malaysia amat luar biasa. Bukan hanya dari rakyat Malaysia tetapi  dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, Australia juga menyumbang untuk membantu negara kita!

FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Ads

Semua dana telah dikeluarkan sepenuhnya penerima manfaat setiap dana dan penggunaannya di semua negeri mendapat manfaat dan sumbangan lebih 196 kemudahan kesihatan di Malaysia. Untuk pakaian PPE, lebih daripada 140,000 pakaian telah dihantar.

FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Tetapi dengan peningkatan kes di kawasan yang terjejas teruk seperti Sabah dan Kedah. Barisan depan memerlukan pertolongan anda sekali lagi. Sasaran mengumpulkan RM500,000 melalui Kitafund untuk membantu sebanyak mungkin barisan hadapan, dalam usaha mereka menyelamatkan dan melindungi rakyat Malaysia. Dana yang dikumpulkan di sini akan digunakan untuk menggerakkan sukarelawan perubatan untuk membantu kemudahan kesihatan. Pastinya dana ini untuk peralatan perubatan dan am ke kemudahan kesihatan di seluruh negara terutama di kawasan zon merah yang kritikal.

Ads

FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Inisiatif ini dilakukan atas nama IMARET (IMAM Response & Relief Team) yang merupakan pasukan yang dikuasakan oleh Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) yang memberikan bantuan kemanusiaan sebagai tindak balas terhadap bencana alam atau buatan manusia serta program jangkauan kepada masyarakat yang terpinggir di wilayah yang tidak bencana, tempatan dan antarabangsa. Bagi menyokong barisan hadapan dan komuniti yang diperlukan yang terpengaruh oleh perintah kawalan pergerakan anda boleh melayari terus:

Web: http://bit.ly/IMARETCovid FB: IMAM Response & Relief Team – IMARET IG: imaret_my Persatuan Perubatan Islam Malaysia

Mari tunjukkan sokongan anda rakyat Malaysia! Bersama kita bantu kita.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI