Kasihnya ibu membawa ke syurga. Itu perumpamaan tepat menggambarkan wanita bergelar ibu yang sanggup berkorban jiwa dan raga serta bergadai nyawa demi memastikan anak dilahirkan membesar menjadi insan berjaya.
Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Namun, mengapa anak-anak tidak sanggup melakukan perkara yang sama buat ibu kandung yang melahirkan mereka ke dunia ini?
Perkongsian wanita ini begitu menjentik jiwa.
NI BUKAN CERITA SEDIH SEBAGAI FRONTLINER YER. KANG ADE PLAK YANG MENYAMPAH. IKHLAS KITORANG SEBAGAI FRONTLINER, BIARLAH ALLAH SWT JE YANG NILAI.
Selama bekerja dekat sini, tak pernah lagi rasa nak share apa² kat FB ni. Tapi benda yang jadi hari ni, buat kita rasa nak share kat sini. Mungkin sebagai peringatan untuk diri kita sendiri dan boleh juga jadi teladan untuk orang lain.
Smpai je wad tadi, belum sempat passover report pun, ade sorang mak cik ni panggil kita. So kita pun pergi la dekat dia.
Dia tanya,
“Adik, mcmana cara guna Grab? Adik tau tak Grab tu apa?”
Ads
Me: “Mak cik nak pergi mana? Dh boleh discaj yer? ”
Dia ckp dia dah boleh balik hari ni.
Me: “Ok, klau mcm tu makcik perlu download app Grab dlu”
Dia hulur hp dia.
“Adik tlg makcik boleh?”
Kita pun ambil phone dia tlg download apps tu utk dia. Then tetiba terfikir nak tnya.
Me: “Saya boleh tlg guna fon saya, tapi family makcik dah tahu ke? Takut diorg dtg nak ambil makcik.”
Ads
Mak cik tu jawab,
“Dah, diorg dah tahu dari semalam lagi, mmg diorang cakap slah sorang akan dtg ambil makcik hari ni. Tp makcik terlepas ckp pasal psakit covid ni dekat sini. Semua tak jadi ambil mak cik sebab semua ada anak, takut berjangkit. Diorang suruh makcik balik sendiri.”
Makcik tu sambung “Betul juga kata diorang, nanti kalau jangkit anak diorang susah, makcik tak terfikir pulak. Klau makcik sakit takpela, makcik dah tua” Seriously dia bergurau pastu dia tersenyum macam takda pape je.
Ads
Tapi kita nak cakap, hebatnya seorang ibu ni,dia boleh tahan diri dia dari sedih, dia tak tunjuk rasa kecil hati dia. Sebab? Dia masih nak jaga aib anak² dia. Padahal tengok mata dia pun kita tau hati dia terluka. Tunggu nak jatuh je air mata dia. (Boleh imagine tak?) Taktau la kita nk ckp, sedih ade, geram pun ade. Bukan niat nak menyibuk pun.
ANAK² MACIK OOOIIII!!
Kita ni pun ada anak kecil umur 6 bulan kat rumah dan kita masih menyusu anak kita. Hari2 kita berdepan dgn macam2 penyakit. Tapi atas dasar tanggungjawab, kita serahkan semua tu pada Allah SWT. Mmg ada yg cakap mmg dah kerja kitorang dan dah dibayar gaji, tapi atas budi bicara ada yang boleh dikecualikan tau.
Kalau la takut sangat, korang boleh jer nak tnya kitorg cara2 yang betul sbg prevention datang dan balik. Jangan disebabkan guna alasan takut tu sampai diabaikan tanggungjawab korang. Kita tahu, korang dah besar, dah ada family sendiri, dah tak perlukan dia lagi dalam hidup korang.
Mungkin korang rasa dia susahkan korang. Tapi ingat, kalau la apa² jadi pada dia hari ni, menangis pun tak guna.
APABILA MENINGGALNYA SEORANG IBU, MAKA AKAN HILANG SATU KEBERKATAN DALAM HIDUP SEORANG ANAK IAITU: ‘DOA SEORANG IBU’
Setiap kali selepas solat, anda tentunya akan mengambil sedikit masa untuk berdoa kepada Allah. Doa merupakan satu tanda kasih sayang dan pengabdian diri kita sebagai makhluk kepada Sang Pencipta. Doa yang paling penting dalam hidup kita tentunya doa ibu bapa dan doa mereka dikatakan doa yang akan dimakbulkan Allah tanpa sebarang hijab.
Ibu bapa banyak berkorban sepanjang membesarkan kita dan sebagai seorang anak, kita juga perlu mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari. Terdapat juga satu perkongsian di Facebook oleh Ikhfa Musa tentang berdoa dengan menjual nama mak. Menurutnya, insyaAllah doa itu akan ‘naik’ serta merta tanpa hijab. Mudah je kan nak doa dimakbulkan Allah? Ayuh kita baca perkongsian oleh Ikhfa Musa ini.
Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil-sambil berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata:
“Abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak.”
Aku tak faham.
Mak sambung lagi, kalau abang doa nak bawak Efa pergi umrah, doa macam ni:
” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.
Kalau abang nak beli rumah, doa macam ni:
“Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”.
Mak cakap insyaAllah doa tu naik serta-merta tanpa hijab.
Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap, badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat mcm ni? Dia pun kata:
“Setiap hari aku berdoa pada Allah, ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.
Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehlah selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.
Baru-baru ini tular video mengenai seorang gadis hijabi Melayu Islam di Korea yang muncul di dalam temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Dalam video tersebut, dia mengakui sangat menggemari aktiviti menari biarpun berhijab.
Walau bagaimanapun, video tersebut mengundang kontroversi di kalangan netizen kerana dia mengaitkan agama Islam dan soal pemakaian hijab ketika menjawab soalan yang diutarakan buatnya.
Tampil membetulkan perkara yang salah, Ustazah Asma’ Harun memberikan teguran penuh berhemah buatnya agar kita semua turut mengambil iktibar daripadanya.
INI MEMANG CARA SAYA. SELAGI SAYA RASA APA YANG SAYA BUAT NI BETUL, SAYA RASA INI BUKAN SATU MASALAH.
Astaghfirullah. Allahu Akbar.
Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang individu Melayu Islam yang muncul dalam video temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Individu ini mula popular apabila aktif dalam membuat video-video tarian KPOP di YouTube dan Tik Tok.
Namun yang lebih menarik perhatian ialah tentang penampilannya yang berhijab. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau menjawab bahawa dia suka memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama amat gemar dengan tarian KPOP.
“Bagi saya, inilah cara saya menjalani hidup. Selagi saya saya tak lukakan sesiapa, saya rasa ia tidak menjadi masalah.”
DUHAI ADINDA YANG DIKASIHI,
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah al-Nur 24: 30-31)
Jika kita sebut tentang tarian, pasti ia melibatkan pergerakan tangan, bahu, dada, kaki dan punggung yang berlatar belakangkan apa jua jenis muzik. Seharusnya video-video tersebut hanya disimpan untuk tatapan peribadi, tetapi hari ini ia dimuat naik secara terbuka untuk tatapan seluruh warga maya tanpa ada rasa segan dan silu.
Mungkin kita berbangga mendapat jutaan ‘followers’ dan ‘viewers’ apabila memuat naik video-video tarian, namun tidak terfikirkah andai satu hari nanti ingin bertaubat, dosa kita insyaAllah boleh terpadam dengan taubat nasuha, namun bagaimana dengan video-video tarian lama yang telah didownload oleh orang ramai?
Bagaimana pula jika tidak sempat bertaubat lalu ajal terlebih dahulu menyapa kita? Dosanya kita tanggung secara berterusan walau sudah berada di alam kubur😢
Allahu Akbar.
JARUM HALUS IDEOLOGI LIBERAL YANG MEMBAHAYAKAN.
“Saya bukan kacau orang pun, saya buat video saja, apa masalahnya…”
Sedar atau tidak, inilah antara bentuk normalisasi ideologi liberal yang perlahan-lahan mula meracuni pemikiran masyarakat kita.
Cara berfikir yang tidak mahu terikat dengan agama ini amat berbahaya. Apa jua tindakan ingin dihalalkan atas dasar pemikiran yang terbuka walaupun ia sangat jauh daripada syariat Islam.
Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, tetapi jangan sampai menjejaskan akidah atau melanggar batasan agama.
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim, hadis sahih)
*Dhob – biawak padang pasir
Benar, Islam juga menggalakkan perkembangan seni di dalam agama itu sendiri selagi mana ia bermanfaat, namun mesti dalam lingkungan syariat yang tujuannya untuk memelihara kebaikan ummah, bukan sehingga melalaikan dan mendatangkan kesan negatif mahupun fitnah kepada ummat Islam khususnya.
Sungguh saya menuliskan ini daripada hati yang sayang akan kamu, apatah lagi usiamu masih muda remaja. Ingatlah bahawa kemasyhuran, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, sebaliknya ia adalah sebuah musibah.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkai-Nya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah.
Saya bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan nahi mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan (amar makruf) namun mengabaikan untuk mencegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.
DUHAI PARA ‘INFLUENCER’ DI MEDIA SOSIAL
Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali.
Adakah kalian lebih utamakan minat dan bakat? Tanpa mengambil kira soal berkat, sekalipun setiap saat ajal mendekat, maka takutlah kepada yang Maha Kuat, kerana Dialah sumber kebahagiaan, kesengsaraan, azab dan nikmat.
Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Usahalah untuk hentikan apa jua ‘content’ yang menjatuhkan nilai diri sebagai orang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita Muslimah.
Masih ramai ‘influencer’ dalam bidang hiburan yang membawa imej baik, berkaliber, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang. Jadikanlah mereka contoh tauladan.
Maksudnya: “Siapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, siapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya 🤲
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
( Surah Ali Imran 3: 8 )
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan 🤲
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Pendosa ingin ke Mekah. Bismillahirrahmanirahim. Begitulah kapsyen yang tertulis dilaman Instagram Amar Baharin. Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah satu pengalaman yang cukup indah dan menjadi memori yang bakal dikenang buat selama-lamanya.
Tergambar wajah terharu dan syukur pada air muka Amar Baharin di samping isterinya, Amyra Rosli dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud: “Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Bertuah Aqeef Anaqi. Kecil-kecil sudah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Di doakan moga-moga Amar sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...