Fouziah Gous Panjat Rasa Syukur! ‘Rezeki’ Khatam Quran Pada Hari Lahir

Share

Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.

Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.

Suami Sanggup Siapkan Pelamin ‘Suprise’ Khatam Quran

“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.

“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.

“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.

“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.

Artikel berkaitan: ‘Setiap Kali Khatam Mesti Teringin Khatam Al Quran Pemberian Suami’- Fouziah Gous Syukur Doa Termakbul

Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.

Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.

“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.

“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.

Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.

Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

Artikel berkaitan: Rindu Pengalaman Menjadi Pramugari, Fouziah Gous Kongsi Video Buat ‘Announcement’ Sambil Pegang Botol!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir