Founder Tergamak Bergambar Depan SIRIM, Buktikan Produk Kecantikan ‘Barang Bagus’ Dan Sudah Diuji

Share

Susulan produk mengandungi bahan berbahaya, terus meraih perhatian netizen. Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah bahan yang terkandung seperti racun berjadual dan merkuri yang disebut sebagai produk timbang kilo.

Tindakan lanjutan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk berkenaan. Namun di antara senarai produk, salah satu produk itu tiba-tiba menjadi perhatian warga maya selepas tular foto pengasas bersama suaminya berada di hadapan bangunan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Berikutan hal yang dibangkitkan, pengguna produk khususnya kosmetik Skin Dessert merasa terpedaya kerana telah membeli produk ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Racun Berjadual Dalam Produk Kecantikan, KKM Gesa Berhenti Guna 5 Produk Ini

Sehubungan itu pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah membuat hantaran di Facebook menegaskan bahawa barang yang dijual adalah selamat diguna pakai. Buktinya foto di hadapan pintu pagar utama SIRIM yang dikongsikan di laman sosial. Dia memaklumkan sedang bertungkus lumus bagi membuktikan bahawa produknya selamat dan mendapatkan kelulusan SIRIM.

“Laporan akhir untuk Skin Dessert kita reveal once done fully tested dan ikut prosesur standards.

“Bagi netizen yang kecam kata timbang kilo, saya fikir anda boleh fikir sendiri.

“Takkan la nak masuk lab kalau barang tak bagus,” katanya.

Maklum balas SIRIM…

Menerusi hantaran itu, mendapat maklumbalas pengendali akaun Facebook Sirim dan mereka menafikan pihaknya melakukan ujian bagi produk Skin Dessert.

“Sirim Berhad ingin menegaskan bahawa Sirim Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my,” jelasnya di ruangan komen.

Meskipun pihak SIRIM sudah memberi kenyataan tersebut, pengasas itu dilihat tidak buat kenyataan apa-apa, sebaliknya membiarkan sahaja orang ramai berbincang, sekali gus menerima pelbagai kecaman.

Manakala, di akaun Facebook PQ Community (Product Query), yang sering berkongsi maklumat tentang produk kesihatan dan kosmetik turut menyuarakan isu terbabit dengan memuat naik beberapa tangkap layar kenyataan pihak SIRIM.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Ini Jelaskan Cara Nak Kenal ‘Serum Sampah’, Rentetan Kes Muka Teruk Gara-gara Pakai Produk Sebegini.

Malah, mereka juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan kata-kata segelintir pengasas bagi sesebuah produk yang lebih kepada ‘sembang’ semata-mata.

SIRIM telah menfikannya dan menasihati supaya orang ramai jangan mudah terpedaya apabila pengasas produk mengeluarkan barangan yang mencurigakan. Sebaliknya anda berhak menyelidiki kesahihan bahan yang terkandung dalam produk yang dipasarkan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: Mstar

Published by
SH