Foodpanda Walker, Jalan Kaki Hantar Makanan Di Sekitar KL Sebab Tiada Motosikal@Lesen

Share

Perkhidmatan penghantaran makanan atas talian memang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Permintaan yang tinggi serta akses perkhidmatan yang meluas secara tidak langsung berjaya mewujudkan peluang pekerjaan baru seperti pekerjaan penghantar makanan.

Kebanyakan penghantar makanan bergerak dengan menaiki motosikal untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Namun bagi mereka yang tiada lesen atau tiada motosikal, penghantaran makanan dilakukan dengan cara berjalan kaki.

Berikut perkongsian Amer Mohammad

FOODPANDA WALKER

Semua org tau Foodpanda Rider tp ramai tak tau Foodpanda Walker. Ni salah seorang hero kita yg hantar makanan hanya dgn berjalan kaki sekitar KL. Ada lelaki ada juga wanita. Majority anak2 muda lingkungan 20an.

Kenapa jalan kaki? Sbb anak2 muda ni tiada motor atau tiada lesen motor. Jadi Foodpanda sediakan kategori Walker utk bantu mereka jana pendapatan juga.

Semalam hujan lebat sy tgk 2org walker basah kuyup lps hantar makanan. Rilek je sambil ketawa2 xde sikit pun mengeluh. Penat beb jln kaki hantar sana sini. Kalo tghari mmg mandi peluh. Anyway cukup respect jiwa kental mereka berusaha mencari rezeki.

Fyi income Walker tak seberapa so kalo anda order dgn mereka ni hulur2 la tips skit buat beli minuman. Semoga mereka dimurahkan rezeki…amin…

Ada siapa nk kata anak melayu malas???

Sumber kredit: Amer Mohammad

Published by
Norhasliza