‘Follower’ Cecah 5.5 Juta Di Laman IG, Neelofa Belanja #OOTD Paling ‘Awesome’ Sepanjang 10 Hari Di Itali

Share

Walaupun imejnya sedikit tercalar awal tahun ini, namun Queen Of Trend, Neelofa tetap berada dalam kelas tersendiri. Beliau kukuh mengumpul  telah followernya yang semakin meningkat di laman sosial. Kini, jumlah pengikut instagram pelakon, pengacara dan usahawan ini sudah mencecah 5.5 JUTA. Neelofa sempat memberi ucapan terima kasih di insta storynya kepada follower yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni beliau.

Hampir dua minggu berada di Rome Italy, pelakon, pengacara itu kini sudah kembali ke Malaysia. Beliau yang  berada di sana untuk penggambaran satu drama bersiri Tiamo Sweetheart 100 Hari di samping Zul Ariffin, Scha Al-Yahya dan beberapa pelakon lain.

Sepanjang berada di sana, ternyata beliau tetap menjaga penampilannya. Memandangkan di Itali sekarang musim sejuk, jadi kebanyakan OOTD

adalah seluar panjang, blouse tebal serta trench coat.

Setiap satu babak Neelofa akan menukar OOTD yang berlainan. Begitu juga dengan aksesori seperti beg dan kasut berlainan bagi setiap babak dilakonkan.

Bukan itu sahaja, sama juga dengan hijab yang membaluti mahkotanya. Berlainan warna dengan gaya lilitannya juga cukup simple dari penata hijab Didiyana Ehsan.

Pastinya peminat Neelofa tidak sabar untuk menanti tayangan drama arahan Michael Ang ini nanti di kaca televisyen.

Bukan sahaja dijamu dengan pemandangan indah, peminat beliau nanti pasti tidak sabar melihat OOTD menarik dari Neelofa sepanjang berada di kota cinta ini.

Ayuh, kita layan #10 OOTD terbaik Neelofa sepanjang berada di Rome Turki.

#1.Pretty in pink or edgy in pink?

#2. The future is as bright as your faith!

#3. A picture is worth a thousand ….

#4. Wearing my birthday collection from @naelofarhijab

#5. Probably the outfit that sums up Malissa best! Soft and feminine yet strong and firm!

#6. You can’t always have a good day, but you can always face a bad day with a good attitude!

#7. Life is only as good as your mindset so make it positive!

#8. When one door closes, walk towards another door, confidently!

#9. One of the things that I love most about Rome is the beautiful fountains!

#10. #TiAmoSweetheart

Published by
Siti Zurina