Follower Cecah 4 Juta, Mira Filzah Ada Pesanan Untuk Netizen Yang Buat Dirinya Jadi Kesayangan Ramai

Share

Awal tahun ini menyaksikan beberapa selebriti yang berangkat menunaikan umrah. Salah seorang adalah pengacara dan pelakon popular, Mira Filzah yang turut berada di Tanah Suci Kota Mekah. Dalam posting dimuat turun di laman instagramnya pelakon yang kini trending dengan cerita Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan menjadi tetamu di rumah Allah bersama keluarganya.

Dalam pada itu menerusi posting terbarunya, Mira Filzah mengucapkan terima kasih kepada followernya yang kini sudah mencecah 4 juta.

Pelakon jelita ini juga turut memberitahu ia sekadar nombor tetapi paling penting komen negatif yang diberikan padanya kerana bagi Mira setiap kata-kata itu ibarat satu doa.

Dia juga turut mempersoalkan kenapa perlu menyimpan mereka yang sering memberikan unsur negatif dalam ruang privasi media sosialnya.

Malah baginya Instagram ini diibarat digital album untuk seseorang itu berkongsi segala aktiviti serta berkongsi kata-kata positif kepada setiap followernya. Dan sudah tentu mereka juga yang akan mendapat manfaat darinya nanti.

Dalam pada itu Mira turut menitipkan pesanan pada pengikutnya supaya menjaga percakapan, lebih positif serta menghindari sebarang spekulasi negatif di media sosial.

Malah Mira juga begitu terharu apabila membaca lebih 7000 positif komen sepanjang dia mengerjakan umrah terutama membabitkan sekeping gambar di mana abah kesayangan sedang memegang tangannya untuk mendaki ke Jabal Rahmah.

Biarpun komen berkenaan cukup simple tetapi tetap memberi kesan kepada dirinya. Baginya itu adalah satu doa dan dia turut berterima kasih kerana mendoakan dia dan keluarga mendapat umrah yang mabrur.

Netizen juga suka penampilan Mira Filzah yang senang mengenakan niqab mendapat pujian netizen. Walaupun tidak kelihatan jelas wajah Mira Filzah, tetapi rata-rata memuji kecantikan pengacara Nona ini.

4 juta sekadar nombor…

Thank you my dear followers. 4M is just a number. But to have such positive, genuine followers that always say good things, is a blessing!  Always remember, “kata kata satu Doa”. I have to admit i deleted and blocked negative comments/people. These people bring negative vibes in your area, your own space, why must keep them? But as time goes by, I noticed, when you removed these negative people/comments, you only read good/positive things, automatically your life turns positive. VERY positive. Not just you, but your followers pun jadi positive bila buka media sosial you .

Doa yang baik-baik sahaja

To read 7000+ positive comments on my previous post saying I’m leaving for Umrah, really touched my heart. Ya Allah, what did I do to received Duas’ from them. Very simple comment such as “Semoga mendapat umrah yg mabrur”, or “Semoga dipertemukan jodoh yg baik” (Haha this one on my latest photo with Abah) but do you know this simple comment is a blessing for me? Because this simple comment is a Dua! Thank you. Thank you very very much for all the kind words .

Digital album untuk kongsi aktiviti dan perkara kebaikan lain

For this 2019, let say good things only and be kind to each other. Yes instagram is your digital album, its a medium for you to share your activities and etc but once a while, don’t forget to share good stuffs (it can be quotes, or any informative content) supaya followers kita pun dapat manfaat sekali.

Kalau tak suka, jangan follow

Here’s an advice. If you don’t like that particular person or particular postings, don’t follow them. Kadang2 bukan kita tak suka pada orang itu (no reason to hate or dislike people) tapi mungkin posting orang itu tidak bersesuaian utk tatapan kita, jadi kita jangan follow! Haha. Bukan apa, tapi utk mengelakkan dpd hati kita terdetik, fikiran kita terfikir, mulut kita tercakap dan jari kita “ter”taip benda yg tidak baik.  Ini cara Mira. It works for me .

Ternyata cara Mira Filzah melayan followernya mendapat pujian netizen. Kenyataan dan nasihat yang diberikan pada pengikutnya membuktikan si manis ini bukan sahaja cantik luaran tetapi juga dalamannya.

pic_ami Smga kak mira selalu dlm lindungan Allah selalu آمين

xplorasijiwa.5 Subahanallah….. May Allah always bless U & your family… @mfmirafilzah Ameen….. 

misz_hanani Such a beautiful soul inside n outside kak mira ❤️walau x pernah jumpa akak moga akak sentiasa diberkati dan dimudah kan segala urusan 

its.att such a beautiful women inside and out

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH

Published by
Siti Zurina