Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Ads
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Ads
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Ads
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
Hijabista sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat pembaca dan peminatnya di Hijabista!
Cara Atasi Masalah Kulit Ala Ernie Zakri?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Setiap kali menjelang hujung tahun, sudah tentunya musim hujan akan tiba. Ada gembira kerana dapat menikmati suasana sejuk dan relax sambil berehat di alaskan selimut.
Namun, tidak semua yang menyukai musim hujan kerana membawa ‘keburukan’ pada mereka. Bukan sebab tidak bersyukur sis tapi mereka ada masalah tertentu.
Ada sebilangan dari kalangan kita yang menghadapi masalah apabila terkena air hujan. Kebanyakannya akan mendapat masalah penyakit yang agak teruk oleh kerana cuaca yang lembap ini.
Jadi apakah antara penyakit yang boleh muncul disebabkan air hujan? Bagi mereka yang ingin tahu, di sini kami senaraikan beberapa jenis penyakit yang boleh timbul akibat air hujan, antaranya:
Kudis
Kulat atau scabies merupakan satu kondisi yang melibatkan masalah kulit terjadi akibat jangkitan parasit. Ianya tidaklah merbahaya dan boleh sahaja dirawat menggunakan ubat tertentu bagi mengelakkan dari merebak secara sentuhan.
Ruam
Ruam juga boleh terjadi bukan di kala cuaca yang panas malah ketika waktu hujan dan sejuk juga. Bagi pengetahuan semua, musim hujan menyebabkan kelembapan menjadi tinggi dan boleh berlakunya peluh tersumbat.
Peluh yang tersumbat dalam liang pori boleh merengsakan kulit dan membentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut juga boleh menyebabkan kegatalan yang melampau.
Ekzema
Tidak juga berlaku akibat faktor genetik atau alahan, eczema juga boleh berlaku apabila musim hujan. Kelembapan dan suhu semasa hujan boleh menyebabkan individu yang mempunyai eczema mengalami kerengsaan yang teruk.
Dalam satu situasi, air hujan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan juga bersisik. Kondisi menjadi lebih teruk apabila seseorang itu alami masalag bengkak dan sakit yang melampau.
Kaki yang berendam di dalam air dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan merah. Ini dinamakan masalah kutu air.
Ia akan muncul apabila tahap kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, serta sewaktu pakai kasut yang basah atau tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Mandi dalam kolam renang terlalu lama pun boleh menyebabkan jangkitan kutu air.
Sesuatu perubahan diri ke arah kebaikan bukan mudah untuk dilakukan dengan sekelip mata. Ia perlukan pengorbanan dan kecekalan hati. Tolak segala tangapan, tapis segala pujian. Hati perlu redha dan sentiasa istiqomah.
Dalam pada anda memperbaiki diri jangan sesekali menidakkan nasihat orang sekeliling dan para ilmuan. 14 nasihat Iman Syafi’I ini boleh kita jadikan panduan untuk arah kebaikan. Jangan diabaikan walaupun satu nasihat.
“Bila kau tak mahu merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan”.
2. “Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu”.
3. “Barangsiapa yang menginginkan husnul khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia”.
4. “Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran”.
5. “Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat”.
6. “Siapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”.
7. “Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun”.
8. “Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu”.
9. “Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak pantas bagi singa menteladani anjing”.
10. “Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti”.
11. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahawa dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta”.
12. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahawa ia merasa redha”.
13. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang”.
14. “Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah”.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...