Mendapat peluang untuk menunaikan umrah, pelakon, Eira Syazira meluahkan rasa syukur dan terharunya kerana ini merupakan kali pertama dia dan suami, Azad Jasmin akan ke sana.
Sangat teruja dengan rezeki yang datang, pelakon drama Cinta Balqis itu memohon kepada Tuhan agar segala urusan dipermudahkan olehNya.
Eira juga sempat memohon maaf kepada mana-mana pihak jika dia ada melakukan kesilapan atau membuat sesiapa terasa hati sebelum ini.
Bismillahirrohmanirrohim..
Labbaikallah humma labbaikallah.
“Hamba MU telah datang menyambut panggilan MU YA ALLAH”
Alhamdulillah..
First umrah kami suami isteri. Insha Allah.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami. 🤲
Dgn ini, kami dgn rasa yg teramatlah rendah diri memohon ampun & maaf atas setiap khilaf yg sengaja mau pun tidak sengaja yg pernah kami lakukan kepada kalian yg mengenali diri kami. Doakan kami ya. 🙏🙏
We love you all so much. 🤍
Memuat naik foto dan video di laman Instagram, Eira kini berada di kota Madinah bagi melakukan ziarah terlebih dahulu sebelum ke tanah suci Makkah kemudiannya.
MasyaAllah, beruntung sekali pasangan ini mendapat panggilan untuk ke sana. Moga urusan Eira dan Azad dipermudahkan Yang Esa dan mendapat umrah yang mabrur. Amin Ya Rabb.