Mendapat peluang untuk menunaikan umrah, pelakon, Eira Syazira meluahkan rasa syukur dan terharunya kerana ini merupakan kali pertama dia dan suami, Azad Jasmin akan ke sana.
Sangat teruja dengan rezeki yang datang, pelakon drama Cinta Balqis itu memohon kepada Tuhan agar segala urusan dipermudahkan olehNya.
Eira juga sempat memohon maaf kepada mana-mana pihak jika dia ada melakukan kesilapan atau membuat sesiapa terasa hati sebelum ini.
First umrah kami suami isteri. Insha Allah.
Bismillahirrohmanirrohim..
Labbaikallah humma labbaikallah.
“Hamba MU telah datang menyambut panggilan MU YA ALLAH”
Alhamdulillah..
First umrah kami suami isteri. Insha Allah.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami. 🤲
Dgn ini, kami dgn rasa yg teramatlah rendah diri memohon ampun & maaf atas setiap khilaf yg sengaja mau pun tidak sengaja yg pernah kami lakukan kepada kalian yg mengenali diri kami. Doakan kami ya. 🙏🙏
We love you all so much. 🤍
Memuat naik foto dan video di laman Instagram, Eira kini berada di kota Madinah bagi melakukan ziarah terlebih dahulu sebelum ke tanah suci Makkah kemudiannya.
Saudaraku, mari lah kita sama2 berdoa untuk tanah air serta saudara-saudara kita yang sedang berjuang melawan musibah di luar sana 🙏🙏
MasyaAllah, beruntung sekali pasangan ini mendapat panggilan untuk ke sana. Moga urusan Eira dan Azad dipermudahkan Yang Esa dan mendapat umrah yang mabrur. Amin Ya Rabb.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidur Awal Kalau Tak Mahu Terlepas Solat Subuh. Berat Siksaan Di Akhirat Nanti!
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu.
Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
1. Tidur Awal
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
2. Memelihara Adab Tidur
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
3. Penuhi Dada Dengan Iman & Amal Soleh
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu.
Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
4. Jauhi Perbuatan Maksiat
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah.
Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
5. Ketahui Kesan Meninggalkan Solat Subuh
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi.
Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas.
Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Adab Bersedekah Untuk Membuka Pintu Rezeki & Pahala Berterusan Dianjurkan Untuk Wanita Yang Datang Haid
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu kebaikan dan pahala ditawarkan di dalam bulan ini. Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah? Wanita yang datang haid dan uzur yang lain di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama-sama dapat meraih pahala.
Di dalam Islam wanita yang datang haid, tidak ada batasan untuk menambah pahala walaupun di bulan Ramadan. Bersedekah, Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Antara adab – adab bersedekah adalah:
- Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)
- Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
- Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)
- Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
- Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)
- Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil
- Tidak mengungkit -ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)
- Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih
- Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)
Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Sekiranya bulan ini permulaan untuk buat kebaikaan maka cubalah untuk bersedekah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
18 Keburukan Jika Terlebih Tidur Menurut Ustaz Azhar Idrus. Antaranya Buat Anda Malas Beribadah!
Enaknya tidur di atas katil empuk, lebih-lebih lagi musim hujan sekarang dan diulit mimpi indah. Namun tahukah anda tidur berlebihan boleh menyebabkan kita alpa dalam 18 perkara ini.
Ingat, kita hanya digalakkan tidur 8 jam sehari. Jangan lebih, bimbang membinasakan diri kita. Seperti perkongsian di laman facebook Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus beliau membariskan 18 kebinasaan yang dialami jika banyak tidur.
1. Sakit Kepala
Banyak tidur akan mengakibatkan tidak elok pada neurotransmitter yang ada di otak anda. Yang menjadi salah satu punca sakit kepala.
2. Diabetes
Para ahli kesihatan mengatakan bahwa orang yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 9 jam memiliki risiko 50% lebih besar terkena diabetes.
3. Obesiti
Bila banyak tidur, akan kurang bergerak. Semakin lama badan tidak bergerak, semakin banyak lemak berkumpul di dalam tubuh. Dari kerana obesiti maka terjadi pula berbagai2 penyakit yang lain.
4. Sakit Bahagian-Bahagian Badan
Antara yang akan menjadi sakit ialah punggung, belakang, leher, buah dada (bagi wanita) dan bahu.
5. Depresi
Satu kajian yang dijalankan menyebutkan adalah tidur 7-9 jam setiap dalam sehari mempunyai risiko terkena depresi sebanyak 27%, sedangkan tidur lebih dari 9 jam berisiko lebih banyak yakni 49%. Perkara ini menunjukkan bahwa orang yang mengalami depresi cenderung memiliki waktu tidur yang lebih banyak.
6. Kurang Tumpuan
Tidur terlalu banyak dapat memengaruhi penurunan fungsi sel-sel otak. Akibatnya kehilangan tumpuan dalam kerja2 yang dilakukan.
7. Malas & Kurang Mengurus & Berurusan Dengan Orang Lain
Jika suami atau ayah banyak tidur, akan kurang menguruskan keluarga. Anak isteri akan kehilangan tumpuan dan layanan dari seorang ayah. Suami tidak ambil berat perkara berkaitan isteri. Anak2 pula tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari ayah. Jika isteri atau emak banyak tidur, suami menjadi mangsa kerana isteri berkurangan masa untuk melayan suami. Terhadap anak2 pula, akan terbiar tanpa urusan yang baik dari ibu. Rumah dalam keadan tidak terurus yang mengakibat keburukan yang lain. Malas memasak, membasuh pakaian dan membersihkan rumah.
Jika dia seorang pekerja, kerjanya akan berkurangan dan mutu kerja juga akan menurun.
8. Suasana Hati Yang Tidak Baik
Terlalu banyak tidur juga dapat menyebabkan suasana hati yang tidak baik. Anda akan menjadi mudah marah dan suka membesarkan hal-hal kecil. Kebanyakkan orang yang banyak tidur adalah seorang yang panas baran, tidak bolih bergurau dan suka memekik apabila menyuruh sesuatu. Akibatnya orang sekeliling tidak akan menghurmatinya.\
9. Menjadi Kurang Menarik
Banyak tidur tidak dinafikan lagi mengakibatkan perubahan bentuk badan yang menjadi bengkak pada bahagian pipi, leher, pinggang dan paha. Muka akan kelihatan semakin hodoh dari masa sebelumnya. Bahagian muka & badan akan cepat jatuh atau kendur sebelum menjangkau usia 30an.
10. Gangguan Jantung
Tidak berarti orang yang banyak tidur akan kena penyakit jantung tetapi kebanyakkan yang kena penyakit jantung ada berkaitan dengan tabiat banyak tidur dan sebab2 lain.
11. Diet Yang Keji
Orang yang banyak tidur akan menjadi sentiasa lapar. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih untuk makan dengan berbagai menu yang melazatkan. Kuantiti yang dimakan pula akan bertambah dari kerana badan keletihan lama akibat tidur yang mendatangkan rasa lapar.
12. Merosakkan Otak
Dalam satu kajian yang dibuat di Universiti London pada tahun 2011 menunjukkan bahwa terlalu banyak tidur maupun terlalu kurang tidur mengakibatkan terjadinya penuaan pada otak 7 tahun lebih cepat. Biasanya, hal ini sangat berisiko pada pelajar dan mahasiswa. Selain itu, pada wanita berusia 45 tahun ke atas yang tidur lebih dari 9 jam sehari berisiko mengalami penuaan otak 2 tahun lebih cepat. Penuaan otak mengakibatkan menurunnya kemampuan otak untuk mempelajari hal-hal baru dan kesukaran menerima informasi.\
13. Mempengaruhi Kesuburan
Kebanyakan tidur dapat memengaruhi siklus menstruasi, pengeluaran hormon, dan ritme sikardian. Wanita yang kurang tidur atau tidur melebihi biasa berisiko mempengaruhi kesuburan sel telur.
14. Pelupa
Metode untuk mengasah otak yang paling baik adalah berpikir. Dengan berpikir, kita bolih meningkatkan pengetahuan. Sementara pada masa tidur, kita tidak mampu melakukan hal tersebut. Bila otak tidak digunakan lama sebab tidur, otak akan menjadi perlahan dari kerana kurang bekerja dan mengakibatkan mudah lupa atau lembab.
15. Stroke
Sebuah kajian menyatakan bahwa tidur lebih dari 8 jam sehari meningkatkan 14% risiko terkena stroke. Bahkan pada mereka yang tidur lebih dari itu maka risiko terkena stroke adalah 3 kali lebih besar.
16. Murung
Terlalu banyak tidur bukan membuat kita menjadi lebih tenang bahkan yang terjadi adalah sebaliknya. Kita bolih menjadi stress serta mudah emosi. Akibatnya akan melakukan hal yang tidak sepatutnya seperti mudah merajuk yang akhirnya akan dibenci olih kawan dan keluarga.
17. Merosakkan Hati
Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat berosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah lima penyebab utama yang dapat merusak hati ”
18. Malas Beribadah
Yang terakhir ini sememangnya benar. Banyak tidur maka kurang jaga. Bila kurang berjaga maka kuranglah waktu kita untuk beribadah seperti solat, belajar agama, berzikir, membaca quran, bersedekah, ziarah dan lain2. Bila kurang ibadah, maka kuranglah pahala. Di akhirat nanti orang yang kurang pahala dari dosanya akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Wal’iyazabillah..
Wallahua’lam.
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI