Tidak berkesempatan menghadirkan diri pada PRU14, Hanis Zalikha dan suami pernah dikecam oleh segelintir warga maya. Namun kedua pasangan ini tampil mengundi pada tahun ini. First time!
Ralat dan menyesal. Hanis menegaskan bukan beliau dan suami tidak berusaha menghadirkan diri seawal mungkin ke tempat mengundi oleh kerana ada janjitemu pengambaran iklan, tetapi mereka tidak mendaftar dan tidak membolehkan mereka mengundi sama sekali.
Penyesalan itu bukan pada hari PRU14 tetapi sebelum hari bersejarah itu lagi yang mereka sudah tahu tidak dapat mengundi. Begitulah perasaan mereka berdua apabila terlepas peluang untuk mengundi pada 5 tahun lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: Tutup Rasa Malu Dan Ralat Tapi Tidak Bermakna Akan Hasilkan Tudung Khas Untuk Kerajaan- Hanis Zalikha
Bangga Kali Pertama
View this post on Instagram
Hanis dan Hairul memuat naik sekeping gambar selepas mengundi, dengan kapsyen ‘first time! Ternyata wajah kepuasaan yang tergambar di riak muka mereka berdua. Ramai yang titipkan kata-kata semangat kerana berjaya hadir mengundi.
“Alhamdulillah akhirnya 😂😂, dh2 barang yg lepas jgn dikenang wahai netijen2 semua 🔥“
“Finally.Bagusla camni..Sebagai celebrity kena la tunjuk contoh yang terbaik kan😀.”
“tahniah kak hanis and abang hairul sama la saya pun first time😄.”
“Alhamdulillah dah ada kesedaran nak gi mengundi..😂 Tahniah 👏“
“Alhamdulillah, akhirnya menunaikan tanggunjawab pada negara. Ini baru betul cara cintakan negara.”
Pertikaikan baru mengundi
Hairul yang lebih dikenali sebagai aktor yang mengendong watak sebagai pahlawan negara dalam filem-filem patriotik, segelintir warga maya tidak berpuashati mengapa pasangan ini baru tampil mengundi buat pertama kali.
“Punya banyak filem patriotik berlakon nahh.. Oklah tu dh ada kesedaran 👏🔥.”
“kenapa baru 1st time….5 tahun yg lepas belum cukup umur ke??ke hati baru terbukak nak mengundi…”
“Baru lah layak berlakon cerita patriotik!!!”
“Sepatutnya dh kali ke-3 😂. Ingat tak mengundi jgk tahun ni sbb smlm tgk ig stories dkt Bangkok eh.😂. Akhirnya mengundi jgk ya👏🤣”
Pertama kali bukan satu kesalahan untuk kitatundingkan jari pada pasangan ini tidak mengundi sebelum ini. Malah ramai yang akui walaupun sepatutnya sudah 4 kali mengundi mereka cuba menjalankan tanggungjawb sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulilah pasangan ini menguruskan masa dan tanggungjwab sebaiknya untuk PRU15 walaupun dilihat di IGstory mereka berada di luar negara hari sebelumnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Berhijab Ajar Qari & Qariah Teknik Pernafasan Tarannum, Penampilan Syafinaz Selamat Buat Netizen Terpaku
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI