Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab di atas pentas berkata;
“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Ads
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
MENGHINA DIRI SENDIRI
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Ads
Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
SIFAT MALU ITU FITRAH KEPADA SEORANG WANITA
Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut ‘al-haya’. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.
Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)
Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.
Sifat malu ini adalah sebahagian daripada fitrah seorang wanita yang mendorong mereka untuk memelihara kehormatan dirinya dan batas pergaulan apabila berhadapan khalayak masyarakat. Sifat itu juga membantu mereka menghindarkan diri daripada perkara negatif.
Apabila sifat malu itu hilang maka berlakulah perkara-perkara terkutuk yang tentunya menyalahi hukum agama Islam. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Selepas kes adik Adam, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi manga kecuaian pengasuh. Ibunya Eyka atau Noraziqah Rohmat menulis di laman facebook minta mendoakan anaknya yang sedang kritikal di sebuah hospital. Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan yang dikatakan terjatuh dari buaian mengalami masalah tempurung kepala retak, tisunya bengkak dan terdapat pendarahan termasuk diselaput mata.
Dalam status dimuat turut Selasa lalu mengharapkan anak lelakinya itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sediakala.
“Assalamuaalaikum minta jasa baik rakan rakan doakan anak sy dia sekarang dlm keadaan kritikal moga diberikan keajaiban & diberikan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya ALLAh saja dpt membalasnya, ummi rinduu naufal syg Naufal kuat ummi kuat. Naufal nyawa ummi,” katanya yang kemudiannya mengundang rasa simpati netizen.
Eyka juga memberitahu mereka sekeluarga sebagai insan terpilih dan reda dengan segala ketentuan-Nya.
Sebagai ibu yang melahikan, Eyka turut melahirkan rasa rindunya pada anak ini.
“Rindunyaaa dengan teletah kamu bgn laaaa nak laaaa nak ummi ayah ari ari tnggu kamu sedarr. Allahuakbar Ummi rindu sangat”
Sementara itu menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, keluarga mangsa reda dengan ketentuan takdir selepas doktor mengesahkan jika hayat bayi itu panjang, keadaan kesihatannya terganggu.
Katanya, cubaan keluarga untuk mendapatkan kerjasama pengasuh termasuk mengetahui punca kejadian bagaimanapun sukar selepas enggan memberikan kerjasama sebelum ditahan polis.
“Pada mulanya pengasuh memberi alasan Naufal tersedak ketika memberi makan dan selepas itu apabila ditanya adakah Naufal jatuh, pengasuh mengatakan bayi itu jatuh buaian,” katanya.
Terdahulu, polis menahan reman pengasuh wanita berusia 35 tahun itu susulan bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan lebam dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala selepas dirujuk ke Hospital Tangkak di sini Selasa lalu.
Dekorasi yang kemas dan teratur mencerminkan identiti penghuni sesebuah kediaman. Tidak perlu menggunakan perabut yang mewah dan mahal. Sebenarnya idea dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menghias setiap sudut dalam rumah.
Mungkin ada yang berkenan dengan sesuatu konsep dekorasi hiasan sebagai contoh, tradisional, moden, minimalis dan tak kurang juga yang menagaplikasi mainan warna untuk dijadikan tema sesuatu ruang.
Warna pink (merah jambu) selalunya dikaitkan dengan wanita yang feminin. Tidak dapat dinafikan memang ramai wanita yang suka dengan warna merah jambu. Mereka mahu mengaplikasi warna tersebut pada ruang kegemaran.
Jika anda tergolong sebagai peminat tegar warna merah jambu, boleh cuba ikut idea yang seperti yang dikongsikan oleh ByIdzyan Ismail
Alhamdulillah. Home office saya dah siap! minggu depan boleh masuk kerja dah. Seminggu ambik masa nak unpack bilik neh! banyak sangat barang! ntah lah. Dah tak reti membuang dah.
Mesin jahit masih belum ada lagi. So dia jadi mcm home office dulu baru jadi bilik jahit. Nanti dah tebuk dinding nanti kita decor bahagian mesin jahit pulak!
MEMANG TENANG JE NAK BUAT KERJA
Jemput tengok dapur pink kita.
Kebetulan betul banyak kitchen appliances yang rosak. Dah kawen nak dekat 5 tahun mula lah rice cooker rosak lah. Stove rosak lah! Soooo kita ganti semua dengan yang pink.
Mujur suami saya suka. My kitchen my rules la kan?
KEMAS DAN TERATUR
HIJABISTA: Semoga tip yang dikongsikan memberikan sedikit idea untuk anda menghias terutama bagi peminat warna merah jambu!
Bersenam merupakan perkara yang bagus untuk badan manusia. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terlampau bersenam juga akan memberi kesan pada diri anda. Seeloknya, dinasihatkan supaya anda tidak melampau dalam melakukan senaman. Takut risiko yang buruk akan terjadi!
Setiap manusia yang melakukan senaman mempunyai matlamat kehidupan mereka sendiri. Ada yang ingin menurunkan berat badan, ada yang ingin kekal bertenaga, ada juga yang ingin meningkatkan metabolisma diri dan lain-lain. Walaupun bersenam mempunyai banyak kebaikan, akan tetapi jika anda terlebih bersenam juga akan menyebabkan bahaya pada diri.
Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui diri anda jika terlebih bersenam? Ini adalah 5 tanda anda melakukan senaman berlebihan:
1. Prestasi Menurun
Anda akan merasakan prestasi bersenam berkurang. Walaupun, ada peningkatan intensiti latihan atau kelantangan tetapi anda akan sedar akan daya tahan dan kekuatan semasa reaksi lebih perlahan. Ini juga akan menyebabkan kelajuan anda melakukan senaman juga menurun dan cepat terasa letih.
Anda akan mula merasakan keletihan melampau dan rasa malas pada masa-masa tertentu. Keletihan yang anda alami untuk senaman sebelum ini tiada peluang untuk pulih sepenuhnya kerana anda terlalu lebih bersenam. Jadi tenaga akan berkurang. Ini akan menyebabkan anda akan rasa sangat penat lalu membuatkan sedikit bahan bakar terjadi.
3. Kekacauan dan kemurungan
Latihan berlebihan akan mempengaruhi hormon tekanan anda, termasuklah kortisol dan epinefrin. Jadi, ketidakseimbagan hormon akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan suka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.
4. Hilang selera makan
Hormon yang tidak seimbang akan menjejaskan mekanisme kelaparan dan ketenangan seseorang itu. Jadi, latihan yang banyak perlu merangsang lebih banyak selera makan. Tetapi, jika keletihan fisiologi OTS berlaku akan menyebabkan penindasan selera makan seseorang itu.
5. Bengkak atau kecederaan kronik
Apabila bersenam terlalu banyak akan menyebabkan sakit yang berterusan di bahagian otot dan sendi anda. Jadi, sakit yang tidak reda dalam masa dua minggu atau lebih akan menyebabkan kecederaan yang ketara. Apabila ia mengatasi semua sistem tubuh badan, ia akan lebih sukar untuk menangkis jangkitan. Jadi, sakit yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan merupakan tanda-tandanya juga.
Akhir kata, jika anda ingin bersenam pastikan untuk tidak melampaui batas. Pantau dan hadkan limit bersenam anda agar anda tidak jatuh sakit disebabkan bersenam sahaja. Sekiranya anda mempunyai kecederaan atau keadaan diri anda menjadi semakin serius, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...