Baru-baru ini, sis telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem James Bond, No Time To Die anjuran United International Pictures (UIP).
Padu dengan lagak aksi, filem ini mengisahkan tentang Bond yang telah meninggalkan perkhidmatan dan sedang menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica.
Namun, ketenangan hidup yang dinikmati beliau tidak berpanjangan apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta bantuan. Misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik ternyata jauh lebih khianat daripada yang dijangkakan, membawa Bond ke jejak penjahat misteri yang bersenjatakan teknologi baharu yang berbahaya.
Menariknya, selain Daniel Craig, filem ini turut menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Rami Malek, Ana de Armas, pelakon Perancis, Léa Seydoux dan ramai lagi.
Filem ini juga memberikan makna yang berbeza kerana ini merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Hmm, sedih pula rasanya!
Walaupun berdurasi 2 jam 43 minit, namun plotnya yang menarik membuatkan kita tak mahu berganjak dari kerusi dan mahu terus setia menontonnya.
Tak rugi untuk ditonton, anda boleh mengajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut serta menontonnya di pawagam bermula hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=F2qd5kRHoH0
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Tunang Anggota Bomba Yang Parah Dah Buat Persediaan Jadi Isteri. Mohon Netizen Doakan Bakal Imamnya Selamat
Isi Kandungan
ToggleBeberapa hari sahaja lagi untuk masuk ke bulan Disember. Sepatutnya bulan ini jadi amat istimewa kerana bakal menyaksikan penyatuan dua jiwa. Namun kita hanya merancang tapi Tuhan juga menentukan. Siapa sangka tunang yang bakal menjadi Imam kini cedera parah akibat patah tulang rusuk dan pendarahan dalaman akibat rempuhan membabitkan anggota bomba di sebuah kuil di Puchong hari ini. Mangsa, Muhammad Adib dikatakan akan mengakhiri zaman bujangnya bersama tunang, Nurul Najihah Disember nanti.
Nurul Najihah yang turut terperanjat dengan insiden itu telah meluahkan rasa sayu terhadap tunangnya sambil mengharapkan si dia dapat bangun kerana dikenali sebagai seorang yang kuat.
Luahan sayu itu dikongsi bersama di media sosial sambil memberitahu tunangnya itu juga masih selamat dan belum meninggal dunia.
Malah mahu netizen menghentikan spekulasi yang bukan-bukan. Nurul Najihah turut meminta netizen mendoakan keselamatan tunangnya itu.
Sementara itu posting yang dimuat turut turut mengundang simpati di hati netizen. Ramai mendoakan agar tunangnya akan cepat sembuh.
Semoga Allah mengasihi hero ini dan diberi kekuatan.
Proud of you our fireman. Speedy recovery.
Moga kuat semangat dan cepat sembuh.
Nurul Najihah juga sudah bersedia untuk memikul tanggung jawa sebagai isteri apabila turut berkongsi video dari Ustaz Azhar Idrus bagaimana cara nasihat yang baik untuk menjadi isteri yang baik.
Malah dia juga turut berkongsi video mengingatkan seorang lelaki itu tanggung jawab utama sebagai seorang suami.
Apa pun Hijabista doakan smog Allah memberi kesembuhan kepada anggota bomba ini dan berharap pelamin yang mereka impikan akan selamat didirikan nanti.
SUMBER: FACEBOOK NURUL NAJIHAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Subhanallah, Cantiknya New Zealand. Wanita Ini Kongsi ‘Trip’ Perjalanan Ke NZ & Sydney Selama 10 Hari
Isi Kandungan
ToggleAlangkah indahnya jika dapat merasai suasana percutian di luar negara dengan pemandangan yang indah dan memukau. Dalam masa yang sama, kita dapat melupakan seketika segala stress dan masalah yang berlegar-legar di minda.
Jika anda mahu percutian yang menenangkan, apa kata pergi bercuti ke Sydney dan New Zealand. Tidak dapat dinafikan, Sydney dan New Zealand memiliki pemandangan yang cukup indah dan sesuai untuk anda yang suka berselfie.
Kalau anda tak tahu nak mulakan dari mana, boleh cuba lihat itinerary yang dikongsi oleh wanita bernama Fana Farhana menerusi akaun Facebooknya. ‘Trip’ perjalanan selama 10 hari yang cukup lengkap dan sempurna. Fana Farhana juga turut berkongsi info dan tips penting untuk anda sepanjang berada di sana. Semoga bermanfaat untuk anda!
DAY 1
SYDNEY
- Kuala Lumpur to Sydney by AirAsia X
- Check in Airbnb at Arncliffe
- Town Hall & Paddy’s Market
- Darling Harbour (Cruise ride to Circular Quay)
- Naji’s charcoal chicken & kebabs at Arncliffe
DAY 2
CHRISTCHURCH
- Sydney to Christchurch by Emirates
- Apex Car Rental
- Maihan Supermarket (Grocery store & Halal Butchery)
- Christchurch Botanic Garden
- Cathedral Square & Restart Mall
- Pak N Save (Grocery shopping)
- The Afghan Restaurant
- Check in Airbnb at Roydvale Avenue, Christchurch
DAY 3
CHRISTCHURCH TO GREYMOUTH VIA ARTHUR’S PASS (370 KM)
- Springfield
- Lake Lyndon
- Castle Hill
- Lake Pearson
- Otira Viaduct Lookout
- Greymouth
- Pancake Rocks and Blowhole, Punakaiki
- Hokitika Beach
- Check in Airbnb at Hokitika
- Glow Worm Dell, Hokitika
DAY 4
HOKITIKA TO TWIZEL (463 KM)
- Rakaia Gorge
- Lake Tekapo
- Twizel
- Check in Rathlin Cottage at Twizel
DAY 5
MOUNT COOK NATIONAL PARK TO QUEENSTOWN VIA LINDIS PASS (330 KM)
- Trekking at Hooker Valley Track
- Lake Pukaki
- Lake Ruataniwha
- High Country Salmon, Twizel
- Lindis Pass
- Jackson Orchard, Cromwell
- Roaring Meg Lookout
- Arrowtown
- Check in Copthorne Hotel & Apartments, Queenstown
DAY 6
QUEENSTOWN TO TE ANAU (265 KM)
- Shopping at Queenstown
- Glenorchy Wharf
- Te Anau
- Check in Te Anau Lakeview Holiday Park & Motels
DAY 7
MILFORD SOUND TO WANAKA VIA CARDRONA (461 KM)
- Milford Sound
- Stop by scenic area (Eglinton Valley, Mirror Lake etc)
- Te Anau Lake
- Crown Range Summit
- Wanaka
- Check in Airbnb at Wanaka
DAY 8
WANAKA TO OAMARU VIA ROXBURGH (384 KM)
- Lake Wanaka
- Wanaka Lavender Farm
- Cromwell
- Lake Dunstan
- Clyde Dam
- Lake Waihola
- Dunedin (Baldwin Street)
- Ali Baba Barbecue Restaurant, Dunedin
- Check in Airbnb at Oamaru
DAY 9
OAMARU TO CHRISTCHURCH (249 KM)
- Caroline Bay, Timaru
- Aylesbury Road, Christchurch
- Return car
- Christchurch to Sydney by Emirates
- Check in Airbnb at Sydney Olympic Park
DAY 10
- Sydney to KL by AirAsia X
MEALS
- Arncliffe, Sydney – Naji’s charcoal chicken & kebabs (Kebab on plate-lamb sedap sangat)
- Di NZ, kami banyak order lauk frozen dari Encik Rahimi Ahmad, salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja kat sana. Sampai Christchurch, En Rahimi hantar makanan tu dekat rumah kami. Semua masakan sedap-sedap sangat and bertahan sampai hari terakhir di NZ. Recommended untuk yang nak travel ke Christchurch. Makanan frozen tu kami simpan dalam cool bag dan letak ice pack. Sampai airbnb/hotel masukkan dalam freezer, panaskan mana yang nak makan je.
- Nak beli fresh salmon, boleh ke High Country Salmon, Twizel / Mount Cook Alpine Salmon. Salmon scrap boleh dapat NZD5 sahaja satu plastik. Tapi masa kami pergi, staff inform kena pre-order sehari sebelum (maybe sbb peak season, ramai orang).
- Halal beef,lamb dan sosej kami beli di Maihan Supermarket di Christchurch.
- Nak beli ayam halal pun boleh cari dekat supermarket Pak N Save/ Fresh Choice. Cari jenama Brinks, Tegel, Turks.
- Dekat Dunedin pun banyak pilihan restoran halal. Sebab ada yang teringin nak makan steak, so kami ke Ali Baba Barbecue Restaurant.
- Puhoi Valley Chocolate Milk. Wajib rasa susu ni kalau ke NZ!
INFO & TIPS
- Trip kali ni pergi berenam. 4 dewasa, 1 baby, 1 kanak-kanak.
- Suhu sekitar 12-25 celcius masa kami dekat sana. Sejuk + berangin tapi terik matahari. Pakai lah sunblock kalau tak nak sunburn.
- Kami sewa Hyundai iMax dari Apex Car Rental + roadside cover + zero excess insurance + baby/booster seat. (kanak-kanak bawah 7 tahun wajib guna baby/booster seat)
- Navigation bergantung penuh dengan Google Maps. Download offline map siap-siap. Alhamdulillah selamat sampai semua tempat.
- Harga minyak berbeza ikut tempat dan stesen. Hampir setiap hari jugak la kami kena isi minyak disebabkan jarak perjalanan yang jauh. Average dalam NZD100-130 setiap kali isi. Ambil AA Smartfuel Card dekat Countdown Supermarket, dapat diskaun 6cent per litre kalau isi minyak dekat BP & Caltex. Minimum isi NZD40 per receipt.
- Hooker Valley Track. 11km return trip, melalui 3 suspension bridges, Hooker river dan dikelilingi pemandangan gunung dan tasik yang superb cantik! Alhamdulillah mission accomplished dengan sorang budak dalam stroller dan baby dalam carrier mak nya. Kami ambil masa 4 jam trekking pergi dan balik. Banyak sangat berhenti ambil gambar.
- Milford Sound Cruise kami book dari Jucy. NZD45 untuk trip paling awal, 8.50 pagi. Kami bertolak dari Te Anau Lakeview pukul 6.30 pagi, sampai Milford Sound 8.15 pagi.
- Tempat tinggal banyak book dari Airbnb. Semua rumah bersih dan cantik sangat2 especially rumah di Oamaru. Pakai airbnb travel credit, so banyak jgk boleh jimat compare to hotel/hostel. Sesiapa yang nak travel credit RM105, boleh sign up Airbnb guna link ni: www.airbnb.com/c/ffarhana7
- Musim buah paling banyak time summer. Kalau nak buat aktiviti fruit picking boleh ke area Cromwell, contohnya di Jackson Orchards. Ceri paling sedap kami beli dekat farm tepi jalan area Roxburgh kalau tak salah.
- Beli simkad dari https://hello1010.my/. Simkad boleh digunakan di Australia dan New Zealand. (RM149, 4GB unlimited & coverage pun ok sgt). Simkad ni bertahan sampai hari ke-6, then beli simkad Spark (NZD29, 1.5GB) dekat Queenstown.
- Setiap makanan yang dibawa kena declare. Kami print gambar makanan dengan ingredients dalam kertas, then sampai sana tunjuk dekat imigresen.
- The Warehouse Shopping Centre di Frankton, Queenstown. Banyak jugak barang murah kat sini seperti kasut, toys. Coklat Whittaker’s pun kami beli kat sini.
- Souvenir banyaknya beli dekat kedai DF Souvenir, Queenstown. Windbreaker & sweater pun cantik2 dan murah jugak.
- Australia kena apply visa, NZ tak perlu.
Sumber: Facebook Fana Farhana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Anak Patung! Walau Mic Tak Berfungsi, Kemunculan Tok Ti Tetap Mengujakan Semua
Semalam telah berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 dimana lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel ciptaannya sendiri bersama Omar K telah dinobatkan sebagai juara.
Tempat kedua dan tempat ketiga pula telah diberikan kepada lagu Bangun nyanyian Aman RA karyanya bersama Navigator dan Anta Permana oleh Bob ciptaan Hael dan Ezra Kong.
Rata-rata memang sudah menjangkakan kemenangan lagu Sumpah itu kerana kehebatan melodi dan senikatanya.
Pada malam itu juga, persembahan Anta Permana mencuri tumpuan semua apabila penyanyi asalnya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewanya setelah sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Agak menghampakan apabila micnya tidak dapat berfungsi dengan baik pada awalnya dan membuatkan penonton di rumah berasa hampa dengan situasi tersebut.
Walau bagaimanapun, kemunculannya itu tetap memukau semua yang berada di dalam dewan mahupun yang menontonnya di rumah. Apatah lagi penampilannya yang serba merah membuatkan penonton tidak jemu memandang. Memang mengubat kerinduan!
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Bagi mengubati kekecewaan peminat semalam, ada versi terbaharu tanpa gangguan yang telah dimuat naik oleh TV3 di laman YouTube mereka. Khas buat peminat Tok Ti!
tang mana mic rosak semalam tu boleh dengar yang ni #AJL34 #tokti pic.twitter.com/zOvyNmeNWL
— NaBatiSedapnakMati (@shafik_74549) February 10, 2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI