Kita sering lihat di media sosial perkongsian dekorasi rumah yang begitu minima dan cantik di hiasi dengan pelbagai pokok tanaman indoor. Pokok tanaman indoor itu pula sangat di gemari juga buat para suri rumah dan mereka yang gemar untuk melihat tanaman tumbuh di persekitaran.
Tahukah anda bahawa tanaman pokok indoor ini bukan sekadar pelengkap gaya dekorasi rumah, malah ia mempunyai kebaikan pada tubuh dan minda pemilik rumah juga! Jadi apakah keberkesanannya itu? Mari kita lihat bersama.
Dekorasi yang membantu kesihatan badan
Kebelakangan ini ramai yang sudah menceburi hobi untuk menanam pokok tertutup atau indoor kerana ia menjadi satu hiasan yang cukup cantik di dalam rumah. Mana-mana ruang bahagian utama rumah, ruang menonton, bilik tidur, mahupun dapur, ia menghiasi banyak estetika.
Menurut hellodoktor, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa banyak pokok tanaman hijau di rumah dapat menenangkan jiwa yang kusut dan tekanan yang berlaku di persekitaran. Ramai juga yang giat mencari tanaman yang sesuai di tanam dalam rumah salah satunya daun pokok pisang, skybird, monstera, fiddle leaf fig, dan lidah jin.
Mahupun tanaman indoor ini menjadi pilihan sebagai hobi, ia sangat merugikan oleh kerana harga yang agak mahal sehingga ratusan ringgit tetapi ramai yang sanggup membayarnya untuk menyesuaikan dengan gaya rumah. Kenapa ia menjadi satu pelaburan yang bagus buat anda?
Kajian yang di jalankan oleh Department of Horticulture and Landscape di Washington State University, kebanyakkan pekerja yang melakukan tugas hanya berpandukan kepada gajet seperti komputer riba boleh mengalami masalah penurunan tekanan darah sistolik apabila terdapat hiasan tumbuhan di kawasan persekitaran mereka.
Sewaktu bekerja, jika anda ada beberapa pokok hiasan di persekitaran meja atau ofis anda, ia boleh merehatkan minda anda yang berserabut dengan memamndang keindahan ciptaan tuhan ini dengan masa lima hingga sepuluh minit.
Artikel berkaitan: Tanam Pokok Snake Plant Dalam Rumah Bukan Sahaja Bersihkan Udara Tapi Dapat Kurangkan Habuk
Tanaman pokok berwarna hijau bantu kesihatan minda
Terdapat kajian yang menunjukkan tanaman pokok berwarna hijau dapat menyegarkan minda dan merangsang penurunan tekanan stres. Jadi bagi permulaan anda untuk mendapatkan terapi kesihatan minda anda, anda boleh cuba untuk letakkan hiasan tanaman indoor.
Kajian juga membuktikan warna sangat memberikan kesan kepada perasaan dan juga emosi seseorang. Warna merah terang, kuning dan jinga–mampu untuk memberikan peningkatan pada tenaga, manakala, hijau dan biru dapat memberikan ketenangan apabila anda menghadapi tekanan menjalani kehidupan harian yang mencabar.
Tanaman pokok berwarna hijau boleh menjadi terapi minda dan penenang jiwa. Di sebabkan itulah tanaman indoor ini boleh menjadi satu pelaburan yang baik dan terapi semula jadi buat anda. Jadi jangan khuatir buat anda kerana stres yang melanda boleh di ubati dengan terapi yang sedia ada, beli satu pokok tanaman, letakkan di atas meja ofis anda. Mungkin ia boleh jadi alternatif mudah untuk hilang stres buat anda.
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva
Artikel berkaitan: Serlahkan Sisi Kreatif, Hiasi Ruang Yang Sesuai Dengan Citarasa Anda. Pokok Terapi Kecantikan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI