Festival ‘Life Style’ Kamya Fest Bakal Viral, Tarikan Hijabi Untuk Peluang Menangi Pelbagai Hadiah

Share

Teruja untuk membantu usahawan kecil Erna Elliyana bergabung dengan Shuib Sepahtu menganjurkan satu festival yang pastinya viral dikalangan anak muda. Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran festival Kamya Fest (Kamya Fest).

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.

Berisiko tetapi berbaloi

Walaupun dilihat festival ini berisiko tinggi, Erna dan Shuib tidak gentar untuk merealisasikannya, malah usaha untuk menjayakannya yang di sokong penuh Encik Mohd Faizul bin Isa selaku Pengarah Projek. Pastinya pulangannya berbaloi bukan dari sisi peganjur malahan perniaga-perniaga yang terlibat. Malah para pengunjung juga mendapat imbuhan yang berlebihan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.

“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.

Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot .

Himpunan selebriti terkenal

Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.

Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan, akuinya pada majlis sidang media Kamya Fest telah berlangsung di Hotel citizenM Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

Tarikan pengunjung

Kamya melakar kejayaan sehingga dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health and Beauty tahun lalu. Pelbagai Promosi jualan produk juga diperluaskan dengan gabungan bersama Astro Go Shop. Dengan rezeki ilahi, Puan Erna telah diiktiraf anugerah Nona Superwoman 2022, kategori Nona Beauty and Health Business Award baru-baru ini.

Tambah Puan Erna Elliyana berkata, pihaknya akan melancarkan produk terbaharu keluaran Kamya pada hari pertama festival berkenaan yang akan turut mendapat sokongan daripada barisan selebriti dan bintang media sosial terkenal.

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH