Kebelakangan ini negara digemparkan dengan pelbagai berita berkaitan selebriti dan juga figura seni tanah air yang kembali ‘U-turn’, meskipun setelah berhijrah dengan memakai hijab.
Perkara ini seolah menjadi fenomena apabila berita mengenainya, lepas satu-satu didengari. Justeru, pelawak dan pelakon, Noorkhiriah tampil mengulas isu ini. Dalam masa sama, menitipkan tiga pesanan buat selebriti berhijab di luar sana.
Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Noorkhiriah telah mengekspresikan rasa dukacita dan sedih, tatkala melihat semakin ramai individu dalam dunia seni dan rakan-rakan seperjuangan yang memilih untuk membuka tudung.
Jelasnya lagi, dia turut merasakan tempias dan runsing memikirkan isu ‘tudung terbang’ yang sememangnya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam, dimana para wanita WAJIB menutup aurat dengan sempurna seperto yang digariskan oleh syarak.
Bagaimanapun, Noorkhiriah sedar bahawa dia bukanlah individu yang layak untuk membahas serta mengulas isu ini. Apatah lagi menghakimi golongan ini kerana dirinya juga masih sentiasa bertatih memperbaiki diti ke arah lebih baik.
Namun, beliau merasa bertanggungjawab untuk menitipkan tiga pesanan khusus untuk rakan selebriti, khususnya mereka yang berhijab diluar sana. Berikut merupakan tiga nasihat yang diberikan Noorkhiriah.
“Bukan tugas akak untuk menilai… Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.
“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik.. Kalau tak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.
“Sedih juga sbenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu.
“Cuma pesan akak bila dah puas kepok-kepokan cinta dan baju belahan dada, berdoalah berdoalah semoga dibukakan kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.
“Akak pernah muda, pernah macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ini.
“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, ambillah… Pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat.
“Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung, buruk padah dik. Ini berdasarkan pengalaman akak yang berdosa ni.
“Rupanya macam-macam hidup ini kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat. Jaga diri semua. Berpesan pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,” jelasnya.
Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah ASA 2022, Noorkhiriah Bersyukur Kongsi Rezeki Dengan Anak
Dalam pada itu, pelakon hebat ini juga memohon maaf seandainya pesanan yang diberikan itu mengguris hati sesiapa.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itulah tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti.. Sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan dekat sini, maaf sekali lagi,” tulisnya dalam hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sekadar info, pada Ahad lalu seorang penyanyi wanita BBNU telah mengejutkan industri seni tanah air, apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Artikel berkaitan: “Dari Satu Van Jenazah, Sekarang Sudah Menjadi Empat. Allah Permudahkan Urusan,” – Noorkhiriah Bersyukur Ramai Yang Menyumbang
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.