Kebelakangan ini negara digemparkan dengan pelbagai berita berkaitan selebriti dan juga figura seni tanah air yang kembali ‘U-turn’, meskipun setelah berhijrah dengan memakai hijab.
Perkara ini seolah menjadi fenomena apabila berita mengenainya, lepas satu-satu didengari. Justeru, pelawak dan pelakon, Noorkhiriah tampil mengulas isu ini. Dalam masa sama, menitipkan tiga pesanan buat selebriti berhijab di luar sana.
Noorkhiriah Luah Rasa Terkesan, ‘Sebak’ Lihat Rakan Artis Goyah Iman!
Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Noorkhiriah telah mengekspresikan rasa dukacita dan sedih, tatkala melihat semakin ramai individu dalam dunia seni dan rakan-rakan seperjuangan yang memilih untuk membuka tudung.
Jelasnya lagi, dia turut merasakan tempias dan runsing memikirkan isu ‘tudung terbang’ yang sememangnya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam, dimana para wanita WAJIB menutup aurat dengan sempurna seperto yang digariskan oleh syarak.
Bagaimanapun, Noorkhiriah sedar bahawa dia bukanlah individu yang layak untuk membahas serta mengulas isu ini. Apatah lagi menghakimi golongan ini kerana dirinya juga masih sentiasa bertatih memperbaiki diti ke arah lebih baik.
Namun, beliau merasa bertanggungjawab untuk menitipkan tiga pesanan khusus untuk rakan selebriti, khususnya mereka yang berhijab diluar sana. Berikut merupakan tiga nasihat yang diberikan Noorkhiriah.
“Bukan tugas akak untuk menilai… Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.
“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik.. Kalau tak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.
Berdoa Semoga Allah Tuntun Kembali Hati Dengan Iman
“Sedih juga sbenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu.
“Cuma pesan akak bila dah puas kepok-kepokan cinta dan baju belahan dada, berdoalah berdoalah semoga dibukakan kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.
Hidup Di Dunia Banyak Cabaran, Bukan Setakat Jaga Aurat
“Akak pernah muda, pernah macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ini.
“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, ambillah… Pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat.
“Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung, buruk padah dik. Ini berdasarkan pengalaman akak yang berdosa ni.
“Rupanya macam-macam hidup ini kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat. Jaga diri semua. Berpesan pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon hebat ini juga memohon maaf seandainya pesanan yang diberikan itu mengguris hati sesiapa.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itulah tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti.. Sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan dekat sini, maaf sekali lagi,” tulisnya dalam hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sekadar info, pada Ahad lalu seorang penyanyi wanita BBNU telah mengejutkan industri seni tanah air, apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.
Kematian kucing popular yang juga penghuni tetap Hagia Sophia,Gli, memang mengejutkan dan menyedihkan seluruh pencinta kucing yang mengikuti perkembangannya.
Gli mati pada usia 16 tahun akibat sakit tua pada hari Sabtu yang lalu. Kecomelannya dan sifatnya yang mudah mesra menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke Hagia Sophia itu sehinggakan dia turut mempunyai akaun Instagram sendiri dengan ribuan pengikut.
Ramai netizen yang meluahkan rasa sedih namun bersyukur kerana pernah merakam kenangan bersamanya sewaktu berkunjung ke negara Turki itu.
Berikut adalah merupakan serba sedikit fakta mengenai kucing viral ini. Seluruh dunia pasti rindukanmu Gli!
) Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
2) Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).
3) Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.
4) Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.
5) Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.
6) Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
7) Gli mula jatuh sakit dan dirawat di sebuah klinik haiwan di Istanbul sejak hujung September lalu.
8) Gli menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam Sabtu, kerana sakit tua.
Tempoh PKP bakal berakhir esok, ramai ibu-ibu yang mula bekerja sudah tentu tidak sempat untuk menhidangkan juadah berbuka untuk keluarga. Hilang sudah kenikmatan masak bersama keluarga kerana tututan kerja.
Namun jangan gusar banyak lagi jalan yang memudahkan, apa yang perlu anda lakukan adalah sediakan simpanan bahan tumisan supaya apabila balik kerja anda hanya perlu terus memasak sahaja. Mungkin perkongsian hijabi ini dapat membantu anda meringankan dan mepercepatkan waktu memasak anda.
Apa yang perlu ada buat ialah mengisar bahan tumisan terlebih dahulu. Gusar bahan tumisan tidak tahan lama jom ikuti tip ini. Bahan yang menjadi asa kepada tumisan sesuatu masakan seperti bawang merah, bawang putih dan cili amat di perlukan. Mudah sahaja dengan cara ini untuk bahan kisar ini tahan lama.
Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau mee goreng, bihun goreng dan kue tiaw goreng anda tinggal cedok sahaja..stok untuk seminggu..
Bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…
Cara-cara membuat cili kisar:
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih
Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
Bila telah mendidih, tutup api
Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
Masukkan cili yang sudah dibasuh tadi ke dalam pengisar
100 gm cili kering kisar bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)
Kisar bersama air tapisan
Bila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang merah kisar:
6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
Kisar bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar
Dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang putih kisar:
5 labu bawang putih
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar
Dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum disimpan ke dalam peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
Jadi ibu-ibu tiada masalah untuk kalut bergegas pulang dari pejabat, kerana baha-bahan menumis telag siap di kisar. Bagi memudahkan lagi, adalah lebih baik bahan mentah disiang terlebih dahulu. Selamat mencuba sis!
Hijabi yang belum ada idea aktiviti apa nak dilakukan ketika hujung minggu, apa kata jom luangkan masa beriadah sambil berlibur. Sudah menjadi trend kini banyak pihak menganjurkan acara yang tampil dengan pelbagai tema dan acara.
Walau bagaimanapun admin suka berkongsi tip untuk hijabi memulakan riadah larian ini dengan langkah berjaga-jaga tanpa memaksa diri untuk melakukannya.
Tip ini manfaatnya untuk keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan. Ada 3 langkah paling utama untuk memastikan hijabi terus ‘Awesome’ sepanjang larian.
SEBELUM ACARA
Persediaan Awal – Jangan tunggu sampai pagi untuk siap sedia. Hijabi harus bersedia untuk sebarang kemungkin. Rancang persediaan peralatan terlebih dahulu seperti senaraikan: pakaian, tuala dan pakaian untuk kemudian, air, makanan ringan, plaster, sokongan otot jika diperlukan, wang, telefon, pemegang barang berharga dan juga ubat.
Tidur malam yang cukup – Saraf pra-larian adalah normal, terutamanya jika anda adalah pemasa pertama. Oleh itu, cuba untuk berehat sebanyak yang boleh dan nikmati tidur malam dengan baik dan secukupnya sebelum berlari.
Hari Acara
Makanan Untuk Bahan Bakar – Rancang apa yang akan anda makan pada hari larian dan pastikan sarapan pagi supaya tidak mendapat kekejangan. Sekiranya sebelum larian anda memerlukan tenaga, perlulah mengambil makanan ringan sebelum berlari. Banyakkan pengambilan makanan karbohidrat, tetapi jangan lupa protein juga sama pentingnya.
Rengangan Dinamik – Rengangan ini melibatkan pergerakan dan usaha otot untuk peregangan berlaku. Walaupun regangan statik, masa yang diperlukan selama 15 hingga 60 saat, regangan dinamik mengambil tisu lembut untuk panjang penuh dan bukannya memegangnya. Selepas rengangan singkat 3 hingga 5 saat, otot sedang menjangkau kontrak dan otot-otot dan tendon mengerahkan tenaga. Dengan cara ini, kita boleh memanjangkan otot, menguatkannya dalam julat barunya dan juga bekerja pada keseimbangan dan koordinasi. Ia juga memberikan pemanasan yang baik sebelum berlari.
Selepas Acara
Hidrat – Anda pasti akan menggantikan peluh dengan cecair selepas berlari jadi apa yang harus minum dan bila? Air, jus dan minuman sukan dicairkan adalah pengganti cecair yang baik. Sekiranya anda berjalan selama kurang daripada sejam, air kosong adalah pilihan yang baik. Tetapi, jika anda telah berlari selama lebih dari satu jam, minuman yang mengandungi gula dan sodium membantu mempercepatkan pemulihan.
Live The Beat – Yang paling penting, setelah larian hijabi harus tenang dan chill dengan mendengar muzik . #LiveTheBeat raikan bersama The Music Run di KL Sport City untuk aktiviti chill hijabi di hujung minggu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...