Merujuk kepada hitungan falak bahawa satu fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.
Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation). Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan.
Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan.
Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika kejadian gerhana sepertimana yang disyorkan oleh Rasulullah ﷺ. Di antaranya ialah
Rasulullah ﷺ bersabda: “Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kamu melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah solat hingga menghilang gerhana itu dari kamu.”(HR Bukhari)
.
Dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ, ia berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Nabi ﷺ. Baginda keluar menuju masjid, lalu orang-orang membuat barisan di belakang Baginda, Baginda lalu takbir dan membaca surah yang panjang. Lalu Baginda takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH dan berdiri tanpa sujud. Kemudian Baginda membaca bacaan yang panjang namun tidak sebagaimana bacaan yang pertama, lalu takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sebagaimana rukuk yang pertama, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH terus kemudian sujud. Setelah itu Baginda melakukannya seperti itu pada rakaat yang akhir sehingga sempurnalah empat rukuk dalam empat sujud. Dan matahari nampak kembali sebelum solat Baginda selesai. Selepas itu Baginda berdiri (menyampaikan khutbah) dengan memuji Allah dengan pujian yang berhak untuk-Nya, Baginda bersabda:
“Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan gerhana tidak akan berlaku hanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kamu melihat (gerhana) keduanya, maka bersegeralah mendirikan solat.” (HR. Bukhari – 988)
Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;
“Pada suatu waktu di masa Rasulullah ﷺ ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah ﷺ apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali. Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim – 1519)
Ads
3. Berzikir Dan Beristighfar
Banyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Bagindalantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Bagindapernah lakukan. Kemudian Bagindabersabda:“Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.”(HR Bukhari – 999)
4. Berdoa
Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh, saya telah melihat bahawa kamu akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal.”Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata,“Setelah itu, saya mendengar Rasulullah ﷺ meminta perlindungan dari azab neraka dan azab kubur.” (HR Muslim-1056)
Telah menceritakan kepada kami Al Qa’nabi dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari’ Urwah dari ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda:“Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah ‘azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah.”(HR Abu Daud-1006)
Telah menceritakan kepada kami Rabi ‘bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma’ berkata, “Nabi ﷺ telah memerintahkan untuk memerdekakan(membebaskan) hamba ketika terjadi gerhana matahari.” (HR Bukhari – 995). Dalam satu riwayat:“Gerhana bulan”.
SUMBER: mufti Selangor
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak pelancaran HUAWEI P40 di Malaysia, gajet ini terus mengujakan para peminat HUAWEI dengan kehebatannya. Dilengkapi dengan sistem Ultra Vision Penta Camera yang menghasilkan fotografi mengagumkan, ia juga mempunyai pemproses yang hebat seperti Kirin 990 5G dan juga software P40pro+. HUAWEI P40 turut membolehkan anda menjadi antara yang terawal untuk merasai sendiri kelajuan teknologi 5G.
Namun bukan itu sahaja, banyak lagi sebenarnya kelebihannya yang menanti jika anda memiliki HUAWEI P40 ini:
1. Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta
Dengan HUAWEI P40 PRO+, jurugambar boleh mempertimbangkan untuk menggunakannya sebagai alternatif menggantikan kamera mereka. Terima kasih kepada tetapan baharu Kamera Penta belakang.
Siri HUAWEI P40 PRO+ ini mempunyai sistem lens penta kamera belakang yang mengandungi pengesan ‘time-of-flight depth’ dan menawarkan efek bokeh. Kamera penta di belakangnya semestinya merupakan ‘watak utama’ dalam gajet ini.
Anda juga akan mendapat 50MP dan 40MP ultrawide shooters dan 8MP telephoto dengan tiga kali zoom optikal dan lagi 8MP telephoto dengan 100 kali whooping max zoom. Terima kasih kepada lens periskopiknya. Shooter yang kelima ialah ToF yang dapat menolong dengan auto fokus, gambar potret dan beberapa lagi mod hebat untuk video.
Digabungkan dengan kamera pintar yang bermula dari manual sepenuhnya automatik hingga lengkap, 4K video yang nampak jelas dengan frameratenya yang naik hingga 60fps, prestasi cahaya rendah yang melawan pixel dan tidak ada yang dapat menyangkal kehebatan P40 Pro Plus ketika datang ke bab pengimejan.
Siri P40 terbaru HUAWEI juga dilengkapi dengan AI Golden Snap HUAWEI yang membolehkan pengguna membuang orang yang lalu lalang dalam foto, membuang pantulan dan mengambil gambar momen terbaik.
2. Dengan hanya satu sentuhan.
Menyediakan kemudahan AI yang lancar kepada pengguna dengan menyambungkan peranti anda hanya dengan satu sentuhan.
Dengan hanya satu sentuhan, HUAWEI P40 Pro + dan HUAWEI MateBook anda akan berubah menjadi ‘SATU’ peranti hebat hasil daripada kolaborasi pelbagai skrinnya. Anda juga boleh membuat kerja dengan lancar hanya pada satu skrin. Anda boleh mengambil fail dan gambar antara dua peranti dengan mudah. Kerjasama pelbagai skrin juga berfungsi pada HUAWEI Matepad Pro 5G.
‘Multi-Device Control Panels’ menyediakan platform yang membolehkan pengguna melihat setiap peranti yang disambungkan dalam jarak dekat.
Ia juga akan mengesyorkan peranti berdekatan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keseronokan pengguna semasa. Contohnya, ketika pengguna mendengarkan muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X di berdekatannya, Multi-Device Control Panel akan menyarankan untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar untuk mendapatkan kualiti suara yang lebih baik. Selain itu, anda juga boleh menyambungkan telefon pintar anda dengan HUAWEI Sound X hanya dengan satu sentuhan. Mudahkan!
HUAWEI MeeTime pula aplikasi panggilan video semua senario pertama di dunia yang menyokong panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI. HUAWEI MeeTime memanfaatkan sepenuhnya integrasi antara perisian dan perkakasan HUAWEI untuk memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.
3. Petal Search Widget – Pintu Ke Sejuta Aplikasi!
HUAWEI sentiasa berkomitmen untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya untuk pengalaman yang terbaik. HUAWEI P40 PRO + dilengkapi dengan Petal Search Widget – Find Apps, tempat carian baharu yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan dengan lancar.
Direka oleh HUAWEI, alat baru ini memberi pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang belum pernah mereka alami sebelumnya. Bagaimanakah ia berfungsi? Terdapat tiga langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget- Find Apps.
Langkah 1:
Untuk mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti Siri P40 anda, Petal Search Widget – Find Apps akan membantu anda melakukannya. Setelah diatur, klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama anda untuk memulakan.
Langkah 2:
Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan kepada anda aplikasi teratas yang mungkin ingin anda muat turun. Hanya klik sahaja nama aplikasi yang anda cari di bar carian.
Langkah 3:
Petal Search Widget- Find Apps akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ia menonjolkan apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, pasang melalui pautan rasmi, gunakan versi web, atau pasang dari pihak ketiga yang lain.
Ini adalah 3 sebab mengapa HUAWEI P40 PRO+ lebih hebat dari peranti lain. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah!. Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Tontonilah video di bawah ini bagi memahami lebih mengenai kempen ‘HUAWEI Together 2020’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kecantikan Fazura memang menjadi bualan ramai. Pastinya setiap wanita ingin memiliki kulit yang mulus dan berseri seperti Fazura. Meskipun sibuk, Fazura tetap menjaga kulitnya dengan begitu teliti. Lihat sajalah pada struktur kulitnya yang begitu flawless.
Hijabista pernah berpeluang menemubual dengan Fazura di suatu majlis anjuran produk kecantikan, tidak dinafikan yang Fazura memiliki aura yang cukup kuat. Sekali pandang, admin jatuh hati melihat senyuman manisnya.
Kini selebriti terkenal yang mempunyai kecantikan wanita melayu terakhir mempunyai rangkaian produk kecantikannya tersendiri iaitu Fazura Skincare dan Fazura beauty. Pernah menjadi duta beberapa rangkaian produk kecantikan, ternyata mempunyai kulit yang sihat kunci kepercayaan peminat menggunakan produk kecantikannya.
Fazura turut berkongsi rejim kecantikan serta petua tradisional yang diamalkannya untuk kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Rejim Kecantikan
“Setiap pagi, saya akan mencuci wajah menggunakan Feel Good Cleanser untuk cuci wajah Faz dari kotoran atau lebihan minyak. Yes Queen Face Scrub untuk exfoliate dead skin tapi Faz amalkan 2-3 kali seminggu je. Fazbulous Serum pula untuk maintain keanjalan kulit dan repair sel-sel kulit Faz semasa waktu tidur. And lastly Faz akan apply Amazing Night Repair untuk tona kulit yang sekata, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat. Ia satu rejim yang lengkap untuk menjaga kulit kerana kita memang mengidamkan kulit yang lembap, cerah dan kekal remaja.”
Ada Amalkan Sebarang Petua Tradisional?
“Ya, mungkin saya masih lagi mengamalkan jamu. Ibu saya juga merupakan seorang yang sangat percaya pada ulam-ulaman seperti daun pegaga dan peria. Ia sangat penting untuk wanita, kulit dan penjagaan dalaman. Saya juga turut mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air yang banyak. Ia dapat membantu kita menjaga kesihatan, kulit dan juga keyakinan diri.”
Pesanan Buat Wanita Tentang Kepentingan Menjaga Kulit
“Buat semua wanita yang saya sayangi, jangan lupa untuk tidak minum minuman yang sejuk kerana itulah yang menggempalkan badan kita dan tidak baik untuk kesihatan. Always be happy in your heart, for yourself and for others. Minum air yang banyak dan jaga pemakanan anda. Walaupun asam pedas tu sedap, tapi berminyak. Walaupun pisang goreng tu sedap, tapi berminyak. Banyakkan minum hot water with lemon, teh hijau dan sebagainya.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Tinggalkan Zaman ‘Kegemilangan’, Demi Dalami Agama!
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
“Love Your Hijrah Journey Babe,” – Netizen
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...