Ramai di antara kita yang pastinya sangat menggilai oden di Family Mart. Makanan yang mudah didapati di negara Korea dan Jepun ini sangat sedap dinikmati ketika panas-panas.
Kalau malas nak beratur di kedai, anda bolehlah mencuba sendiri. Mudah sahaja cara nak membuatnya! Rajin atau tidak je. Jom kita ikuti resepinya.
Resepi kuah oden sedap kalah Family Mart
2 paket perencah tomyam adabi.
2 paket perencah sup siam adabi.
1 paket perencah asam pedas adabi.
2 pcs kiub pati ayam.
Air 1.5 liter.
Gula 1 sudu.
Caranya : Masuk semua perencah biar mendididih dan boleh masukkan semua bahan-bahan steamboat. Tadaa…siap! Boleh ngappp panas-panas…masam-masam manis pedas uilahhh nyaman bukkk
Kalau ada sayur boleh letak sayur contohnya sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram n etc..ni takde sayur tak sempat beli
Try buat taw, dah buat mention i okeyh keh keh keh
Kredit : Cik Puan Akma