Sebelum ini kecoh di media sosial pasangan popular Fattah Amin dan Fazura telah bernikah sebelum keduanya berangkat ke tanah suci Mekah. Namun semalam kedua-duanya telah menjelaskan perkara sebenar. Mereka bukan sudah bernikah tetapi mengakui telah mengikat tali pertunangan 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya.
Semua kontroversi terlerai apabila diadakan sidang akhbar khas lewat petang tadi seperti dijanjikan sebelum berangkat tempohari. Pasangan ini tampil mengejutkan
dengan mengenakan pakaian serba putih bagaikan sudah bernikah.Malah lebih mengejutkan Fazura tampil cukup ayu berhijab juga dari warna sama. Pelakon ini nampak sangat cantik dan jelita sekali dengan padanan warna putih yang digayakan sempena sidang akhbar berkenaan.
Kurung moden yang digayakan juga menampakkan ciri seperti baju akad nikah
dengan perincian manik di hujung lengan dan bawah baju. Walaupun wajah Fazura dibiarkan polos tanpa solekan, namun tetap terserlah seri dan aura tunangan orang ini.Belum menetapkan bila akan berkahwin, tetapi pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Fazura menggayakan dress pengantin yang pastinya akan lain daripada yang lain. Rasanya nanti Fazura akan menjadi pengantin paling cantik dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
Namun begitu dalam sidang media berkenaan juga memberitahu keduanya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin. Menurut Fattah mereka perlu menjalani prosedur
yang telah ditetapkan sebelum berkahwin seperti menghadiri kursus dan sebagainya.Apapun admin doakan segalam urusan dipermudahkan dan mengharapkan penampilan Fazura akan kekal berhijab begitu. Wajahnya memang sesuai sekali mengenakan hijab dan lebih terserlah ayunya.