Baru minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman pasangan ini yang dikatakan sudah bertunang. Malam tadi pula sekali lagi mereka mengejutkan peminatnya apabila dikatakan sudah bernikah. Teka teki apa yang mereka lakukan hinggakan soal ijab kabul dibuat main-main. Tetapi rasanya bagi Fazura dan Fattah Amin pasti punya alasan tersendiri mengapa merahsiakan perkahwinan ini. Apa yang penting kedua-duanya sudah sah bergelar pasangan suami isteri. Manis dan cantik sekali Fazura menggayakan persalinan serba putih dan paling mengejutkan dia memilih untuk berhijab di majlis perkahwinannya itu.
Artikel Berkaitan Dari Sinar Harian Online: Fattah, Fazura Selamat Bernikah
Majlis pernikahan pasangan dalam drama popular Hero Seorang Cinderella ini dilakukan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota dengan hanya dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat sahaja. Setelah melalui pelbagai episod cerita, akhirnya Fazura sah menjadi milik Fattah Amin yang juga merupakan Hero Remaja 2011/2012.
Memang sejuk hati dan sedap mata memandang melihat Fazura memilih untuk berhijab sempurna di majlis perkahwinannya. Walaupun dia seorang yang belum berhijab sepenuhnya tetapi sempena hari bahaginya wanita jelita ini memilih untuk mengenakan tudung.
Memilih hijab rona berpadanan dengan busana kurung moden yang digayakan di majlis berkenaan. Tampil sedondon juga dengan sang suami, yang kacak menggayakan baju Melayu Cekak Musang lengkap bersamping dan songkok.
Dalam majlis itu, wajah Fazura ditata rias dengan solekan cukup simpleSheila Mohamad dan pakaian pula dari rekaan pereka kesukaaan Fazura, Rizman Ruzaini.
sentuhan makeup artist terkenalNetizen menerusi laman instagram Sheila Mohamad memuji kecantikan wajah Fazura yang dilihat ‘natural look’ dan begitu terserlah kejelitaaannya. Begitu juga mereka turut memuji penampilan ‘minimise’ Fazura yang kelihatan cukup sopan dan tidak perlu terdedah sana-sini.
@nurulasyiqinjabay Congrats kedua mempelai n congrats sis @sheila_mohamadatas sentuhan jari yg menampakkan kejelitaan fazura yg sederhana tp sgt cantek
@facrystal_touch Nice one, sweet sangat, suka look natural mcm ni..
@ratuezza91 Lawa..natural look..sopan ke kak faz pkai mcm nie..sejuk je tgk..dia dah cntik…so minimise makeup pun dah nmpk segak
Memang terserlah seri pengantin baru kedua-duanya pelakon yang cukup popular di alam maya. Seperti yang kita tahu masing-masing mempunyai follower hingga angka juta dan kedua-duanya cukup disayangi peminat-peminatnya.
Sebenarnya Fazura sudah kita lihat seperti sudah berjinak-jinak mengenakan hijab sejak berlakon drama Hero Seorang Cinderella. Penampilannya cukup manis sekali berhijab dalam cerita yang pertama kali menggandingkan mereka berdua.
Diikuti pula ketika masing-masing mengerjakan umrah bersama-sama, kelihatannya Fazura cukup selesa mengenakan hijab atau niqab sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Wajahnya memang sempurna sekali menggayakan hijab yang simple tetapi terserlah keayuannya, lebih-lebih ketika pengumuman majlis pertunangan minggu lepas. Malah ramai peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah begitu.
Dan ketika di majlis pernikahan, sekali lagi Pelakon Wanita Terbaik ini memilih untuk berhijab. Jika ditinjau di laman IG, ucapan tahniah membanjiri laman sosial masing-masing. Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai majlis itu, tetapi netizen berdoa agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
@kamaruddin.salina Slmt pengantin baru moga bahgia hingga ke jannah dan semoga Allah memberkati kalian berdua…
@yatiesaidi Padan sangat..alhamdulillah..smoga psgn ni kekal hingga jannah..aamiin
@hilmon5 Alhamdulilah Syukur Walau sekuat mana badai melanda Namun Cinta yg Luhur Cinta Yang Kuat btw them berkat doa both parents restu family A blessing by Allah s.w finally mereka bersatu..Congrats @fattahaminz And @missfazura Moga kekal abadi till Jannah
@zarinss Alhamdullilah dan tahniah Faz dan FA, @missfazura dan @fattahaminz..semoga bahagia hingga ke syurga aamiin..
Admin turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan cepat dikurniakan cahaya mata. Biarpun keduanya berbeza usia tetapi tiada ada alasan untuk mencipta momen indah bersama sebagai pasangan suami isteri.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHEILA MOHAMAD & FAZURA