Fazura atau dikenali sebagai Faz iaitu pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal telah mengumumkan kejutan yang ingin dikongsikan kepada pihak media dan peminat diluar sana tentang beliau ingin menganjurkan konsert “FAZTIVAL FAZURA 2022” pada 11 september ini di Axiata Arena Bukit Jalil.
Konsert tersebut akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan Malaysia dan ada juga dari Indonesia khas buat semua peminat Fazura.
Seperti yang kita ketahui, Fazura mempunyai pelbagai produk dibawah rangkaiannya termasuklah tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty termasuk rangkaian fesyen serta aksesori iaitu Fazbulous
. Fazura juga berkata konsert yang akan berlangsung ini adalah salah satu dari hasrat yang sudah lama oleh Fazura kerana semua penyanyi yang dijemput merupakan idola beliau sejak dari kecil sehingga kini.“Konsert ini bertujuan untuk Faz menghargai peminat-peminat Faz dan juga penyokong yang membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh Fazura dan selain itu juga bagi menghargai semua Fazura Besties” kata Fazura
Barisan artist yang digabungkan dalam konsert ini juga merupakan nama-nama besar di Malaysia seperti Dato M.Nasir, Dato’ Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. Selain itu, artis di Indonesia merupakan nama yang besar juga iaitu Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani bersama isterinya yang merupakan penyanyi terkenal juga iaitu Mulan Jameela.
“Fazura juga berharap agar penganjuran buat julung kali Faztival Fazura ini dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, InsyaAllah” Kata Fazura
Buat mereka yang bertanyakan tentang tiket pasti akan tidak sabar kerana harga tiket yang dijual menurut Fazura merupakan harga yang mampu milik dengan hastag #miliksemua di mana sangat sinonim dengan jenama Fazura dan boleh mula dibeli pada 19 Ogos 2022 dengan harga bermula RM147.
“Seperti yang semua tahu, memang motto perniagaan Faz adalah #miliksemua dan semua insyaAllah dapat memiliki dan Faz tak nak lah jual harga mahal-mahal sebab mesti ramai yang teringin nak pergi”
“Faz tak nak jual mahal kerana ramai juga yang dalam kesusahan dan masih susah tetapi Faz ingin mereka release stress dengan berhibur sebentar bersama artis-artis ternama ini dan mereka dapat beli dan dapat hadir.”
ARTIKEL BERKENAAN: 200 Ribu Helai Tudung Terjual Dalam Masa Sejam, Ramai Puji & Kagum Cara Fazura Berniaga
Oleh kerana tular isu nama Fazura di petik di “Live” salah seorang selebriti dan jawapan yang diberikan sangat tenang oleh Fazura. Lebih-lebih lagi apabila dia mengatakan dia tidak mengambil tahu hal sedemikian. Namun, Fazura berkata dia lebih seronok dan teruja tentang konsert Fastival Fazura yang bakal berlangsung tidak lama lagi.