Fauziah Nawi Ghairah Tuntut Ilmu Di Usia Senja! Akui Seronok Sarung Jubah Convo Berbanding Dapat ‘Award’

Share

Meski usianya kini sedang meniti senja, namun seniwati, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya untuk tidak berhenti menimba ilmu pengetahua di peringkat pengajian Diploma sahaja.

Jelasnya, dia berhasrat merealisasikan impian untuk terus menyambung pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) hingga dapat menyandang gelaran Doktor.

Fauziah Nawi Akui Lebih Seronok Sarung Jubah Dan Topi Graduasi!

Terdahulu, Fauziah berjaya merangkul Diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy dan graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia.

Malah, seniwati yang mempungai gelaran Datuk hajah ini juga mengakui bahawa dia berasa amat gembira, ketika melalui momen indah dan bersejarah apabila berpeluang menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi setelah berjaya menamatkan pengajian.

“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat trofi anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,”luahnya.

Anak Bagi Sokongan Penuh Sampai Sanggup Ambil Pengajian Diploma Bersama

Mengulas lanjut, Fauziah turut menzahirkan rasa syukur kerana meskipu perjalanannya menimba ilmu bermula agak lambat berbanding orang lain, namun segalanya menjadi lebih mudah apabila dia menerima banyak pertolongan dan bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan.

Lebih mengharukan apabila anaknya juga memberikan sokongan penuh kepadanya dengan mengikuti kelas diploma yang sama.

“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar,”luahnya.

Sekadar info, Fauziah baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak menafikan menerima layanan dan bayaran lebih baik sejak menggenggam sijil kelayakan berbanding dahulu.

Sumber: Instagram Fauziah Nawi & Utusan Online

Artikel berkaitan:“Kesabaran & Ketabahan Fauziah Nawi Contoh Buat Kami” – Mufti Wilayah Kongsi Kedukaan Fauziah Nawi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir